Tuesday, August 24, 2010

~ aDaKaH AnDa TaHu SeGaLaNya TenTaNG GuRu Part 1~

Sejauhmanakah anda mengetahui sebenarnya profession keguruan yang dimomokkan senang dan mudah menjadi guru yang dikatakan hanya mengajar??
  • Tahukah anda guru juga adalah setiausaha?
  • Tahukah anda guru juga merupakah ketua pengarah?
  • Tahukah anda guru juga menjaga koperasi?
  • Tahukan anda guru juga seorang librarian?
  • Tahukah anda guru juga seorang pemidato dihari perhimpunan pagi?
  • Tahukah anda guru juga seorang jururawat?
  • Tahukah anda guru juga menjaga kantin?
  • Tahukah anda guru juga sebagai pak guard masa pelajar datang dan balik sekolah?
  • Anda pasti tahu tugas guru ialah mengajar......
  • Tahukah anda guru perlu memberi perhatian kepada pelbagai tingkahlaku pelajar yang pelbagai ragam dalam satu masa?
  • Tahukah anda guru perlu memastikan mesej pengajaran yang disampaikannya sampai kepada pelajar dan tidak 'pending'?
  • Tahukah anda guru menghabiskan hampir seharian bersama anak orang lain berbanding anak-anaknya?
  • Tahukah anda guru selalu diberi gelaran yang pelbagai oleh pelajar?
  • Tahukah anda terdapat guru yang ikhlas memilih pekerjaan ini, kerana itu cita-citanya, tetapi banyak pula yang memilih bidang ini sebagai opsyen terakhir selepas tidak dapat kerja lain!
  • Semestinya anda tahu ibu bapa akan saman guru kalau jadi apa-apa kepada anak-anak mereka disekolah.....
  • Tahukah anda guru boleh menyaman pelajarnya atau tidak jika pelajar memperlakukan pelbagai kesalahan disiplin?
  • Tahukah anda guru adalah pegawai kerajaan yang duduk didalam satu bilik secara  beramai-ramai dan padat?
  • Tahukah anda guru merupakan pesakit lutut dan kaki paling banyak?
  • Tahukah anda pelajar yang nakal dan tidak hormat guru akan berubah menjadi baik dan bercakap dengan bersopan santun dengan guru apabila tiba musim peperiksaan?
  • Tahukah anda guru adalah manusia paling gembira jika anak didiknya berjaya?
  • Tahukah anda guru yang paling garang dan tegas adalah guru yang paling prihatin tentang para pelajarnya?
* Tahukah anda saya sudah mengantuk? jadi to be continue....tak habis lagi ni...

Sunday, August 22, 2010

~TinGGaL AnAk~

 Pada hari ini, hari ke-13 umat Islam berpuasa Di Bulan Ramadhan. Aku juga berpuasa. Aku mengajak Zidah untuk berbuka di Restoran Azura di Seksyen 3. Kami pergi berasingan dengan motor masing-masing. Masuk ke dalam, dan membuat order. Jam menunjukkan baru pukul 6.55 petang. Masih awal lagi. Zidah mengajak aku ke bazar dihujung bangunan kedai ini untuk melihat dan membeli kuih muih jika berkenan.Aku bersetuju dan aku mencadangkan untuk menaiki motor aku saja kesana. Walaupun tidak jauh sangat dalam beberapa puluh meter saja...namun berat sungguh kaki ini untuk menapak. Zidah menunggu aku untuk mengambik motorku yang aku parkir jauh sedikit dari tempatnya parkir motor. Sewaktu aku mula hendak menghidupkan motorku, sebuah motorsikal yang ditunggangi oleh seorang pemuda dalam usia lewat 20-an atau awal 30a-an kiranya dalam jangkaan aku berhenti tidak jauh dari tempat aku . Beliau tidak keseorangan, beliau membawa anak kesayangan beliau mungkin dalam usia 3 tahun pada pandanganku.Dengan tergesa-gesa beliau menuruni kenderaannya dan terus masuk ke kedai dengan meninggalkan anaknya diatas motor dengan motornya juga ditinggalkan kuncinya disitu!! Aku yang sudah menghidupkan enjin motor tidak jadi untuk memacu motorku, aku tidak sampai hati untuk meninggalkan anaknya keseorangan diatas motornya itu. Dalam hatiku berkata " sungguh tidak bertanggungjawap dan sungguh lalai lelaki ini!!!"  Aku mula melihat anaknya mula beraksi macam kuda diatas motor tersebut. Aku mula risau dia akan jatuh dari motor. Aku yang menunggunya namun hanya berada diatas motorku seraya berkata kepada anak kecil tersebut. " Adik duduk elok-elok,nanti jatuh.." Dalam fikiranku aku rasa budak ini tidak mengerti apa aku cakap... sebab dia kecil lagi, namun dia memberhentikan aksi kudanya itu. ok.Dia faham. Aku lega. Hal ini kerana jika dia hendak jatuh pun aku tidak sempat menolongnya dari tidak jatuh. Kerana aku diatas motorku,dia diatas motor bapaknya yang cuai itu! seketika kemudian, bapanya keluar dan menghampiri motor tesebut. Dialog aku dengan bapanya:
Aku : 'Bahaya bang tinggal camni'
Bapa Budak : 'Jap jah' 
Dengan tersenyum kelat padaku....
Aku: ' kejap pon bahaya, kalau orang datang naik motor tu terus.....'
Itu saja sempat aku cakapkan..Dia mungkin ego atau malu dia dah tidak memandang aku. Aku pun terus kearah zidah..
Adakah dia tidak berfikir  dengan kelalaian manusia yang sekejap itulah yang telah membawa jutaaan musibah dah didunia ini. Dengan kelalaian spesis ibu bapa seperti beliau lah yang memungkinkan kejadian penculikan kanak-kanak, kes anak lemas dalam baldi, kes anak mati terhempap tilam dan pelbagai lagi. Jangan mengambil mudah keselamatan orang tersayang.Apalah salahnya bersusah sekejap bawa dukung anak kecil itu masuk kedai. Adakah rela hilang anak dan hilang motor jika dibandingkan dengan penat sedikit mendukungnya masuk ke kedai?? Sifat lalai lah yang membawa kepada musibah-musibah ini yang akhirnya akan membawa kepada penyesalan yang tiada bertepian dalam hidup. Diharap ibu bapa, ahli keluarga diluar sana, sama-samalah ambil iktibar.
* saya tidak sempat mengambil gambar budak itu kerana terkesima melihat ayahnya meninggalkannya tadi.

Friday, August 20, 2010

~ CoNvOCaTiON~

 Bersama separuh daripada teman satu programku

Bersama abg,mak dan acik

Para pelajar cemerlang


Sudah hampir 2 minggu berakhirnya pesta Konvokesyen dan Majlis Konvokesyen bagi Universiti dimana tempat aku menimba ilmu selama 4 tahun dalam bidang pendidikan Biologi. Dan pada tarikh 9 Ogos 2010 dengan rasminya tamatlah tempoh aku sebagai pelajar di pusat pengajian ini. Kali ini, ingin aku berkongsi rasa tentang apa yang aku rasa sebelum,semasa dan selepas majlis ini berlangsung.
Pada aku, secara lumrahnya, semua pelajar akan merasakan hari konvokesyen inilah hari dan tarikh sejarah padanya mungkin. Namun bagi aku..........
Pada aku, secara lumrahnya semua pelajar akan bergembira dan sibuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Namun bagi aku........
Pada aku, secara lumrahnya, semua pelajar akan merasakan perlunya ibu bapa serta ahli keluarga beserta kekasih hati datang pada hari tersebut. Namun bagi aku.......
Belum terjawap lagi...belum terluah lagi apa yang bagi aku sebenarnya....
Bagi aku.....
Hari ini hanyalah hari penyampaian sijil tanpa nama.....
Hari ini hanyalah hari yang semua graduan memakai baju jubah yang sama....
Hari ini hanyalah hari yang sama seperti hari-hari penyampaian hadiah yang sama semasa disekolah dahulu...
Hari ini hanyalah hari yang biasa untukku...
Perasaanku tidak teruja.
Kerana bagiku ini bukan pengakhiran cerita.
Walaupun mengecap kejayaan,namun belum lagi menempuh kerjaya...
Bukan penamat segala...
Ilmu masih perlu ditimba.
Ilmu yang ada tidak seberapa.
Mana mampu menakluk dunia?
Namun,aku tetap menunjukkan riak gembira,
Dihari itu, masih ada keluarga,
Masih mampu menekan kamera,
Walau hatiku tiada apa-apa rasa.........















~CHaNGeS~

Sudah lama rasanya saya tidak menjenguk dan tidak menulis apa-apa dalam blog ini sejak bulan mei yang lalu. Kemungkinan kepada saudara-saudari pembaca blog yang membaca entry saya pada kali ini akan melihat akan sedikit perubahan pada entry kali ini.... ya...tepat sekali.....Bacaan ayat pertamanya sudah dapat anda jangkakan apa yang berubahnya selaras dengan tajuk entry pada kali ini... PERUBAHAN.... Secara tiba-tiba, saya mendapat idea untuk menulis blog ini dalam ayat yang penuh tanpa memikirkan jari akan lenguh jika menulis ayat yang penuh..Ini bermaksud, saya akan cuba tidak menggunakan 'short form'....Itu perubahan yang pertama..
Bagi perubahan  kedua, saya masih memikirkan pemilihan bahasa dan gaya bahasa bagaimanakah yang ingin saya gunakan dalam blog ini..Adakah satu entry satu bahasa? atau mencampurkan apa-apa bahasa mengikut hati yang suka?? saya masih memikirkannya... saya memohon 1 minit untuk berfikir.....
Sudah tamat masa....( padahal tidak sampai 10 saat).... setelah mendapat persetujuan otak dan hati saya,Saya  telah bersetuju dan telah membuat keputusan untuk mencampuradukkan bahasa
 atau melakukan satu entry satu bahasa... bermaksud mengikut keselesaan saya... Hal ini kerana hati dan otak tidak mencapai kata sepakat..Jadi saya mengambil jalan tengah... maksud disini... tidak terjadi perubahan dari segi pemilihan bahasa dalam entries saya..masih sama sebagaimana dahulu...
Untuk perubahan ketiga...masih berfikir.... kata ganti nama pertama yang manakah sesuai saya gunakan dalam post-post yang akan datang...( kerana post kali ini guna 'saya') ...adakah saya?adakah i? adakah aku? sekejap....saya mahu hati dan otak berbincang semula...sudah tamat masa...(kali ini lama sedikit dari 10 saat...tidak tahu berapa saat,kerana tidak guna stopwatch) kali ini permuafakatan telah berlaku antara hati dan otak.... mereka memikirkan bahawa penggunakan perkataan 'saya' sangatlah formal dan tidak dekat dengan mereka kata mereka.... bagi penggunaan perkataan 'i' pula, mereka merasakah terlalu jauh dengan mereka dan merasakan kurang selesa untuk dipraktikkan jika entry pada kali itu adalah dalam bahasa Melayu...Jadi 'Aku' dengan hormatnya telah dipilih untuk memegang tampuk kata ganti nama pertama... Hal ini kerana sang otak dan si hati merasa lebih dekat dengan aku.....lebih mudah dan sampai maksud mungkin pada mereka semasa meluahkan rasa dan pandangan pada masa akan datang...
Tahniah kepada aku!
Seterusnya, saya juga beazam untuk sentiasa mengaktifkan blog ini dari masa ke masa.. Saya juga akan berkongsi rasa dan pendapat dan apa-apa yang perlu pada masa akan datang...harap-haraplah menjadi ya...