Monday, December 27, 2010

~SoLeKaN UnTuK SeMuA JeNiS KuLiT~


Seperti yang telah diketahui,kulit manusia didatangkan dengan pelbgaai jenis dan kategori. Jika dalam hal perawatan kulit,kesesuaian jenis produk perawat adalah penting, dalam solekan juga kedua-duanya saling berkait. Alat kosmetik yang hendak diaplikasikan dalam solekan seperti  bedak asas dan bedak, juga perlu disesuaikan dengan kulit wajah. Jika semua ini dilakukan dengan betul, barulah solekan akan mejadi cantik dan kekal lama. Menggunakan alat solekan tanpa mengambil kira kesesuaiannya dengan jenis kulit bukan sahaja membuatkan solekan tidak cantik malah ia boleh mendatangkan kesan sampingan kepada kulit seperti ruam,mengelupas malah keadaan jenis kulit yang dimiliki akan lebih ketara.

SOLEKAN  KULIT NORMAL

Anda bertuah kerana memiliki kulit yang halus,licin dan lembut. Oleh sebab kulit anda sudah semlajadi cantik, anda tidak memerlukan solekan yang tebal.
Seperti biasa, sapukan bedak asas(foundation)jenis stick atau krim sebagai asas solekan. Bedak asas jenis ini lebih mudah diaplikasikan. Ratakan pada seluruh wajah denagn span basah, atau anda juga boleh menggunakan jari. Anda juga oleh memilih menggunakan bedak asas jenis yang cecair. Tetap sukat jumlah pengambilannya agar tidak terlalu banyak dan wajah tidak dilihat berminyak.

Sesudah dibiarkan beberapa minit, sapukan bedak debu dan akhiri dengan bedak padat atau ‘2 way cake’. Oleh sebab kulit anda tidak bermasalah , anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan bedak debu atau bedak padat sahaja. Kedua-duanya tiada masalah dengan kulit anda.

Untuk pengguanaan pembayang mata, pilihlah dari jenis serbuk. Jika sesekali ingin bereksperimen dengan gaya, pilihlah pembayang mata jenis cecair atau ‘shimmer’. Namun pastikan anda mengaplikasikan untuk tujuan tertentu sahaja seperti menghadiri majlis yang istimewa. Elakkan memakainya pada hari-hari biasa. Begitu juga dengan pemiliha pemerah pipi. Pilihlah dari jenis serbuk atau padat. Sapukan dengan bantuan berus yang besar.

Bagi pemilihan gincu pula, anda boleh memili jenis cecair. Bibir akan tampak lebih segar, menyerlah dan cantik dengan pemilihan gincu jenis glossy.

SOLEKAN KULIT BERMINYAK

Untuk pemilihan bedak asas, pilihlah  jenis stick atau krim. Elakkan sama sekali jenis cecair. Bedak asas jenis cecair hanya akan membiaskan  lebih kilatan pada wajah anda yang sudah sedia berminyak.

Kemudian ratakan bedak asas dengan sapuan bedak debu yang nipis. Ini penting untuk menutup penyapuan bedak asas yang mungkintidak berapa rata khususnya di zon-T. ia juga bertujuan untuk menutup liang-liang roma yang jelas kelihatan. Seterusnya, balas dengan bedak padat atau 2-way cake untuk meratakan solekan.

Untuk pemilihan pembayang mata dan pemerah pipi, elakkan jenis liquid atau shimmer. Pilihlah jenis sebuk atau padat untuk kesan matte. Pembayang mata dan pemerah pipi jenis liquid sebenarnya mempunyai kandungan minyak yang tinggi .oleh sebab wajah anda sudah sedia berminyak,minimumkan penggunaan alat-alat solek yang berminyak. Ini penting agar solekan kekal lama. Anda sendiri pun tentu tahu,minyak yang dibalas dengan minyak akan membuatkan solekan mudah pudar dalam masa yang sekejap.

Gincu bibir pula sebaiknya dipilih dari jenis matte. Untuk menyegarkan bentuk dan sifat bibir,oleskan sedikit gloss. Pastikan tidak berlebihan untuk mengurangkan impak kilatan pada kulit wajah.

SOLEKAN KULIT KERING

Bedak asas jenis cecair adalah pilihan sempurna anda. Tekstur kulit yang terlalu kering seharusnya dibalas dengan bantuan bedak asas yang sedikit berminyak. Kemudian, untuk menyempurnakan asas solekan sapukan sedikit bedak asas jenis stick/krim.
Sapukan bedak debu untuk meratakan bedak asas dan balas dengan 2-way cake.

Oleh sebab kulit anda terlalu kering dan mungkin mengelupas di sesetengah kawasan, anda bole memilih menggunakan pembayang mata dan pemerah pipi jenis krim atau cecair. 

Namun, pastikan anda tidak memilih shimmer kerana ia tidak sesuai dipakai seharian. Untuk mengaplikasikan produk jenis cecair ini, gunakan span sebagai bahan bantu agar sapuan lebih rata dan menyerlah.

Bagi pemilihan gincu pula, pastikan anda tidak lupa memilih jenis gloss. Ini penting untuk memantulkan kesan segar dan ceria pada kulit wajah anda yang kering.

SOLEKAN KULIT KOMBINASI

Sebagai pilihan terbaik, gunakan bedak asas jenis stick atau krim. Kurangkan penggunaan bedak asas jenis ini pada kawasan yang terlalu kering, misalnya di tepi mata. Ratakan dengan sapuan bedak debu yang nipis dan 2-way cake.

Disebabkan kulit sekitar mata mudah untuk kering, pilihlah pembayang  mata jenis krim atau cecair. Ia membantu menutup kesan-kesan pengelupasan yang mungkin berlaku. Sapukan sedikit pada jari dan ratakannya pada kelopak mata.

Bagi pemilihan pemerah pipi,pilihlah jenis serbuk padat, sapukan dengan berus khas dan gunakan berus besar untuk membuang lebihan pemerah pipi yang tidak diingini.

Manakala untuk pemilihan gincu, masih sama seperti kulit-kulit yang lain. Tambahkan gloss sesudah pemakaian gincu untuk meninggalkan kesan berseri dan ceria.

SOLEKAN KULIT SENSiTIF

Concealer adalah perkara paling utama dan tidak boleh dilupakan untuk kulit sensitive. Concealer bertujuan untuk menutup jerawat dan kesan-kesan jerawat yang ada pada wajah. Oleh sebab kulit anda jenis sensiti, anda sebenarnya memerlukan solekan yang agak tebal berbanding kulit-kulit jenis lain.

Sesudah concealer disapu dengan sempurna, ratakannya dengan bedak asas jenis stick/ krim pula. Sapukan bedak debu yang nipis dan perkemaskan denagn 2-way cake.

Pembayang mata pula dipilih dari jenis serbuk/padat. Sapukan secara sempurna. Penggunaan  pemerah pipi pula bergantung kepada keperluan. Kalau kulit anda mempunyai jerawat yang timbul elakkan sama sekali menggunakannya. Adalah dikhuatiri biasan warna pemerah pipi ini akan menonjolkan jerawat tersebut. Sebaiknya sapukan pemerah pipi warna  natural.

Pemilihan gincu pula masih sama dengan  kulit-kulit yang lain. Yang paling penting oleskan gloss setiap kali selepas memakai gincu untuk efek lebih segar dan berseri.


Sunday, December 12, 2010

~ SoLeKaN~

‘Adakah aku ni cantik’?? Bila di renung di cermin depan mata tidak tahu nak jawab apa...  ada juga yang menjawap untuk menyedapkan hati 'mestilah aku cantik kalau tak, takkan pakwe aku suka'....

Cantik terserlah dari Hati yang suci dan indah. Anda perlu rasa cantik utk diri. Sebenarnya anda bukan tidak cantik tapi rasa rendah diri dan sentiasa rasa orang lain lebih cantik. Itu mungkin benar pada pandangan mata anda, tapi kecantikkan itu adalah suatu yang subjektif.Antara sebab utama anda rasa penampilan diri /solekan tidak penting sebab :-
  1. Sudah meningkat usia, tak perlu lagi jaga penampilan diri
  2. Tidak ada masa nak bersolek, buang masa,buang duit
  3. Tidak berminat menghias diri
  4. Suka natural Beauty sahaja tanpa solekan/imej diri
  5. Tidak tahu bersolek dan berpenampilan yg menarik 

Kenapa kecantikan dan penampilan diri itu penting?
  1. Bergaya dan berpenampilan cantik mengikut usia dan situasi
  2. Menigkatkan keyakinan diri
  3. Peluang kerjaya / meningkatkan tahap prestasi kerjaya
  4. Peluang perniagaan, boleh buat duit dgn kemahiran kecantikan
  5. Ibadah/bersih

Tak kira kita berkulit gelap sawo matang ke, kuning langsat ke…kita sentiasa cantik. Mat Salleh sibuk mengelapkan kulit dgn berjemur berjam2 di pantai, kita ni yg dah sedia gelap, sibuk pulak nak memutihkan kulit.


‘Nak bersolek nampaknya aku kena bangun awal sebab nak bersolek ni susah…silap gaya muka aku jadi macam badut pulak, diketawakan rakan sekerja’ .

‘Aku tak suka solek tebal nak natural beauty je.. buang masa lagipon buang duit dan membazir je beli alat solek mahal-mahal....'

Aku pasti situasi diatas terlalu biasa kita temui dan kepada anda yg tidak tahu asas solekan pasti bersetuju . Aku pun begitu tapi itu aku 4 tahun yg lalu. Dulu masa mula-mula aku mengenakan solekan pun ada jugak aku rasa macam badut..Kini solekan sesuatu yang amat menyeronokkan bagi aku….lebih ‘excited’ bila baru beli set solekan. Solekan tak semestinya tebal, kena ikut keadaan dan situasi baru la betul. Sebenarnya cukup mudah sekali nak berhias ringkas dan tampak menarik ke tempat kerja….15min saja..
  
Kuasa solekan
  1. Melahirkan Aura tersendiri pada wanita
  2. Merubah Gaya, imej dan penampilan diri
  3. Menyerlahkan Keyakianan diri (self confident/self esteem)
  4. Keceriaan
  5. Hasil seni kreatif yg perlu diberi pengiktirafan 


     Gaya, imej dan penampilan diri itu sangat penting. Bagi wanita yang bekerjaya imej anda juga menjadi perhatian selain daripada kualiti kerja anda..betul atau tidak anda jawap sendiri... Namun bagi wanita yang tidak bekerjaya juga..solekan sangat penting untuk suami tercinta..jangan hanya untuk keluar sahaja cantik namun apabila didepan suami hanya menempekkan bedak sejuk sahaja....
          Solekan hasil anda sendiri pastinya mendatangkan kepuasan kepada diri anda..namun semuanya perlu kepada teknik solekan yang sesuai dengan majlis,tempat dan masa. Adakah anda terfikir, anda pasti akan menjimatkan wang anda sekiranya anda dapat bersolek untuk diri sendiri untuk ke majlis-majlis tertentu yang besar dan formal tanpa perlu khidmat jurusolek dikedai, dan anda juga jimat wang anda jika anda bersolek sendiri untuk majlis pertunangan dan pernikahan anda ;p

Hasil solekan
  1. Wajah yang penuh dengan titik hitam, parut jerawat dan cela semuanya boleh ditutup menggunakan concealer dan foundation
  2. Membentuk wajah tanpa pembedahan dengan teknik shading : mata yang kecil boleh nampak besar dan bulat, pipi yang tembam menjadi tirus atau hidung yang kecil/kembang menjadi mancung bak seludang.
  3. Mekap secara betul dan tidak ketelaluan elak wajah kelihatan pucat dan lesu. wajah akan menjadi berseri-seri.

Bahan Solekan
  1. Bahan solekan yang digunakan perlulah daripada bahan berkualiti, tiada bahan kimia terlarang yg merosakkan kulit wajah serta mempunyai adunan warna yg cantik sesuai mengikut tema solekan utk hasil solekan yg sempurna
 Aku ni pon dalam proses mempelajari teknik-teknik yang betul dalam solekan... bagi aku solekan penting. walaupon ada yang berpendapat mahu mengekalkan natural beauty...kalau nak kekalkan natural tu kalau betul beauty muka sentiasa lembab dan  berseri-seri tak apa jugak.... ni kalau dah muka pucat dan kulit kusam, nak kekalkan apanya tu...  apabila anda mahu keluar, anda patut melindungi kulit anda daripada sinaran matahari yang mempunyai sinaran UV yang membahayakan kulit. diluar kulit anda terdedah dengan sinaran yang membahayakan kulit dan juga dari asap-asap kenderaan dan debu-debu jalanraya... jika terdapat solekan..sekurang-kurangnya, kulit anda terlindung daripada sinaran Uv dan debu asap yang melekat ke muka anda tidak terus melekat ke kulit...apabila anda cuci muka anda ia akan tanggal..InsyaAllah...anda patut lakukan yang terbaik untuk diri anda dan penampilan anda. tidak salah belajar cara paling asas untuk solekan anda jika anda malas sangat dan tidak suka sangat untuk bersolek. Namun bersolek juga tidak cukup...anda perlu juga menitikberatkan penjagaan kulit. Antara perkara asas yang boleh dipraktikkan adalah :

  1. Clensing Gel/ foam/soap
  2. Scrub (seminggu sekali)
  3. Masker (seminggu sekali)
  4. Toner
  5. Moisturizer
  6. Day Cream / Night Cream

    Cucian muka merupakan asas yang paling penting dalam penjagaan kulit muka anda. Jangan apabila pulang anda terus tidur tanpa membasuh dan mencuci muka anda! solekan perlu ditanggalkan... kulit anda juga perlu bernafas  dengan tenang tanpa sebarang ganguan dan halangan...