Tuesday, October 5, 2010

~ SeHaRi, DuA PeNGaLaMaN BaRu~

Cerita Pertama....

Hari ini bertarikh 5 Okt 2010 merupakan hari bermulanya peperiksaan PMR. Sudah lama meninggalkan sekolah..sudah lupa aku bagaimana rasa dan suasana semasa hendak menghadapinya... yang aku tau, aku juga nervous sebab anak didik Home Tuition ku juga menghadapai peperiksaan ini, Sesampainya aku pada pagi tadi di sekolah, aku mendapati terdapat beberapa orang ibu bapa menghantar anak mereka dan bersama-sama menunggu diluar dewan. Semasa menunggu pintu lif dibuka, aku menegur guru lain yang sama-sama menunggu untuk masuk ke dalam lif..
Aku: Parent hantar sampai sini eh....
Cikgu tu : ini kira tak ramai sangat ni, selalunya memang macam ni,sepatutnya pun memang macam ni, parent hantar anak kat dewan peperiksaan, anak saya pun periksa jugak tapi tak dapat la hantar macam tu sebab kena datang sekolah, kalau parent kerja pejabat boleh la hantar.
Aku: owh, patut la, saya baru tau memang macam ni, saya dulu duduk asrama, mana ada parent datang hantar sampai depan dewan masa nak exam ...... semua pelajar sendiri je masuk dengan guru-guru yang memang kena jaga pelajar.
hehehehhe..... pengalaman baru aku tu, melihat suasana tadi. Semasa mereka menunggu untuk masuk semula bagi paper kedua, aku memerhati gelagat para pelajar tersebut bersama ibu dan bapa mereka... Ada si ibu yang sibuk menerangkan sesuatu sambil membuka buku, maksudnya buat ulangkaji untuk anaknya sekali, suatu pemandangan yang menarik hatiku...;p ada yang sama-sama tertidur di meja kantin.. kesian aku tengok si ibu itu......

Cerita Kedua......
Masa persekolahan tamat pukul 2.15ptg, namun kakiku seperti biasa akan merasa berat untuk terus pulang... aku bersantai dan berehat sebentar di mejaku... menghampiri pukul 2.45ptg, hatiku mengajak balik.... ok... semasa perjalanan pulang, sebaik keluar sahaja gate 1 putrajaya, hujan mula rintik-rintik.... aku tidak memakai baju hujan, harap maklum....hanya bersweater....aku meneruskan juga perjalananku dalam hujan yang kian lebat.... sampai di bawah satu jambatan, aku memberhentikan  motorku. Tidak pernah aku behenti semasa hujan, apatah lagi dibawah jambatan... kelihatan beberapa biji motor juga turut behenti, dlam perkiraaanku dalam 10 biji....terdapat longkang air di tepi itu..kulihat airnya semakin banyak walaupon belom sampai 15 minit hujan . Jalan di bawah jambatan itu juga sudah dipenuhi air.... aku mula risau... air banyak... kereta , van dan lori yang lalu disitu tidak memikirkan langsung keadaan kami yang kebasahan ini... namun hanya segelintir sahaja yang memerlahankan kenderaan apabila melalui bawah jambatan  tersebut. terima kasih saudara yang mengelak supaya kami yang sudah basah ini dari terpercik lagi oleh air dijalan itu.... kedengaran bunyi riuh wooooooo..wooooooooo...oiiiiiiiiiiiiiii......... dan bermacam2 bunyi lagi apabila  setiap kali percikan air yang kuat terkena pada kami......kesian penunggang motorsikal... namun,aku tetap maintain ayu dengan kebayaku, dalam kebasahan,pulang dengan menunggang motor jua ....

0 pengkritik: