Friday, October 15, 2010

~RM50 BeRTuKaR MeNjaDi RM537~

selepas kupohon dalam angan-anganku alangkah indahnya ada betul doraemon dalam dunia ini, ingin kujadikan doraemon sahabatku, namun aku tidak mahu menjadi seperti nobita , aku tak mahu cepat putus asa dan tidak bijak seperti nobita.... aku mahu aku seperti sekarang, namun aku punya doraemon untuk kupinjamkan telekopter ataupun pintu merentas masa dan tempat itu..... anganan yang sudah pasti datangnya dari kartun jepun itu sangat mempengaruhiku walaupun aku sudah bergelar Cikgu....! tatkala aku penat hendak menunggang motorsikalku untuk pulang dari sekolah,mulalah aku teringat akan doraemon....hahahhaha..... apalah aku ini... kalau la doraemon ada, aku ingin mintak autografnya dan dia adalah artis yang pertama aku minat gila-gila didunia ini.....hiihihi......namun kukuatkan dan kugagahkan juga kudratku untuk pulang menempuh teriknya sanga mentari tengahari semalam.... 

Pada petangnya, aku bercadang untuk ke bengkel motorsikal yang biasa aku dan abang aku pergi untuk membaiki motorsikal kami.. aku ingin menukar minyak enjin dan juga spoke..... setelah selesai, Semuanya berjumpa rm50, aku membeyarnya walaupun kepingan itulah kepingan duit biru yang terakhirku.... namun aku lebih mementingkan keselamatanku ketika menaiki motorsikal...itulah kudaku,itulah BMW ku, itulah concorde ku, itulah jet pejuangku,itulah kereta kebal ku,itulah feriku untuk kemana-mana apatah lagi untuk ke tempat kerja.....selesai sahaja membayar, aku menaiki motor untuk pergi ke AVON, aku bercadang untuk membeli sedikit barang, yang sudah semmetinya berharga RM10 kebawah ya.... mula sahaja bergerak dalam beberapa puluh meter, aku terasa motor itu semakin berat dan semakin perlahan dan terhenti...... jem di tepi jalan. aku menelefon semula orang kedai tadi, dia datang dan mendapati leaking.... dah jem terus motor aku... aku kena tukar semua enjin dan blok baru dengan jumlah semuanya adalah RM537!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! salah siapakah disini???????? sebelom ini elok sahaja...... memang aku melihat disepanjang jalan yang aku bergerak, aku mendapati terdapat kebocoran minyak itu,..sudah sah la mereka yang tidak tutup dengan rapat!!!!!!!! akhirnya aku juga yang kena tanggung akibatnya.. mestilah aku tidak ada wang untuk membayar...abang aku juga yang menolong ..terima kasih abangku... aku tersangat bengang dan marah..namun abangku walaupun dia menyatakan bahawa dia juga kesempitan wang bulan ini, namun dia menenankan aku dan mengatakan padaku bahawa apa yang terjadi sudah ditakdirkan..namun buat pengajaran daripada apa yang terjadi, apabila merasa ada sesuatu sahaja yang tidak kena, jangan meneruskan perjalanan, terus ke kedai itu semula... abang tidak menyalahkan aku kerana aku tidak tahu.... aku akan mengambil iktibar dari kejadian ini.....

Pada pagi tadi, aku ke sekolah abang aku yang menghantarnya dan menjemputku ....terima kasih abang...( abang kandung ya..harap maklum)

0 pengkritik: