Monday, December 27, 2010

~SoLeKaN UnTuK SeMuA JeNiS KuLiT~


Seperti yang telah diketahui,kulit manusia didatangkan dengan pelbgaai jenis dan kategori. Jika dalam hal perawatan kulit,kesesuaian jenis produk perawat adalah penting, dalam solekan juga kedua-duanya saling berkait. Alat kosmetik yang hendak diaplikasikan dalam solekan seperti  bedak asas dan bedak, juga perlu disesuaikan dengan kulit wajah. Jika semua ini dilakukan dengan betul, barulah solekan akan mejadi cantik dan kekal lama. Menggunakan alat solekan tanpa mengambil kira kesesuaiannya dengan jenis kulit bukan sahaja membuatkan solekan tidak cantik malah ia boleh mendatangkan kesan sampingan kepada kulit seperti ruam,mengelupas malah keadaan jenis kulit yang dimiliki akan lebih ketara.

SOLEKAN  KULIT NORMAL

Anda bertuah kerana memiliki kulit yang halus,licin dan lembut. Oleh sebab kulit anda sudah semlajadi cantik, anda tidak memerlukan solekan yang tebal.
Seperti biasa, sapukan bedak asas(foundation)jenis stick atau krim sebagai asas solekan. Bedak asas jenis ini lebih mudah diaplikasikan. Ratakan pada seluruh wajah denagn span basah, atau anda juga boleh menggunakan jari. Anda juga oleh memilih menggunakan bedak asas jenis yang cecair. Tetap sukat jumlah pengambilannya agar tidak terlalu banyak dan wajah tidak dilihat berminyak.

Sesudah dibiarkan beberapa minit, sapukan bedak debu dan akhiri dengan bedak padat atau ‘2 way cake’. Oleh sebab kulit anda tidak bermasalah , anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan bedak debu atau bedak padat sahaja. Kedua-duanya tiada masalah dengan kulit anda.

Untuk pengguanaan pembayang mata, pilihlah dari jenis serbuk. Jika sesekali ingin bereksperimen dengan gaya, pilihlah pembayang mata jenis cecair atau ‘shimmer’. Namun pastikan anda mengaplikasikan untuk tujuan tertentu sahaja seperti menghadiri majlis yang istimewa. Elakkan memakainya pada hari-hari biasa. Begitu juga dengan pemiliha pemerah pipi. Pilihlah dari jenis serbuk atau padat. Sapukan dengan bantuan berus yang besar.

Bagi pemilihan gincu pula, anda boleh memili jenis cecair. Bibir akan tampak lebih segar, menyerlah dan cantik dengan pemilihan gincu jenis glossy.

SOLEKAN KULIT BERMINYAK

Untuk pemilihan bedak asas, pilihlah  jenis stick atau krim. Elakkan sama sekali jenis cecair. Bedak asas jenis cecair hanya akan membiaskan  lebih kilatan pada wajah anda yang sudah sedia berminyak.

Kemudian ratakan bedak asas dengan sapuan bedak debu yang nipis. Ini penting untuk menutup penyapuan bedak asas yang mungkintidak berapa rata khususnya di zon-T. ia juga bertujuan untuk menutup liang-liang roma yang jelas kelihatan. Seterusnya, balas dengan bedak padat atau 2-way cake untuk meratakan solekan.

Untuk pemilihan pembayang mata dan pemerah pipi, elakkan jenis liquid atau shimmer. Pilihlah jenis sebuk atau padat untuk kesan matte. Pembayang mata dan pemerah pipi jenis liquid sebenarnya mempunyai kandungan minyak yang tinggi .oleh sebab wajah anda sudah sedia berminyak,minimumkan penggunaan alat-alat solek yang berminyak. Ini penting agar solekan kekal lama. Anda sendiri pun tentu tahu,minyak yang dibalas dengan minyak akan membuatkan solekan mudah pudar dalam masa yang sekejap.

Gincu bibir pula sebaiknya dipilih dari jenis matte. Untuk menyegarkan bentuk dan sifat bibir,oleskan sedikit gloss. Pastikan tidak berlebihan untuk mengurangkan impak kilatan pada kulit wajah.

SOLEKAN KULIT KERING

Bedak asas jenis cecair adalah pilihan sempurna anda. Tekstur kulit yang terlalu kering seharusnya dibalas dengan bantuan bedak asas yang sedikit berminyak. Kemudian, untuk menyempurnakan asas solekan sapukan sedikit bedak asas jenis stick/krim.
Sapukan bedak debu untuk meratakan bedak asas dan balas dengan 2-way cake.

Oleh sebab kulit anda terlalu kering dan mungkin mengelupas di sesetengah kawasan, anda bole memilih menggunakan pembayang mata dan pemerah pipi jenis krim atau cecair. 

Namun, pastikan anda tidak memilih shimmer kerana ia tidak sesuai dipakai seharian. Untuk mengaplikasikan produk jenis cecair ini, gunakan span sebagai bahan bantu agar sapuan lebih rata dan menyerlah.

Bagi pemilihan gincu pula, pastikan anda tidak lupa memilih jenis gloss. Ini penting untuk memantulkan kesan segar dan ceria pada kulit wajah anda yang kering.

SOLEKAN KULIT KOMBINASI

Sebagai pilihan terbaik, gunakan bedak asas jenis stick atau krim. Kurangkan penggunaan bedak asas jenis ini pada kawasan yang terlalu kering, misalnya di tepi mata. Ratakan dengan sapuan bedak debu yang nipis dan 2-way cake.

Disebabkan kulit sekitar mata mudah untuk kering, pilihlah pembayang  mata jenis krim atau cecair. Ia membantu menutup kesan-kesan pengelupasan yang mungkin berlaku. Sapukan sedikit pada jari dan ratakannya pada kelopak mata.

Bagi pemilihan pemerah pipi,pilihlah jenis serbuk padat, sapukan dengan berus khas dan gunakan berus besar untuk membuang lebihan pemerah pipi yang tidak diingini.

Manakala untuk pemilihan gincu, masih sama seperti kulit-kulit yang lain. Tambahkan gloss sesudah pemakaian gincu untuk meninggalkan kesan berseri dan ceria.

SOLEKAN KULIT SENSiTIF

Concealer adalah perkara paling utama dan tidak boleh dilupakan untuk kulit sensitive. Concealer bertujuan untuk menutup jerawat dan kesan-kesan jerawat yang ada pada wajah. Oleh sebab kulit anda jenis sensiti, anda sebenarnya memerlukan solekan yang agak tebal berbanding kulit-kulit jenis lain.

Sesudah concealer disapu dengan sempurna, ratakannya dengan bedak asas jenis stick/ krim pula. Sapukan bedak debu yang nipis dan perkemaskan denagn 2-way cake.

Pembayang mata pula dipilih dari jenis serbuk/padat. Sapukan secara sempurna. Penggunaan  pemerah pipi pula bergantung kepada keperluan. Kalau kulit anda mempunyai jerawat yang timbul elakkan sama sekali menggunakannya. Adalah dikhuatiri biasan warna pemerah pipi ini akan menonjolkan jerawat tersebut. Sebaiknya sapukan pemerah pipi warna  natural.

Pemilihan gincu pula masih sama dengan  kulit-kulit yang lain. Yang paling penting oleskan gloss setiap kali selepas memakai gincu untuk efek lebih segar dan berseri.


0 pengkritik: