Friday, October 22, 2010

~FaDHiLaT AyaT SeRiBu DiNaR~


(surah At- Talaq ,2-3)
Firman Allah SWT yang bermaksud :
{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 

Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan

dan banyak lagi khasiat serta fadhilatnya.... ingin aku berkongsi sedikit kisahku... alhamdulillah..walaupun aku dalam keadaan kekalutan selepas solat, aku tidak akan lupa untuk membaca ayat seribu dinar dan ayat kursi... alhamdulillah...Allah tidak akan memungkiri janjinya.... anda juga boleh mencuba dan merasainya sendiri... alhamdulillah....kita sentiasa dalam peliharaannya dan sentiasa dimurahkan rezeki.... yakinlah dan sentiasalah bersangka baik dengan Allah dan sesama manusia..Wallua'alam....

0 pengkritik: