Monday, December 27, 2010

~SoLeKaN UnTuK SeMuA JeNiS KuLiT~


Seperti yang telah diketahui,kulit manusia didatangkan dengan pelbgaai jenis dan kategori. Jika dalam hal perawatan kulit,kesesuaian jenis produk perawat adalah penting, dalam solekan juga kedua-duanya saling berkait. Alat kosmetik yang hendak diaplikasikan dalam solekan seperti  bedak asas dan bedak, juga perlu disesuaikan dengan kulit wajah. Jika semua ini dilakukan dengan betul, barulah solekan akan mejadi cantik dan kekal lama. Menggunakan alat solekan tanpa mengambil kira kesesuaiannya dengan jenis kulit bukan sahaja membuatkan solekan tidak cantik malah ia boleh mendatangkan kesan sampingan kepada kulit seperti ruam,mengelupas malah keadaan jenis kulit yang dimiliki akan lebih ketara.

SOLEKAN  KULIT NORMAL

Anda bertuah kerana memiliki kulit yang halus,licin dan lembut. Oleh sebab kulit anda sudah semlajadi cantik, anda tidak memerlukan solekan yang tebal.
Seperti biasa, sapukan bedak asas(foundation)jenis stick atau krim sebagai asas solekan. Bedak asas jenis ini lebih mudah diaplikasikan. Ratakan pada seluruh wajah denagn span basah, atau anda juga boleh menggunakan jari. Anda juga oleh memilih menggunakan bedak asas jenis yang cecair. Tetap sukat jumlah pengambilannya agar tidak terlalu banyak dan wajah tidak dilihat berminyak.

Sesudah dibiarkan beberapa minit, sapukan bedak debu dan akhiri dengan bedak padat atau ‘2 way cake’. Oleh sebab kulit anda tidak bermasalah , anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan bedak debu atau bedak padat sahaja. Kedua-duanya tiada masalah dengan kulit anda.

Untuk pengguanaan pembayang mata, pilihlah dari jenis serbuk. Jika sesekali ingin bereksperimen dengan gaya, pilihlah pembayang mata jenis cecair atau ‘shimmer’. Namun pastikan anda mengaplikasikan untuk tujuan tertentu sahaja seperti menghadiri majlis yang istimewa. Elakkan memakainya pada hari-hari biasa. Begitu juga dengan pemiliha pemerah pipi. Pilihlah dari jenis serbuk atau padat. Sapukan dengan bantuan berus yang besar.

Bagi pemilihan gincu pula, anda boleh memili jenis cecair. Bibir akan tampak lebih segar, menyerlah dan cantik dengan pemilihan gincu jenis glossy.

SOLEKAN KULIT BERMINYAK

Untuk pemilihan bedak asas, pilihlah  jenis stick atau krim. Elakkan sama sekali jenis cecair. Bedak asas jenis cecair hanya akan membiaskan  lebih kilatan pada wajah anda yang sudah sedia berminyak.

Kemudian ratakan bedak asas dengan sapuan bedak debu yang nipis. Ini penting untuk menutup penyapuan bedak asas yang mungkintidak berapa rata khususnya di zon-T. ia juga bertujuan untuk menutup liang-liang roma yang jelas kelihatan. Seterusnya, balas dengan bedak padat atau 2-way cake untuk meratakan solekan.

Untuk pemilihan pembayang mata dan pemerah pipi, elakkan jenis liquid atau shimmer. Pilihlah jenis sebuk atau padat untuk kesan matte. Pembayang mata dan pemerah pipi jenis liquid sebenarnya mempunyai kandungan minyak yang tinggi .oleh sebab wajah anda sudah sedia berminyak,minimumkan penggunaan alat-alat solek yang berminyak. Ini penting agar solekan kekal lama. Anda sendiri pun tentu tahu,minyak yang dibalas dengan minyak akan membuatkan solekan mudah pudar dalam masa yang sekejap.

Gincu bibir pula sebaiknya dipilih dari jenis matte. Untuk menyegarkan bentuk dan sifat bibir,oleskan sedikit gloss. Pastikan tidak berlebihan untuk mengurangkan impak kilatan pada kulit wajah.

SOLEKAN KULIT KERING

Bedak asas jenis cecair adalah pilihan sempurna anda. Tekstur kulit yang terlalu kering seharusnya dibalas dengan bantuan bedak asas yang sedikit berminyak. Kemudian, untuk menyempurnakan asas solekan sapukan sedikit bedak asas jenis stick/krim.
Sapukan bedak debu untuk meratakan bedak asas dan balas dengan 2-way cake.

Oleh sebab kulit anda terlalu kering dan mungkin mengelupas di sesetengah kawasan, anda bole memilih menggunakan pembayang mata dan pemerah pipi jenis krim atau cecair. 

Namun, pastikan anda tidak memilih shimmer kerana ia tidak sesuai dipakai seharian. Untuk mengaplikasikan produk jenis cecair ini, gunakan span sebagai bahan bantu agar sapuan lebih rata dan menyerlah.

Bagi pemilihan gincu pula, pastikan anda tidak lupa memilih jenis gloss. Ini penting untuk memantulkan kesan segar dan ceria pada kulit wajah anda yang kering.

SOLEKAN KULIT KOMBINASI

Sebagai pilihan terbaik, gunakan bedak asas jenis stick atau krim. Kurangkan penggunaan bedak asas jenis ini pada kawasan yang terlalu kering, misalnya di tepi mata. Ratakan dengan sapuan bedak debu yang nipis dan 2-way cake.

Disebabkan kulit sekitar mata mudah untuk kering, pilihlah pembayang  mata jenis krim atau cecair. Ia membantu menutup kesan-kesan pengelupasan yang mungkin berlaku. Sapukan sedikit pada jari dan ratakannya pada kelopak mata.

Bagi pemilihan pemerah pipi,pilihlah jenis serbuk padat, sapukan dengan berus khas dan gunakan berus besar untuk membuang lebihan pemerah pipi yang tidak diingini.

Manakala untuk pemilihan gincu, masih sama seperti kulit-kulit yang lain. Tambahkan gloss sesudah pemakaian gincu untuk meninggalkan kesan berseri dan ceria.

SOLEKAN KULIT SENSiTIF

Concealer adalah perkara paling utama dan tidak boleh dilupakan untuk kulit sensitive. Concealer bertujuan untuk menutup jerawat dan kesan-kesan jerawat yang ada pada wajah. Oleh sebab kulit anda jenis sensiti, anda sebenarnya memerlukan solekan yang agak tebal berbanding kulit-kulit jenis lain.

Sesudah concealer disapu dengan sempurna, ratakannya dengan bedak asas jenis stick/ krim pula. Sapukan bedak debu yang nipis dan perkemaskan denagn 2-way cake.

Pembayang mata pula dipilih dari jenis serbuk/padat. Sapukan secara sempurna. Penggunaan  pemerah pipi pula bergantung kepada keperluan. Kalau kulit anda mempunyai jerawat yang timbul elakkan sama sekali menggunakannya. Adalah dikhuatiri biasan warna pemerah pipi ini akan menonjolkan jerawat tersebut. Sebaiknya sapukan pemerah pipi warna  natural.

Pemilihan gincu pula masih sama dengan  kulit-kulit yang lain. Yang paling penting oleskan gloss setiap kali selepas memakai gincu untuk efek lebih segar dan berseri.


Sunday, December 12, 2010

~ SoLeKaN~

‘Adakah aku ni cantik’?? Bila di renung di cermin depan mata tidak tahu nak jawab apa...  ada juga yang menjawap untuk menyedapkan hati 'mestilah aku cantik kalau tak, takkan pakwe aku suka'....

Cantik terserlah dari Hati yang suci dan indah. Anda perlu rasa cantik utk diri. Sebenarnya anda bukan tidak cantik tapi rasa rendah diri dan sentiasa rasa orang lain lebih cantik. Itu mungkin benar pada pandangan mata anda, tapi kecantikkan itu adalah suatu yang subjektif.Antara sebab utama anda rasa penampilan diri /solekan tidak penting sebab :-
  1. Sudah meningkat usia, tak perlu lagi jaga penampilan diri
  2. Tidak ada masa nak bersolek, buang masa,buang duit
  3. Tidak berminat menghias diri
  4. Suka natural Beauty sahaja tanpa solekan/imej diri
  5. Tidak tahu bersolek dan berpenampilan yg menarik 

Kenapa kecantikan dan penampilan diri itu penting?
  1. Bergaya dan berpenampilan cantik mengikut usia dan situasi
  2. Menigkatkan keyakinan diri
  3. Peluang kerjaya / meningkatkan tahap prestasi kerjaya
  4. Peluang perniagaan, boleh buat duit dgn kemahiran kecantikan
  5. Ibadah/bersih

Tak kira kita berkulit gelap sawo matang ke, kuning langsat ke…kita sentiasa cantik. Mat Salleh sibuk mengelapkan kulit dgn berjemur berjam2 di pantai, kita ni yg dah sedia gelap, sibuk pulak nak memutihkan kulit.


‘Nak bersolek nampaknya aku kena bangun awal sebab nak bersolek ni susah…silap gaya muka aku jadi macam badut pulak, diketawakan rakan sekerja’ .

‘Aku tak suka solek tebal nak natural beauty je.. buang masa lagipon buang duit dan membazir je beli alat solek mahal-mahal....'

Aku pasti situasi diatas terlalu biasa kita temui dan kepada anda yg tidak tahu asas solekan pasti bersetuju . Aku pun begitu tapi itu aku 4 tahun yg lalu. Dulu masa mula-mula aku mengenakan solekan pun ada jugak aku rasa macam badut..Kini solekan sesuatu yang amat menyeronokkan bagi aku….lebih ‘excited’ bila baru beli set solekan. Solekan tak semestinya tebal, kena ikut keadaan dan situasi baru la betul. Sebenarnya cukup mudah sekali nak berhias ringkas dan tampak menarik ke tempat kerja….15min saja..
  
Kuasa solekan
  1. Melahirkan Aura tersendiri pada wanita
  2. Merubah Gaya, imej dan penampilan diri
  3. Menyerlahkan Keyakianan diri (self confident/self esteem)
  4. Keceriaan
  5. Hasil seni kreatif yg perlu diberi pengiktirafan 


     Gaya, imej dan penampilan diri itu sangat penting. Bagi wanita yang bekerjaya imej anda juga menjadi perhatian selain daripada kualiti kerja anda..betul atau tidak anda jawap sendiri... Namun bagi wanita yang tidak bekerjaya juga..solekan sangat penting untuk suami tercinta..jangan hanya untuk keluar sahaja cantik namun apabila didepan suami hanya menempekkan bedak sejuk sahaja....
          Solekan hasil anda sendiri pastinya mendatangkan kepuasan kepada diri anda..namun semuanya perlu kepada teknik solekan yang sesuai dengan majlis,tempat dan masa. Adakah anda terfikir, anda pasti akan menjimatkan wang anda sekiranya anda dapat bersolek untuk diri sendiri untuk ke majlis-majlis tertentu yang besar dan formal tanpa perlu khidmat jurusolek dikedai, dan anda juga jimat wang anda jika anda bersolek sendiri untuk majlis pertunangan dan pernikahan anda ;p

Hasil solekan
  1. Wajah yang penuh dengan titik hitam, parut jerawat dan cela semuanya boleh ditutup menggunakan concealer dan foundation
  2. Membentuk wajah tanpa pembedahan dengan teknik shading : mata yang kecil boleh nampak besar dan bulat, pipi yang tembam menjadi tirus atau hidung yang kecil/kembang menjadi mancung bak seludang.
  3. Mekap secara betul dan tidak ketelaluan elak wajah kelihatan pucat dan lesu. wajah akan menjadi berseri-seri.

Bahan Solekan
  1. Bahan solekan yang digunakan perlulah daripada bahan berkualiti, tiada bahan kimia terlarang yg merosakkan kulit wajah serta mempunyai adunan warna yg cantik sesuai mengikut tema solekan utk hasil solekan yg sempurna
 Aku ni pon dalam proses mempelajari teknik-teknik yang betul dalam solekan... bagi aku solekan penting. walaupon ada yang berpendapat mahu mengekalkan natural beauty...kalau nak kekalkan natural tu kalau betul beauty muka sentiasa lembab dan  berseri-seri tak apa jugak.... ni kalau dah muka pucat dan kulit kusam, nak kekalkan apanya tu...  apabila anda mahu keluar, anda patut melindungi kulit anda daripada sinaran matahari yang mempunyai sinaran UV yang membahayakan kulit. diluar kulit anda terdedah dengan sinaran yang membahayakan kulit dan juga dari asap-asap kenderaan dan debu-debu jalanraya... jika terdapat solekan..sekurang-kurangnya, kulit anda terlindung daripada sinaran Uv dan debu asap yang melekat ke muka anda tidak terus melekat ke kulit...apabila anda cuci muka anda ia akan tanggal..InsyaAllah...anda patut lakukan yang terbaik untuk diri anda dan penampilan anda. tidak salah belajar cara paling asas untuk solekan anda jika anda malas sangat dan tidak suka sangat untuk bersolek. Namun bersolek juga tidak cukup...anda perlu juga menitikberatkan penjagaan kulit. Antara perkara asas yang boleh dipraktikkan adalah :

  1. Clensing Gel/ foam/soap
  2. Scrub (seminggu sekali)
  3. Masker (seminggu sekali)
  4. Toner
  5. Moisturizer
  6. Day Cream / Night Cream

    Cucian muka merupakan asas yang paling penting dalam penjagaan kulit muka anda. Jangan apabila pulang anda terus tidur tanpa membasuh dan mencuci muka anda! solekan perlu ditanggalkan... kulit anda juga perlu bernafas  dengan tenang tanpa sebarang ganguan dan halangan...

Monday, November 29, 2010

~aDaKaH AnDa TaHu SeGaLaNya TeNtaNG GuRu PaRt 2~

1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid.
1 murid = 3 buah buku
1 kelas = 45 orang murid (+/-)
Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku
Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas
> 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat
- Mesyuarat Guru
- Mesyuarat Sukan
- Mesyuarat Panitia
- Mesyuarat PIBG
- Mesyuarat Aliran
- Mesyuarat Program
- Mesyuarat Luaran
5. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
6. Mengisi pelbagai jenis borang.
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
14. Mengecat sekolah
15. Membersihkan bilik / stor
16. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
17. Menyiapkan program Head Counting
18. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
19. Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
20. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
21. Mencuci najis/air kencing murid.
22. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
23. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
24. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
25. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
26. Menjaga kebajikan murid
27. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
28. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
29. Menanda kertas peperiksaan / ujian.
30. Mengendalikan perhimpunan murid

Tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang  bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan warga pendidik ini dalam mendidik anak bangsa kita.

Tuesday, November 9, 2010

~FiTNaH DaJJaL~

by Fadzil Ahmad on Sunday, April 25, 2010 at 1:25am
 
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:
"Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda:
"Sesungguhnya tidak ada fitnah(kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir."

Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada ditengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.

Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf."

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurga sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk."

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akanberkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia akan membunuh dan mayat itu dibelah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yangakan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaihitu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi."

Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan diluar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi.

Ketika itu, orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda:
"Bumi yangpaling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawaloleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalahyang paling banyak lari ketika itu.Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:
"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu,apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab:"Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu."

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluhbulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal.

Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Tambahan:
Nabi sarankan kita untuk baca doa ini setiap lepas solat. Mudah2an kita terselamat.

"ALLAHUMMA INNI A'UZUBIKA MIN IBLISA WAJUNUDIHI, WA A'UZUBIKA MIN 'AZABIL QABRI, WA A'UZUIKA MIN FITNATID DAJJAL, WA'AUZUBIKA MIN FITNATIL YA'JUJ WA MA'JUJ"

YA ALLAH SESUNGGUHNYA AKU MOHON PERLINDUNGAN MU DARI IBLIS DAN BALA TENTERANYA, DAN AKU MOHON PERLINDUNGAN MU DARI AZAB SIKSA KUBUR, DAN AKU MOHON PERLINDUNGAN MU DAI FITNAH DAJJAL, DAN AKU MOHON PERLINDUNGAN MU DARI FITNAH YA'JUJ DAN MA'JUJ... 

Friday, November 5, 2010

~ HikMaH SuJuD~

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Wednesday, November 3, 2010

~ SuRaT TeRBuKa KePaDa Puan~


NOR AZIRA NASIR,
SK ALOR MENGKUDU ’94-’99,
SMK AGAMA KEDAH ’00-04,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ’06-‘10
*BACHELOR OF EDUCATION WITH HONOURS( BIOLOGY)*
MAJORING BIOLOGY/MINORING CHEMISTRY

Assalammualaikum.....  puan _____, harap puan sihat Alhamdulillah... anak macammana? Harap sihat sekeluarga...ya kita memang saling tidak mengenali... jadi saya perkenalkan diri saya dulu ya..nama saya Nor Azira bt Nasir.... guru ganti kepada puan _____ sepanjang puan cuti bersalin dahulu.
Pertama sekali saya ingin memohon maaf atas segala kesalahan saya mungkin dengan menggunakan buku rujukan puan ade yang terkopak....  saya tidak sempat hendak menggantikannya kerana saya cari buku itu di kedai banyak yg dah habis...

Puan, saya  baru tahu dan baru menjumpai hakikat  bahwa dalam dunia ini, jika kita berbuat baik, kita tidak semestinya dibalas baik.... seperti kata2 hikmah buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat... namun apabila kebaikan dan keikhlasan kita berbuat baik itu disalah tafsir dan disalah ertikan. Makanya ia merupakan satu ujian dari Allah subhanahuataala yg Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas segala...

Saya telah ditugaskan dan diamanahkan untuk menggantikan puan, jadi segala tanggungjawap dan kerja puan saya ambil alih...actually i’m waiting for my posting, i’m a novice teacher. I’m realized it... but i’m still learning time by time to become a good teacher and the best teacher ever for every of my students and always be there if they need help... that my aim in my job as a teacher.. .. as we know... Teaching is a professional profession.... i got very2 high passionate toward teaching... fullstop. 

Semasa saya datang, semua pelajar tengah exam, saya amik kelas semua kelas yg puan ajar, 4p,4s,1p,1s, kertas yg saya mark 4s n 1s....fully marked by me.... 4p n 1p marked by puan yeap n mr.charles for paper 2.. i’m juz sliding the omr papers in paper 1 in the machine. The mark i’ve gave them based  exactly on their result .. not added extra mark or whateva as you done before..becoz  i’ve no right to do that.... as i completely calculated their mark especially for 4p.... i’m surprised  that they are only 3 students passed.... n they from the fisrt class.... thats  my first impression....

Saya bertanyakan mereka ape masalah mereka... mereka menceritakannya.... mereka faham apa yg puan ajar kalau betol2 fokus..namun kalau ade yg lost, mereka xbertanyakan pada puan kerana mereka kesian n belas tgk puan sarat mengandung, jadi mereka xbertanya lebih....budak2 puan....itu salah mereka namun atas belas mereka pada puan....kemudian saya mengambil anisiatif untuk membuat ulangkaji pada petangnya atas permintaan para pelajar jua.... saya bertanyakan kepada guru2 lain sekitar itu untuk membuat kelas tambahan tu boleh ke tak.... salahkah saya? Buat kelas tambahan kepada pelajar tanpa bayaran? Walaupon sampai sekarang dah habis saya mengajar disana, saya masih belum mendapat gaji sesen pun..namun itu  tak penting bagi saya , yang penting ilmu kepada pelajar tu sampai.... saya amat terkilan dan terkejut dengan ayat yang puan keluarkan kepada pelajar....

PAPER 2

-atomic structure + periodic table group 17(halogen)
-daniell cell with porous pot
-melting curve for napthalene. dan cari 2 subtance that can be determine using the water bath(cam kes naftalena la....)
-periodic table (group 17, period 3, group 18) bacala sume...
-acid and base (yang kalian belajar ngan cikgua azira... hu hu hu) x de tips k.. nak tgk u all belajar ke tak...
-manufactured of ammonia (cam latihan hari tue)... sape buat mesti dapat betul punyer...

section b(pilih satu soalan sahaja)
1- formation of ionic and covalent bond: jawab cam modul cikgu.. jgn tinggal steps k- 20 markah
2. acid base (yang kalian belajar ngan cikgua azira... hu hu hu) x de tips k.. nak tgk u all belajar ke tak... lagipun ciku azira kata u all lebih paham belajar dengan dier... hu hu

section c(20 markah)(pilih satu soalan sahaja)
-salt(bace je sume)
(yang kalian belajar ngan cikgua azira... hu hu hu) x de tips k.. nak tgk u all belajar ke tak... lagipun ciku azira kata u all lebih paham belajar dengan dier... hu hu
-electrolysis: electrolyte non-electrolyte, factor affects the product of electrolysis

PAPER 3(PN YEAP BUAT)
-ELectrolysis (to study the effect of chemical compound)
-group 1(exp with water and oxygen)
senang jer

k.. all da best... jgn da yang fail2 lagi.. solan da cikgu buat yang paling senang da... good luck
___________________________________________________________________________

Adakah ini jalan yang betol? Adakah adil dan jujur sebagai guru?

Saya sebagai guru yang masih belajar,sy juga belajar ilmu pendidikan selama 4 tahun,etika keguruan dan profession keguruan saya ingin bertanya puan yang sudah lama berkhidmat dalam bidang ini.... adakah betul dari segi etika keguruan kita boleh menambah markah kepada semua pelajar untuk mengelakkan daripada kita disoal oleh pengetua? Adakah betul dari etika perguruan jika pelajar hendak exam kita bagi kesemua tips2 SETIAP SOALAN yang akan dikeluarkan??  Terujikah mereka selama setahun belajar chemistry?? ......bagusnya... mereka mungkin akan score setiap soalan tu yg diberi tips.... dan terima kasih sebab xbg tips untuk tajuk yang saya ajar.. dats the right way.... ;p biar mereka teruji dengan ape yang dipelajari...mmg sy xpandai mengajar chemistry, sbb majoring saya biology, wlpn minoring chemistry... namun xbererti sy xtau content chemistry n approach method for theaching yg perlu digunakan..... saya mmg xsempat msuk lab..sebab saya sedaya upaya nak hbskan secepat mungkin sllybus takut xsempat hbs apabila puan dtg..namun sy mohon maaf untuk sains 4s, saya xsempat hbs.. bab 7 tu...

Puan, kebolehan pelajar dalam menguasai subjek bukan hanya terletak pada guru...namun pada usaha para pelajar sendiri. Saya pesan pada mereka dulu, jgn sesekali salahkan org lain jika gagal dlm sesuatu.jgn sesekali menuding jari pada org lain.. tgk pada diri sendiri, salah diri sendiri...sy sesekali xpenah salahkan puan atau menyatakan bahwa puan xpandai mengajar mereka! Salahnya pada mereka sendiri yg bertggjwp atas pelajaran mereka. Sy tgk modul yang puan buat..sangat2 bagus! Saya lihat modul2 beberapa pelajar kosong. Saya marahkan mereka kenapa xbuat? Padahal cikgu ______ penat susah payah wat modul ni utk memudahkan kamu.... mereka yang malas..

Saya juga ingin bertanya puan, apa maksud puan ni [ (yang kalian belajar ngan cikgua azira... hu hu hu) x de tips k.. nak tgk u all belajar ke tak... lagipun CIKU AZIRA KATA u all lebih paham belajar dengan dier... hu hu]  ???? i’m highlighted the word....CIKU AZIRA KATA....plzz give me the rite place n the rite date i told u this?? We neither talk each other nor meet! How come u got dats statement? Yes! From others.... i think..... bongkak dan sombong lah saya kalau berkata demikian.... saya pon terkejut dengan ayat tu... i’m keep wondering..... bila n pada siapa ya suatu hari nnt saya akan berkata macam tu???bcoz lom pernah lagi saya menjadi org yang bongkak itu...  salah faham akan membawa kepada kesan psikologi yang panjang..... ayat puan ..jika dilihat dan dibaca.... professionalkah? Diberi kepada smua pelajar....saya tidak takut dan gentar...sebab walaupon sekejap mengenali mereka.... i think they know me as i am...sy Cuma terkilan dengan tindakan puan...  rupanya salah kita mengajar lebih masa n wat kelaas tambahan pada pelajar...salah rupanya pelajar jumpa n blaja dengan kita....cikgu ganti mmg xbagus n blagak je... ok... i accept it...ape yg berlaku ini semua ujian...saya xsimpan dalam hati lama.... setakat sy dah lauahkan saya dah puas hati...puan dan saya xpenah jumpa malah xpnh cakap..saya xsalah kan puan yang mungkin sudah salah tafsir.... saya mohon maaf atas kata2 sya ini yang mungkin agak kasar. Saya tidak suka salah faham antara manusia... kalau ada puan xpuas hati dengan saya. Puan boleh luahkan....

I’m realized rite now..in this world.... kata2 buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat seringkali berlaku sebaliknya... buat baik dibalas jahat, buat jahat dibalas baik.... maaf atas ketelanjuran kata2 dan teguran.... terima kasih



 * ini surat saya untuk yang berkenaan.... iblog ni adalah my digital diary... jadi saya letakkan juga coz this is come from my heart... *

Friday, October 22, 2010

~FaDHiLaT AyaT SeRiBu DiNaR~


(surah At- Talaq ,2-3)
Firman Allah SWT yang bermaksud :
{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 

Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan

dan banyak lagi khasiat serta fadhilatnya.... ingin aku berkongsi sedikit kisahku... alhamdulillah..walaupun aku dalam keadaan kekalutan selepas solat, aku tidak akan lupa untuk membaca ayat seribu dinar dan ayat kursi... alhamdulillah...Allah tidak akan memungkiri janjinya.... anda juga boleh mencuba dan merasainya sendiri... alhamdulillah....kita sentiasa dalam peliharaannya dan sentiasa dimurahkan rezeki.... yakinlah dan sentiasalah bersangka baik dengan Allah dan sesama manusia..Wallua'alam....

Friday, October 15, 2010

~RM50 BeRTuKaR MeNjaDi RM537~

selepas kupohon dalam angan-anganku alangkah indahnya ada betul doraemon dalam dunia ini, ingin kujadikan doraemon sahabatku, namun aku tidak mahu menjadi seperti nobita , aku tak mahu cepat putus asa dan tidak bijak seperti nobita.... aku mahu aku seperti sekarang, namun aku punya doraemon untuk kupinjamkan telekopter ataupun pintu merentas masa dan tempat itu..... anganan yang sudah pasti datangnya dari kartun jepun itu sangat mempengaruhiku walaupun aku sudah bergelar Cikgu....! tatkala aku penat hendak menunggang motorsikalku untuk pulang dari sekolah,mulalah aku teringat akan doraemon....hahahhaha..... apalah aku ini... kalau la doraemon ada, aku ingin mintak autografnya dan dia adalah artis yang pertama aku minat gila-gila didunia ini.....hiihihi......namun kukuatkan dan kugagahkan juga kudratku untuk pulang menempuh teriknya sanga mentari tengahari semalam.... 

Pada petangnya, aku bercadang untuk ke bengkel motorsikal yang biasa aku dan abang aku pergi untuk membaiki motorsikal kami.. aku ingin menukar minyak enjin dan juga spoke..... setelah selesai, Semuanya berjumpa rm50, aku membeyarnya walaupun kepingan itulah kepingan duit biru yang terakhirku.... namun aku lebih mementingkan keselamatanku ketika menaiki motorsikal...itulah kudaku,itulah BMW ku, itulah concorde ku, itulah jet pejuangku,itulah kereta kebal ku,itulah feriku untuk kemana-mana apatah lagi untuk ke tempat kerja.....selesai sahaja membayar, aku menaiki motor untuk pergi ke AVON, aku bercadang untuk membeli sedikit barang, yang sudah semmetinya berharga RM10 kebawah ya.... mula sahaja bergerak dalam beberapa puluh meter, aku terasa motor itu semakin berat dan semakin perlahan dan terhenti...... jem di tepi jalan. aku menelefon semula orang kedai tadi, dia datang dan mendapati leaking.... dah jem terus motor aku... aku kena tukar semua enjin dan blok baru dengan jumlah semuanya adalah RM537!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! salah siapakah disini???????? sebelom ini elok sahaja...... memang aku melihat disepanjang jalan yang aku bergerak, aku mendapati terdapat kebocoran minyak itu,..sudah sah la mereka yang tidak tutup dengan rapat!!!!!!!! akhirnya aku juga yang kena tanggung akibatnya.. mestilah aku tidak ada wang untuk membayar...abang aku juga yang menolong ..terima kasih abangku... aku tersangat bengang dan marah..namun abangku walaupun dia menyatakan bahawa dia juga kesempitan wang bulan ini, namun dia menenankan aku dan mengatakan padaku bahawa apa yang terjadi sudah ditakdirkan..namun buat pengajaran daripada apa yang terjadi, apabila merasa ada sesuatu sahaja yang tidak kena, jangan meneruskan perjalanan, terus ke kedai itu semula... abang tidak menyalahkan aku kerana aku tidak tahu.... aku akan mengambil iktibar dari kejadian ini.....

Pada pagi tadi, aku ke sekolah abang aku yang menghantarnya dan menjemputku ....terima kasih abang...( abang kandung ya..harap maklum)

Thursday, October 14, 2010

~ MeReKa YaNG KeCiL~

Mereka : cikgu...cikgu...nak buat dalam MT( Buku latihan matematik) berapa cikgu? 1 ke 2?..
Aku : MT1....
seketika kemudian.....
Mereka : cikgu...cikgu... nak kena wat garis tak? 
Aku : buat garis...
Mereka : cikgu...cikgu.... ini nak kena buat jugak tak?
Aku: kena.....
seketika lagi.....
Mereka : cikgu...cikgu..... nak buat dalam MT berapa cikgu.....???
Aku : buat dalam MT 1....
 acap kali soalan yang sama ditanya, walaupun sudah berulang kali aku menyatakannya dan juga menulisnya di whiteboard.... mereka sangat comel.... mereka sangat kecil.... ketakutan apabila aku menguatkan suara apabila mereka kebisingan ..
Aku: aipppppppppp!!!!!!!!!!!!!

mereka lari bertempiaran .... kemudian bergerak dan berjalan semula... kemudian kutegur lagi......
aku sangat gembira dan ceria apabila masuk ke kelas mereka....tanpa rasa takut dan gentar...seperti mana aku masuk ke kelas tingkatan 4 di sekolah menengah sebelum ini... kemungkinan ini rasa yang sama yang dirasa oleh novice teacher yang lain.... kerana aku asyik diusik oleh remaja-remaja itu....ketika aku memesan kepada mereka supaya  mereka fokus dalam pelajaran, remaja itu berkata ;

Aku : belajar rajin-rajin, fokus dalam kelas, belajar untuk suka sains...
Mereka remaja : cikgu, macammana saya nak fokus cikgu, bila cikgu masuk je , kitorang pandang muka cikgu, tengok-tengok dah habis masa, tengok-tengok penuh whiteboard dah...tak sempat nak fokus...

saat itu aku rasa...kapilari darah mukaku mengembang dan mengalir dengan lajunya.....ahhhhhh...sengalnya rasa.... bila aku mengajar tahun 3 sekolah rendah ni...ahhh..betapa bestnya..masuk kelas tanpa bebanan subjek yang berat.....baru rasa bestnya jadi cikgu sekolah rendah ni.... :p  semalam sebelum masuk  kelas mereka..aku pergi berjumpa dengan cikgu lain yang turut mengajar subjek matematik. aku bertanyakan kaedah pengajaran bagaimana yang perlu dilakukan kepada murid-murid kecil ini.... aku takut kalau akau bercakap entah apa-apa mereka tidak faham.... kemudian cikgu itu menerangkan aku perlu menenyebut setiap benda yang ditunjukkan dalam buku teks tersebut, contohnya ada haiwan..sebut dahulu haiwan-haiwan tersebut, kemudian, baru mengajar bagaimana hendak memindahkan maklumat tersebut kedalam bentuk jadual..oooo..begitu...kena satu persatu sebut...hehhhee.....comel sangat aku rasa....tadi masa kelas aku yang terakhir pada hari ini,

Mereka kecil : cikgu, dia buat saya....cikgu dia kata kat saya...cikgu dia tak buat keja....cikgu dia duduk tempat saya......cikgu...cikgu.. dan cikgu.......

saat itu,aku terasa sangat dihargai dan sangat disayangi....entah...mungkin berbeza dengan perasaan guru yang lain.....apabila mendengar mereka memanggilku cikgu atau teacher, aku dapat merasakan satu rasa yang tidak mungkin dapat ku kongsi bersama kalian semua..hanya boleh kukongsi ceritera ini sahaja.... terima kasih Allah...kau jadikan aku seorang guru....kau takdirkan aku menjadi seorang pendidik anak bangsa...kau jadikan aku pelita mereka.... syukur alhamdulillah.......



Wednesday, October 13, 2010

~ SeNgaL SeKeJaP~

monolog aku dlm toilet.....
'japg ade kelas 3E...mmm... nak ajar ape eh..eh..bukan diorg dh hbs PMR ke....'
lame berfikir..... kemudian...
'eh..bongok! ni darjah 3 la.... kelas 3 Elit SKPP9(2) bukan 3 Elit SMKPP9(2)...'
hahhahahahaha.... sengal sekejap td......

~ SeKoLaH Yg Ke-4~

alhamdulillah...pada petang semalam,semasa aku kat ofis, sedang bekerja di pejabat alumni UKM, pegawai daripada pejabat pelajaran Putrajaya telefon, dia memberitahu bahawa aku akan disambungkan bertugas di sekolah rendah pulak sebagai cikgu ganti..dia bertanya aku hendak tak? mesti sudah aku hendak ;palhamdullah... SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 9(2) menjadi sekolah ke-4 ku ;p

Sunday, October 10, 2010

~ No NeeD To FeeL inFeRiOr Any MoRe GirL~

NOR AZIRA BT NASIR
IS AWARDED
Degree Of Education With Honours (Biology)
University Kebangsaan Malaysia '06-'10

1. SMK BANDAR BARU BANTING ,( 11 Mei 09-21 Julai 09)
2. SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1), (2 Mei 10-9 Julai 10)
3. SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2),(23 Ogos 10-8 Okt 10)

Diatas adalah 3 buah sekolah dimana aku telah ditempatkan untuk mengajar dalam masa 2 tahun.... sekolah yang pertama dan kedua adalah sekolah praktikal, manakala yang kedua adalah sekolahyang aku menjadi guru ganti kepada seorang guru yang bersalin... perjalanan hidupku yang berliku untuk menjadi seorang guru... ingin aku berkongsi bersama kalian..sudah lama aku mengumpul kekuatan ini..sudah lama ia kubiar terpatri dalam hati...mati.....namun detik ini, kusudah punya keazaman dan tekad untuk kuluahkan dan berkongsi dengan kalian...

Cita-cita...
Tidak penah tersenarai dalam senarai cita-citaku jua untuk menjadi guru.... Aku dulu bercita-cita untuk menjadi seorang yang bekerja didalam pejabat, penuh dengan penghawa dingin,bertemu client dan selalu bermesyuarat....lagaknya bagai sorang korporat cita-citaku ini.... semuanya adalah pengaruh dari televisyen yang banyak memaparkan pekerjaan sedemikian dalam drama dan filem.... dari kecil aku sudah menanam cita-cita untuk menjadi sebegitu.... Namun, memasuki tingkatan 3, setelah menghadapi peperiksaan, aku berjaya dengan cemerlang dengan mendapat keputusan 9A.... sudah menjadi adat dan mentaliti di Malaysia, dan juga sistem Pendidikan Malaysia yang bukan bersifat, belajar dan mengajar mengikut kecenderungan kebolehan dan bakat pelajar.... makanya sesiapa yang mendapat keputusan cemerlang, secara wajib atau automatik perlu masuk kelas aliran sains semasa tingkatan 4... aku tidak punya kekuatan untuk perpindah ke kelas akaun...kerana aku dulu memang seorang yang sangat-sangat inferior!!!sangat-sangat merasa diri sangat rendah dan sangat kurang keyakinan diri... jadi aku tak mahu turun ke kelas akaun sebab aku akan merasakan lebih rendah diri berada di kelas belakang...mentaliti salah aku tiada siapa yang dapat betulkan ketika itu..... aku terus dibawa arus kesilapan itu.....

Just Follow The Flow,
Semasa SPM aku mendapat keputusan yang sederhana iaitu 7A5B, aku masih belum jelas tujuan dan matlamat hidup.... setelah aku memilih aliran sains...aku masih belum teteapkan..apakah yang aku mahu jadi ni satu hari nanti...i'm just follow the flow...dapat matrikulasi kulim... aku pilih aliran biologi...sebab aku minat belajar biologi...... result matrik pun tak la gempak sangat, membuatkan aku masih buntu untuk memilih kerjaya aku semasa mengisi borang UPU.... semasa mengisi borang tersebut, aku hanya meletak kos-kos yang berkaitan dengan biologi sahaja..maka bermulanya episod aku meletakkan kos Pendidikan Biologi di UKM sebagai pilihan pertama... tanpa apa-apa perasaan dan fikiran...

Sentiasa Merungut,
Dapat kos yang dimohon,semasa bulan pertama aku ada cakap dengan mak dan abang yang aku hendak tukar kos, namun atas nasihat abang dan mak , mereka juga melarang aku dari tukar kos, aku teruskan jua belajar dalam bidang ini... namun aku masih juga merungut dan selalu mengatakan bahawa aku tidak berminat dengan bidang perguruan ini....sehinggalah tiba tahun yang ketiga, aku perlu menjalani praktikal.. aku sangat berdebar dan takut menantikan bagaimana rasanya nanti apabila mengajar kelak.. aku nekad.. aku mengatakan pada diriku..nilah masanya hendak menentukan hatiku, adakah aku berada di landasan yang betul...

Musibah Melanda,
aku telah ditempatkan di SMK Bandar Banting... disana aku mulai merasa beban tugas.. aku dikehendaki mengajar Biologi dan Kimia pada kelas yang sama, membuatkan aku merasa sangat terbeban dan stress. namun kuteruskan jua, praktikal mengambil masa 8 minggu, 4 minggu pertama aku kesana , mereka menduduki peperiksaan pertengaha tahun, masuk minggu ke-5 aku mula masuk mengajar. Pada hujung minggu tersebutlah musibah melanda diriku, aku terpaksa dimasukkan ke Hospital selama 2 minggu, aku pulang ke kampung.... membuatkan aku tidak ke sekolah selama 2 minggu. datang semula pada minggu terakhir..pensyarah datang dan dia mahu melihat aku mengajar....memang la sangat teruk pengajaranku kerana sebelum aku ditimpa musibah itu, aku hanaya sempat mengajar kelas biologi dan kimia itu hanya sekali sahaja setiap satu subjek. Pensyarah pembimbingku menyatakan bahawa kalau hendak juga markah,dia hanya boleh bagi aku C... Aku tertekan.... namun pensyarah yang bertindak sebagai penyelaras bahagian praktikal menenangkanku dan memberikanku pengharapan... Beliau menyatakan,tidak mengapa,....nanti kita aturkan supaya aku perlu menggantikan 2 minggu yang tertinggal itu dan markah belum diberikan lagi...Penyelaras(Dr.Jamil) mencadangkan supaya aku menjalani  praktikal ganti selama 2 minggu disekolah lain..bukan di SMK Bandar Banting disebabkan masalah pengangkutan dan tempat tinggalku ketika itu. namun aku balik memikirkan cadangan itu, aku tetap juga tidak dapat mengasah kemahiran mengajar dan juga tidak dapat mengadaptasi dengan keadaan sekolah jika pergi 2 minggu sahaja di sekolah lain dan terus dicerap(observation) oleh pensyarah pembimbingku....Aku membuat keputusan yang aku jua tidak pasti akibatnya kelak ketika itu..iaitumengulang sahaja praktikalku bersama junior tahun 3 ketika aku berada ditahun 4....

Ujian Menimpa-nimpa,
Tahun 4, dikala rakan seperjuanganku bergembira dengan Gred praktikal mereka,dikala mereka sibuk berbicara tetang majlis konvokesyen mereka,dikala mereka sibuk berbicara tentang penempatan posting mereka... aku memendam rasa rendah diri, down dan pelbagai rasa lagi keseorangan... kerana, aku belum tahu nasibku pengakhirannya dimana?perlukah aku extend? aku masih belum tahu kesudahannya tketika itu...ya, mungkin tiada siapa yang nampak... akukan seorang yang ceria dan suka ketawa dan senyum..... dalaman hanya ALLah yang tahu....Dikala itu juga, Allah menguji ketabahan keluarga kami dengan ujian yang menimpa abang,juga dengan fitnah yang dilemparkan kepada keluarga kami.... Aku semakin tabah.....aku berhadapan semua itu..masih disisi abangku tersayang...mempertahan dan membelanya...aku tidak kira siapa lebih berpangkat tinggi,..benar tetap benar,salah tetap salah....tiada siapa tahu...hanya perkongsian sedikit dengan sahabat yang masih mengambil tahu halku...masih mengerti hatiku...sangat memahami riak wajahku disebalik senyumanku itu....dia juga menangis bila tahu semua kisahku...namun....air mataku sendiri tak mampu untuk mengalir.... Dikala pengakhiran tahun ni UKM juga, satu lagi ujian menimpaku iaitu,aku diuji dengan masalah kawan..... entahlah..siapa yang tidak dapat mengawal diri sebenar? hanya ALLAH yang tahu segalanya...aku redha dan pasrah.... ketika itu 2 sahabat terdekat sahaja bersamaku. yang faham tentang ini... aku masih terbeban perasaan...... dengan itu dan dengan segala masalah  pengakhiran pengajianku di sini yang belum lagi tahu nokhtahnya.

Petunjuk dan Hidayah,
Sesungguhnya hidayah dan petunjuk Allah beri adalah yang terbaik dan telah ditakdirkan olehNya...segala ketentuanNya telah tersurat... semasa tahun 4,aku menjalani pengajian seperti biasa, aku perlu menunggu  sehingga hujung semester untuk mengulang praktikalku yang tertangguh. Satu kejadian yang ingin sangat kuberkongsi dengan semua orang yang kujumpa...bagaimana mulanya aku terbuka hati dan jatuh cinta  untuk menjadi seorang guru.... Pada pagi itu, aku ingin keluar untuk membeli barang..ketika ini dalam bilikku di kampus...selalunya aku jarang membuka radio pagi-pagi....namun,pada hari tersebut, entah bagaimana, aku tergerak hati untuk mendengar radio, sambil bersiap-siap untuk keluar, semestinya radio sinar Fm la pilihanku... pagi itu kak engku,abg jem dan krill membincangkan topik ' kerjaya idaman anda,adakah tercapai atau tidak?" maka banyak lah panggilan yang masuk, bercerita pelbagai jenis cerita, ada yang tercapai,ade yang tidak tercapai.... namun,satu panggilan dari seorang pemanggil ini,begitu bermakna dalam hidupku.....ceritanya begini...
" saya belajar tak tinggi, setakat spm je, tapi cita-cita saya nak jadi cikgu..... saya kerja dah macam-macam yang lain pun,tapi saya tetap nak jadi cikgu, sampailah saya cuba juga nasib mohon jadi cikgu tuisyen kalau ada iklan-iklan kekosongan guru, saya berjaya dapat ka satu tempat..pertama sekali saya dengar student panggilan saya cikgu....saya terus menangis kesyukuran disitu juga...'' cerita pemanggil itu dalam nada yang sebak dan menngis juga.. di pertengahan ceritanya itu buatkan air mataku berlilangan tidak behenti dan terus terduduk... aku terus menangisi betapa agungya Allah, sesungguhnya Allah dah tau, Allah dah tentukan rezeki aku dalam bidang perguruan..namun aku yang menafikannya..... dengan kejadian itulah, aku telah mendapat petunjuk,bahawa...aku diperlukan dalam bidang ini...! aku muhasabah diri, orang lain yang tidak berluang jadi cikgu, terlalu ingin jadi guru, namun tidak berpeluang, aku yang sudah berada di jalannya, tidak mensyukuri nikmat dan peluang itu....

Sokongan padu,
Selain keluarga, Dr.Jamil lah yang banyak menyokong dan memberi semangat padaku. Beliau telah kuanggap macam bapaku sendiri.... Habis pengajian semester kedua, rakan-rakan seperjuaganku mulai bercuti pada awal bulan mei. Namun, aku pula, perlu menjalani praktikal kali kedua.... di SMK Putrajaya Presint 16(1).
sekolah yang banyak memberi kesan terhadap diriku...aku sangat kagum dengan pengetuanya iaitu Tuan Hj Yusuf Hasan, dengan kredebiliti beliau, dengan dedikasi beliau, beliau berjaya mendidik semua warga SMKPP16(1) juga bersikap seperti beliau...aku sangat-sangat bersyukur ditempatkan disana.... sudah ada aku ceritakan pasal beliau dalam post yang lepas....disana aku menimba sebanyak ilmu yang mungkin...aku menamatkan praktikalku dengan mendapat gred A- daripada Prof.Dr.Lilia Halim..terima kasih warga pendidikku.....

Tamat Pengajian,
Alhamdulillah..tamatnya praktikal, aku berjaya juga menamatkan pengajianku dengan bersama-sama mereka dlam majlis konvokesyen.... namun aku hanya bermasalah dengan pengisian borang penempatan sekolah... pada mula pihak kementerian pelajaran memaklumkan aku dapat juga terpilih dalam pemilihan intake jun itu walaupon senatku bertarikh 21Julai..... aku juga turut mengisinya..namun....mereka memaklumkan semula disaat akhir..polisinya tidak boleh seperti itu....aku kecewa sekian kalinya.... inferior.... rendah diri dengan rakan-rakan yang bakal mendapat penempatan sekolah dahulu berbanding aku....aku terpaksa isi semula untuk intake September....

Rezeki dan Keyakinan Diri,
Selepas tamatnya praktikal,9 Julai 2010, hari jumaat,aku masih berada di ukm, pada hari isnin 11 julai, merupakan hari pertama sesi pengajian 2010/2011, walaupon dah tamat pengajian, aku masih berada di UKM, aku tidak pulang ke kampung, aku mahu mencari pengalaman kerja dahulu..11 julai, aku pergi ke kiosk makanan di Teres Eko Niaga UKM, aku mohon nak bekerja full time disana, aku diterima bekerja esoknya terus mula kerja..bergaji RM2.50/jam...sehari RM25...abangku tidak mengizinkan bekerja disitu,namun kukatakan dah memohon.... peetengahan julai itu juga, guru SMKPP16(1) menghubungiku untuk mengambilku sebagai Home Tutor anaknya PMR.2 kerja. Tamat bulan Julai,31 Julai, abangku mintak aku berhenti kerja kiosk makanan tersebut. Dia suruh aku cari kerja tuition sahaja. Aku memohon beberpa tempat, kemudian dapat lagi satu pusat tuition di hentian kajang.... entah bagaimana tergerak hatiku untuk memohon guru ganti di daerah putrajaya, aku memohon guru ganti untuk ke SMKPP16(1) untuk bulan OKT kerana ada guru yang akan bersalin, namun rezeki Allah telah tentukan aku dapat dahulu sekolah SMK Putrajaya Presint 9(2). 23 Ogos, aku lapor diri, aku mengajar Sains Ting.1 dua kelas, Sains Ting.4 satu kelas, Kimia Ting.4 satu kelas, Sivik 1 kelas..... jadi, sepanjang ini, duit poket mingguanku adalah daripada HOme tuition dan tuition kat pusat tuition.... ramai juga students SMKPP16(1) dan SMKPP9(2) yang request nak aku jadi Home tutor subjek bio dan kimia.namun aku terpaksa menolak dahulu sebab tak terdaya kudratku...penat rasanya....8 Okt 2010..tamat la kerjaku di SMKPP9(2)....

Hikmah Di Sebalik Ujian,
Aku telah merasa mengajar sudah 3 buah sekolah........itulah nikmat dan hikmah yang tidak penah kujangka.... aku mendapat pelbagai jenis pendedahan cara kerja yang pelbagai dan juga dapat melihat dan melayan dan berhadapan dengan pelbagai jenis pelajar...... aku sudah tidak inferior lagi.... walaupun aku lambat dapat penempatan sekolah tetap...namun aku sudah bergaji macam cikgu betul juga cuma alaun tambahan lain  tiada. basic sama. dan juga ada alaun perkhidmatan awam.. aku juga sudah berada di 3 buah sekolah berbanding dengan rakan-rakanku yang lain yang mungkin hanya pernah mengajar sebuah sekolah sahaja semasa praktikal... dan sekarang mereka mungkin sedang kebosanan di rumah sejak bulan Mei yang lalu....aku bersyukur atas segala yang berlaku.... dan semalam..aku dapat mesej, kerja.... dari alumni ukm, bidang kerja = tampal setem dan lipat kertas, gaji RM3.50/jam..aku apply..dibalas mesej dengan "esok datang pukul 2 petang terus kerja".... sekarang dah menghampiri jam 1.30 petang..aku nak mandi, solat dan nak pergi kerja baru! (^_~)