Sejauhmanakah anda mengetahui sebenarnya profession keguruan yang dimomokkan senang dan mudah menjadi guru yang dikatakan hanya mengajar??
- Tahukah anda guru juga adalah setiausaha?
- Tahukah anda guru juga merupakah ketua pengarah?
- Tahukah anda guru juga menjaga koperasi?
- Tahukan anda guru juga seorang librarian?
- Tahukah anda guru juga seorang pemidato dihari perhimpunan pagi?
- Tahukah anda guru juga seorang jururawat?
- Tahukah anda guru juga menjaga kantin?
- Tahukah anda guru juga sebagai pak guard masa pelajar datang dan balik sekolah?
- Anda pasti tahu tugas guru ialah mengajar......
- Tahukah anda guru perlu memberi perhatian kepada pelbagai tingkahlaku pelajar yang pelbagai ragam dalam satu masa?
- Tahukah anda guru perlu memastikan mesej pengajaran yang disampaikannya sampai kepada pelajar dan tidak 'pending'?
- Tahukah anda guru menghabiskan hampir seharian bersama anak orang lain berbanding anak-anaknya?
- Tahukah anda guru selalu diberi gelaran yang pelbagai oleh pelajar?
- Tahukah anda terdapat guru yang ikhlas memilih pekerjaan ini, kerana itu cita-citanya, tetapi banyak pula yang memilih bidang ini sebagai opsyen terakhir selepas tidak dapat kerja lain!
- Semestinya anda tahu ibu bapa akan saman guru kalau jadi apa-apa kepada anak-anak mereka disekolah.....
- Tahukah anda guru boleh menyaman pelajarnya atau tidak jika pelajar memperlakukan pelbagai kesalahan disiplin?
- Tahukah anda guru adalah pegawai kerajaan yang duduk didalam satu bilik secara beramai-ramai dan padat?
- Tahukah anda guru merupakan pesakit lutut dan kaki paling banyak?
- Tahukah anda pelajar yang nakal dan tidak hormat guru akan berubah menjadi baik dan bercakap dengan bersopan santun dengan guru apabila tiba musim peperiksaan?
- Tahukah anda guru adalah manusia paling gembira jika anak didiknya berjaya?
- Tahukah anda guru yang paling garang dan tegas adalah guru yang paling prihatin tentang para pelajarnya?
* Tahukah anda saya sudah mengantuk? jadi to be continue....tak habis lagi ni...