Monday, November 29, 2010

~aDaKaH AnDa TaHu SeGaLaNya TeNtaNG GuRu PaRt 2~

1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid.
1 murid = 3 buah buku
1 kelas = 45 orang murid (+/-)
Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku
Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas
> 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat
- Mesyuarat Guru
- Mesyuarat Sukan
- Mesyuarat Panitia
- Mesyuarat PIBG
- Mesyuarat Aliran
- Mesyuarat Program
- Mesyuarat Luaran
5. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
6. Mengisi pelbagai jenis borang.
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
14. Mengecat sekolah
15. Membersihkan bilik / stor
16. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
17. Menyiapkan program Head Counting
18. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
19. Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
20. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
21. Mencuci najis/air kencing murid.
22. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
23. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
24. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
25. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
26. Menjaga kebajikan murid
27. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
28. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
29. Menanda kertas peperiksaan / ujian.
30. Mengendalikan perhimpunan murid

Tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang  bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan warga pendidik ini dalam mendidik anak bangsa kita.

Tuesday, November 9, 2010

~FiTNaH DaJJaL~

by Fadzil Ahmad on Sunday, April 25, 2010 at 1:25am
 
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:
"Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda:
"Sesungguhnya tidak ada fitnah(kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir."

Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada ditengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.

Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf."

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurga sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk."

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akanberkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia akan membunuh dan mayat itu dibelah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yangakan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaihitu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi."

Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan diluar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi.

Ketika itu, orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda:
"Bumi yangpaling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawaloleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalahyang paling banyak lari ketika itu.Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:
"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu,apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab:"Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu."

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluhbulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal.

Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Tambahan:
Nabi sarankan kita untuk baca doa ini setiap lepas solat. Mudah2an kita terselamat.

"ALLAHUMMA INNI A'UZUBIKA MIN IBLISA WAJUNUDIHI, WA A'UZUBIKA MIN 'AZABIL QABRI, WA A'UZUIKA MIN FITNATID DAJJAL, WA'AUZUBIKA MIN FITNATIL YA'JUJ WA MA'JUJ"

YA ALLAH SESUNGGUHNYA AKU MOHON PERLINDUNGAN MU DARI IBLIS DAN BALA TENTERANYA, DAN AKU MOHON PERLINDUNGAN MU DARI AZAB SIKSA KUBUR, DAN AKU MOHON PERLINDUNGAN MU DAI FITNAH DAJJAL, DAN AKU MOHON PERLINDUNGAN MU DARI FITNAH YA'JUJ DAN MA'JUJ... 

Friday, November 5, 2010

~ HikMaH SuJuD~

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Wednesday, November 3, 2010

~ SuRaT TeRBuKa KePaDa Puan~


NOR AZIRA NASIR,
SK ALOR MENGKUDU ’94-’99,
SMK AGAMA KEDAH ’00-04,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ’06-‘10
*BACHELOR OF EDUCATION WITH HONOURS( BIOLOGY)*
MAJORING BIOLOGY/MINORING CHEMISTRY

Assalammualaikum.....  puan _____, harap puan sihat Alhamdulillah... anak macammana? Harap sihat sekeluarga...ya kita memang saling tidak mengenali... jadi saya perkenalkan diri saya dulu ya..nama saya Nor Azira bt Nasir.... guru ganti kepada puan _____ sepanjang puan cuti bersalin dahulu.
Pertama sekali saya ingin memohon maaf atas segala kesalahan saya mungkin dengan menggunakan buku rujukan puan ade yang terkopak....  saya tidak sempat hendak menggantikannya kerana saya cari buku itu di kedai banyak yg dah habis...

Puan, saya  baru tahu dan baru menjumpai hakikat  bahwa dalam dunia ini, jika kita berbuat baik, kita tidak semestinya dibalas baik.... seperti kata2 hikmah buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat... namun apabila kebaikan dan keikhlasan kita berbuat baik itu disalah tafsir dan disalah ertikan. Makanya ia merupakan satu ujian dari Allah subhanahuataala yg Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas segala...

Saya telah ditugaskan dan diamanahkan untuk menggantikan puan, jadi segala tanggungjawap dan kerja puan saya ambil alih...actually i’m waiting for my posting, i’m a novice teacher. I’m realized it... but i’m still learning time by time to become a good teacher and the best teacher ever for every of my students and always be there if they need help... that my aim in my job as a teacher.. .. as we know... Teaching is a professional profession.... i got very2 high passionate toward teaching... fullstop. 

Semasa saya datang, semua pelajar tengah exam, saya amik kelas semua kelas yg puan ajar, 4p,4s,1p,1s, kertas yg saya mark 4s n 1s....fully marked by me.... 4p n 1p marked by puan yeap n mr.charles for paper 2.. i’m juz sliding the omr papers in paper 1 in the machine. The mark i’ve gave them based  exactly on their result .. not added extra mark or whateva as you done before..becoz  i’ve no right to do that.... as i completely calculated their mark especially for 4p.... i’m surprised  that they are only 3 students passed.... n they from the fisrt class.... thats  my first impression....

Saya bertanyakan mereka ape masalah mereka... mereka menceritakannya.... mereka faham apa yg puan ajar kalau betol2 fokus..namun kalau ade yg lost, mereka xbertanyakan pada puan kerana mereka kesian n belas tgk puan sarat mengandung, jadi mereka xbertanya lebih....budak2 puan....itu salah mereka namun atas belas mereka pada puan....kemudian saya mengambil anisiatif untuk membuat ulangkaji pada petangnya atas permintaan para pelajar jua.... saya bertanyakan kepada guru2 lain sekitar itu untuk membuat kelas tambahan tu boleh ke tak.... salahkah saya? Buat kelas tambahan kepada pelajar tanpa bayaran? Walaupon sampai sekarang dah habis saya mengajar disana, saya masih belum mendapat gaji sesen pun..namun itu  tak penting bagi saya , yang penting ilmu kepada pelajar tu sampai.... saya amat terkilan dan terkejut dengan ayat yang puan keluarkan kepada pelajar....

PAPER 2

-atomic structure + periodic table group 17(halogen)
-daniell cell with porous pot
-melting curve for napthalene. dan cari 2 subtance that can be determine using the water bath(cam kes naftalena la....)
-periodic table (group 17, period 3, group 18) bacala sume...
-acid and base (yang kalian belajar ngan cikgua azira... hu hu hu) x de tips k.. nak tgk u all belajar ke tak...
-manufactured of ammonia (cam latihan hari tue)... sape buat mesti dapat betul punyer...

section b(pilih satu soalan sahaja)
1- formation of ionic and covalent bond: jawab cam modul cikgu.. jgn tinggal steps k- 20 markah
2. acid base (yang kalian belajar ngan cikgua azira... hu hu hu) x de tips k.. nak tgk u all belajar ke tak... lagipun ciku azira kata u all lebih paham belajar dengan dier... hu hu

section c(20 markah)(pilih satu soalan sahaja)
-salt(bace je sume)
(yang kalian belajar ngan cikgua azira... hu hu hu) x de tips k.. nak tgk u all belajar ke tak... lagipun ciku azira kata u all lebih paham belajar dengan dier... hu hu
-electrolysis: electrolyte non-electrolyte, factor affects the product of electrolysis

PAPER 3(PN YEAP BUAT)
-ELectrolysis (to study the effect of chemical compound)
-group 1(exp with water and oxygen)
senang jer

k.. all da best... jgn da yang fail2 lagi.. solan da cikgu buat yang paling senang da... good luck
___________________________________________________________________________

Adakah ini jalan yang betol? Adakah adil dan jujur sebagai guru?

Saya sebagai guru yang masih belajar,sy juga belajar ilmu pendidikan selama 4 tahun,etika keguruan dan profession keguruan saya ingin bertanya puan yang sudah lama berkhidmat dalam bidang ini.... adakah betul dari segi etika keguruan kita boleh menambah markah kepada semua pelajar untuk mengelakkan daripada kita disoal oleh pengetua? Adakah betul dari etika perguruan jika pelajar hendak exam kita bagi kesemua tips2 SETIAP SOALAN yang akan dikeluarkan??  Terujikah mereka selama setahun belajar chemistry?? ......bagusnya... mereka mungkin akan score setiap soalan tu yg diberi tips.... dan terima kasih sebab xbg tips untuk tajuk yang saya ajar.. dats the right way.... ;p biar mereka teruji dengan ape yang dipelajari...mmg sy xpandai mengajar chemistry, sbb majoring saya biology, wlpn minoring chemistry... namun xbererti sy xtau content chemistry n approach method for theaching yg perlu digunakan..... saya mmg xsempat msuk lab..sebab saya sedaya upaya nak hbskan secepat mungkin sllybus takut xsempat hbs apabila puan dtg..namun sy mohon maaf untuk sains 4s, saya xsempat hbs.. bab 7 tu...

Puan, kebolehan pelajar dalam menguasai subjek bukan hanya terletak pada guru...namun pada usaha para pelajar sendiri. Saya pesan pada mereka dulu, jgn sesekali salahkan org lain jika gagal dlm sesuatu.jgn sesekali menuding jari pada org lain.. tgk pada diri sendiri, salah diri sendiri...sy sesekali xpenah salahkan puan atau menyatakan bahwa puan xpandai mengajar mereka! Salahnya pada mereka sendiri yg bertggjwp atas pelajaran mereka. Sy tgk modul yang puan buat..sangat2 bagus! Saya lihat modul2 beberapa pelajar kosong. Saya marahkan mereka kenapa xbuat? Padahal cikgu ______ penat susah payah wat modul ni utk memudahkan kamu.... mereka yang malas..

Saya juga ingin bertanya puan, apa maksud puan ni [ (yang kalian belajar ngan cikgua azira... hu hu hu) x de tips k.. nak tgk u all belajar ke tak... lagipun CIKU AZIRA KATA u all lebih paham belajar dengan dier... hu hu]  ???? i’m highlighted the word....CIKU AZIRA KATA....plzz give me the rite place n the rite date i told u this?? We neither talk each other nor meet! How come u got dats statement? Yes! From others.... i think..... bongkak dan sombong lah saya kalau berkata demikian.... saya pon terkejut dengan ayat tu... i’m keep wondering..... bila n pada siapa ya suatu hari nnt saya akan berkata macam tu???bcoz lom pernah lagi saya menjadi org yang bongkak itu...  salah faham akan membawa kepada kesan psikologi yang panjang..... ayat puan ..jika dilihat dan dibaca.... professionalkah? Diberi kepada smua pelajar....saya tidak takut dan gentar...sebab walaupon sekejap mengenali mereka.... i think they know me as i am...sy Cuma terkilan dengan tindakan puan...  rupanya salah kita mengajar lebih masa n wat kelaas tambahan pada pelajar...salah rupanya pelajar jumpa n blaja dengan kita....cikgu ganti mmg xbagus n blagak je... ok... i accept it...ape yg berlaku ini semua ujian...saya xsimpan dalam hati lama.... setakat sy dah lauahkan saya dah puas hati...puan dan saya xpenah jumpa malah xpnh cakap..saya xsalah kan puan yang mungkin sudah salah tafsir.... saya mohon maaf atas kata2 sya ini yang mungkin agak kasar. Saya tidak suka salah faham antara manusia... kalau ada puan xpuas hati dengan saya. Puan boleh luahkan....

I’m realized rite now..in this world.... kata2 buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat seringkali berlaku sebaliknya... buat baik dibalas jahat, buat jahat dibalas baik.... maaf atas ketelanjuran kata2 dan teguran.... terima kasih



 * ini surat saya untuk yang berkenaan.... iblog ni adalah my digital diary... jadi saya letakkan juga coz this is come from my heart... *