Sunday, August 22, 2010

~TinGGaL AnAk~

 Pada hari ini, hari ke-13 umat Islam berpuasa Di Bulan Ramadhan. Aku juga berpuasa. Aku mengajak Zidah untuk berbuka di Restoran Azura di Seksyen 3. Kami pergi berasingan dengan motor masing-masing. Masuk ke dalam, dan membuat order. Jam menunjukkan baru pukul 6.55 petang. Masih awal lagi. Zidah mengajak aku ke bazar dihujung bangunan kedai ini untuk melihat dan membeli kuih muih jika berkenan.Aku bersetuju dan aku mencadangkan untuk menaiki motor aku saja kesana. Walaupun tidak jauh sangat dalam beberapa puluh meter saja...namun berat sungguh kaki ini untuk menapak. Zidah menunggu aku untuk mengambik motorku yang aku parkir jauh sedikit dari tempatnya parkir motor. Sewaktu aku mula hendak menghidupkan motorku, sebuah motorsikal yang ditunggangi oleh seorang pemuda dalam usia lewat 20-an atau awal 30a-an kiranya dalam jangkaan aku berhenti tidak jauh dari tempat aku . Beliau tidak keseorangan, beliau membawa anak kesayangan beliau mungkin dalam usia 3 tahun pada pandanganku.Dengan tergesa-gesa beliau menuruni kenderaannya dan terus masuk ke kedai dengan meninggalkan anaknya diatas motor dengan motornya juga ditinggalkan kuncinya disitu!! Aku yang sudah menghidupkan enjin motor tidak jadi untuk memacu motorku, aku tidak sampai hati untuk meninggalkan anaknya keseorangan diatas motornya itu. Dalam hatiku berkata " sungguh tidak bertanggungjawap dan sungguh lalai lelaki ini!!!"  Aku mula melihat anaknya mula beraksi macam kuda diatas motor tersebut. Aku mula risau dia akan jatuh dari motor. Aku yang menunggunya namun hanya berada diatas motorku seraya berkata kepada anak kecil tersebut. " Adik duduk elok-elok,nanti jatuh.." Dalam fikiranku aku rasa budak ini tidak mengerti apa aku cakap... sebab dia kecil lagi, namun dia memberhentikan aksi kudanya itu. ok.Dia faham. Aku lega. Hal ini kerana jika dia hendak jatuh pun aku tidak sempat menolongnya dari tidak jatuh. Kerana aku diatas motorku,dia diatas motor bapaknya yang cuai itu! seketika kemudian, bapanya keluar dan menghampiri motor tesebut. Dialog aku dengan bapanya:
Aku : 'Bahaya bang tinggal camni'
Bapa Budak : 'Jap jah' 
Dengan tersenyum kelat padaku....
Aku: ' kejap pon bahaya, kalau orang datang naik motor tu terus.....'
Itu saja sempat aku cakapkan..Dia mungkin ego atau malu dia dah tidak memandang aku. Aku pun terus kearah zidah..
Adakah dia tidak berfikir  dengan kelalaian manusia yang sekejap itulah yang telah membawa jutaaan musibah dah didunia ini. Dengan kelalaian spesis ibu bapa seperti beliau lah yang memungkinkan kejadian penculikan kanak-kanak, kes anak lemas dalam baldi, kes anak mati terhempap tilam dan pelbagai lagi. Jangan mengambil mudah keselamatan orang tersayang.Apalah salahnya bersusah sekejap bawa dukung anak kecil itu masuk kedai. Adakah rela hilang anak dan hilang motor jika dibandingkan dengan penat sedikit mendukungnya masuk ke kedai?? Sifat lalai lah yang membawa kepada musibah-musibah ini yang akhirnya akan membawa kepada penyesalan yang tiada bertepian dalam hidup. Diharap ibu bapa, ahli keluarga diluar sana, sama-samalah ambil iktibar.
* saya tidak sempat mengambil gambar budak itu kerana terkesima melihat ayahnya meninggalkannya tadi.

0 pengkritik: