Friday, January 21, 2011

~GiGi BoNgSuKu SaYanG~


Salam semua..... lama jugak tidak menulis-nulis ni.... terdetik nak tulis ni dengan harapan gigi bongsuku yang tengah sakit ni...akan aku lupakan sekejap kesakitannya ini.... gigi aku ni sudah hampir 5 tahun kalau tidak salah aku sudah sakit..sejak dari aku di matrikulasi....tahun 2005 tidak salah aku....mula-mula sakitnya sampai demam-demam...gigi atasku tiada masalah..namun pertumbuhan gigi bongsuku yang dibawah ini kiri dan kanan mengalami masalah kerana rahang sudah tidak cukup ruang untuk menampung pertumbuhan gigi bongsu ku ini... mahunya tidak sakit...gigi menolak gusi yang rahangnya sudah tiada ruang untuk tumbuh! hanya Tuhan yang tahu sakitnya...berdenyut-denyut! rasa macam nak gigit orang saja!! semasa tahun 2008 tidak salah aku,,aku sudah berjumpa dengan 3 orang doktor gigi.... kesemuanya menyatakan perlu kepada minor surgery....huh! aku yang sangat sayang akan gigi-gigi ku ini tidak mahu dilakukan sedemikian.... antara semua mereka ada seorang saja yang menyedapkan hatiku dengan berkata...boleh menunggu sehingga umur 25 tahun..sebab masa itu gigi sudah tidak bertumbuh lagi...sekarang dah 24 tahun...tahun depan aja yang tinggal!huh! amanlah kau gigi kat situ...jangnla sakit-sakit lagi...aku sayang kau tahu tak...? kalau tidak kau akan dinyahkan daripada mulutku ini.....huhuhuh.... 3 4 bulan sekali mesti sakit.... dulu aku penah mencapai berat idaman 48kg gara-gara sakit gigi! 3 minggu aku hanya makan sup je...tanpa nasi dan benda-benda keras yang lain.... kurus aku masa tu..sekarang!!!!hah!!!!sudah 55kg! gemoooooookkkkkkkkk!!!!!!!
tidak!!!!!!!!!tapi aku pun tidak mahulah kurus dengan cara tak makan kerana gigi sakit lagi..merana sangat kot..tengok saja orang makan sedap-sedap....huhuuhu..malam-malam pun terjaga sakit gigi ini...setakat ni hanya telan uphamol 650 tu je...gosok gigi setiap sejam sekali dan kumur dengan listerin...( kesian kepada bakteria tidak sempat hendak menumpang) boleh tahan gak la ,....tak sakit sangat...huhuh..


Macam ni la labih kurang ilustrasi gigi yang tidak dapat tumbuh habis tu..


 Ini bukan gigi aku ar....tapi lebih kurang ni la bengkaknya..aku lagi teruk kot..dinding kat pipi tu bengkak jugak..so...pipi aku jadi macam kena tumbuk!!

0 pengkritik: