Thursday, January 27, 2011

~ TaBiaT HuDuH MaSa KeCiK ( TaNBaL SuBuK)~

 Bagi seorang yang normal bergelar budak,tabiat yang boleh dikatakan buruk pada masa anda sudah besar sekarang, dan tabiat itu dikatakan hobi anda yang paling best semasa anda kecil... semestinya setiap orang mempunyai hobi yang pelik-pelik dan tabiat yang memang akan dipanggil buang tebiat kalau anda praktikkannya sekarang! Aku yakin setiap orang mempunyai pengalaman dan aktiviti yang berbeza.... Aku ingin jugak tahu apa tabiat semasa kecil orang lain itu.... Disini aku ingin menceritakan beberapa tabiat huduh ku masa kecil....



1) BANTAL BUSUK

Owh...ini adalah normal bagi kebanyakan budak...bukan setakat budak....sampai tahap anak dara,anak teruna dan anak dara tua hatta teruna tua pun aku yakin masih ada tabiat menyimpan bantal busuk ini... kenapa kita panggil bantal busuk? Salah satu sebabnya..kita sayang sangat akan bantal tu.. tidak boleh tidurlah kalau tiada bantal itu...tak gitu cik tom? Sebab lain bantal tu satu sajalah buat kita lena tidur....Selain itu, yang melekat nama bantal busuk tu sebab kita sangat sayang nak basuh sarung dan jemur bantal tu...betulkan?? aipppp!! Tu sedang sengih-sengih menganguk kepala tu kan? Ingat aku tidak tahu (^_^)...  Bau dia fuuhhh!! itu lah ubat penenang dan ubat tidur paling mujarab dalam dunia!Samalah dengan aku ni... Tapi bantal busuk aku sepanjang hidup sudah masuk 24 Tahun ni bukan sebiji saja.... Sebab mak aku ada saja cobaannya untuk melupuskan bantal kesayanganku itu... Aku rasa bantal yang ada sekarang ni 'Pembucuk' yang ke 3.... Aku hendak cerita bantal busuk aku yang pertama.... Bantal-bantal aku of course yang berkabu.. Aku tidak suka  bantal span @ fiber.... Bantal yang pertama itu terpaksa aku lupakan dan buang kerana bantal aku itu kucing berak!!!! Menangis aku bermacam-macam lagu masa itu...masa itu aku sekolah rendah.... Aku balik sekolah saja, mak cakap, bantal kena berak kucing. Sampai hati kau kucing! Ini memang zalim! Aku memang geli akan najis-najis kucing ini.... Dalam keluarga, aku seorang sahaja yang tidak suka kepada kucing. Padahal kucing-kucing dirumah aku penah mencecah 18 ekor. Bukan aku geli, tapi aku tidak suka. Pernah dahulu kucing ada membuang najisnya di dalam bilik aku.. Aku punya menjerit + mengamuk+ menangis. Aku suruh adik aku yang suka sangat kucing tu yang buang. Nasib baik dia buang! Jadi lenyaplah sebuah bantal kesayanganku yang pertama..Aku rela buang. Sebelum itu mak sudah banyak kali cakap dah banyak habuk bantal tu, dah banyak sekenit/pijat dalam tu...aku tidak peduli..Kali ini...aku memang peduli dek kerana ketulan emas karat gila kucing itu!

 Selepas itu aku ada bantal ke2... yang ini menarik sedikit... Dari mana datangnya bantal kedua dan ketiga?
ok... disebabkan aku dan famili aku memang duduk kampung, memang kebanyakan bantal-bantal kami daripada kabu...sebab dulu ada pokok kabu di rumah nenek aku( Aku panggil tok) .... Mengikut kisah yang mak cerita, masa mak mengandungkan abang, tok ada buatkan tilam bayi dengan menggunakan kabu. Tilam yang sangat empuk dan best! Menurut mak, mak memang berniat sebelum abang lahir tu, masa tok bagi tilam tu, mak nak letak abang atas tilam tu... Selepas abang dilahirkan ( abang aku dan aku dilahirkan di rumah..bukan di hospital...hehhehe..guna bidan lagi masa tu) abang menangis agak lama la tidak berhenti-henti... mak abah dan tok hairan dan risau.... Aku tidak pasti la berapa hari.. Kemudian mak baru teringatkan tilam yang tok bagi... dan baru mak teringat apa yang dia niatkan... Ambil saja tilam tu dan letak abang atas tilam..senyap!!! haaha...kelakar pun ada.... Tapi itula.... Orang tua-tua cakap... kalau dalam kandungan tidak boleh niat dan cakap sembarangan... Nasib baik pasal tilam saja.... teringat pulak aku cerita yang bayi perempuan merupai ular yang semasa dalam kandungan mak nya tidak mengaku yang ada bayi perempaun dalam kandungannya berikutan dia mahukan bayi lelaki..dia cakapkan dia mengandungkan anak ular..Dengan kuasa Allah...ank yang dialhirakn itu menyerupai ular...Nauzubillah.... aku bagi la link ni.... kalau teringin nak tengok ;p

Sambung cerita bantal aku.... sampaila mak lahirkan aku...bantal itu mak letak aku pulak (^_~)  dan adik-adik.... tapi setelah aku kehilangan bantal aku yang pertama.... aku minta mak potong tilam itu, aku nak buat bantal... Maka terbelah dua lah tilam itu.... itulah bantal ke2 dan ke3 ku.... Masa aku masuk asrama dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5... Tilam yang sudah dijadikan bantal itu, satunya aku tinggalkan dirumah, satu lagi aku bawa ke asrama.... Kemudian bila aku tidak balik ke asrama, bantal kesayanganku di rumah telah di kidnapped oleh adikku yang lelaki!! memang kalau balik rumah kami akan fight habis-habisan untuk mendapatkan bantal itu! Aku pun hairan dia pun suka bantal tu!!! hahahahhaha..... Sampai sekarang dah habis belajar di UKM pon bantal aku yang ke3 masih ada ;p yang kedua adik aku guna..kalau balik aku akan rembat jugak! .... kalau dulu masa pulang ke kampung pon, aku akan bawak jugak bantal itu balik naik bas...ish..ish.... Dasyat la aku rasa....huhuhuhuhuhu.....


Disini aku kongsi bersama petikan dari utusan Malaysia berkaitan dengan bantal busuk :



Punca
Mengulas tentang isu minggu ini, Pakar Psikologi Kanak-kanak dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Mastura Badzis berkata tabiat tidak mahu renggang dengan bantal ini dipanggil clinging behaviour atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya.
Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja, sesetengah kanak-kanak menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka.
Tingkah laku pautan (clinging behaviour) adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak-kanak diperingkat awal,” katanya.
Biasanya tabiat itu bermula di rumah dan berlaku kepada kanak-kanak yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka.
“Kanak-kanak yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi kanak-kanak tadi ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal tadi membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.
Kata beliau lagi, sesetengah kanak-kanak ini juga berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka.
“Ini merupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasi tadi,” kata beliau.
Selamat
Menurut Dr. Mastura, satu lagi punca tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure).
“Kanak-kanak kecil belum memahami konsep kehilangan sementara,” katanya.
Jelasnya, mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang menjadi peneman mereka.
“Dengan melakukan perlakuan demikian seperti menggentel bantal, kain dan sebagainya membuatkan mereka rasa selamat dan tidak ditinggalkan keseorangan,” jelasnya.
Risau
Dr. Mastura berkata, sebenarnya ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat mengendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara.
“Dalam hal ini ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan,” katanya.
Ibu bapa atau pengasuh katanya perlu cuba memisahkan anak dengan rakan karib mereka ini secara perlahan-lahan.
Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak-kanak ini katanya adalah ketika umur mereka mencecah tiga tahun. Sebaliknya jika dibiarkan perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.
Namun, terdapat juga kanak-kanak yang boleh berpisah dengan teman akrab mereka ini dengan sendirinya selepas memasuki taska kerana malu kepada rakan-rakan yang lain.
“Aktiviti seharian di taska yang banyak juga mengurangkan kebergantungan kanak-kanak tadi terhadap bantal atau anak patung mereka,” katanya.
Bantal busuk hingga dewasa
Memiliki bantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil.
“Memanglah tidak ada kesan sampingan, tetapi tabiat ini boleh berlarutan hingga dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal,” kata Dr. Mastura.
Sesetengah individu sukar berpisah dengan tabiat ini disebabkan ibu bapa mereka terlalu mengikut kehendak anak yang mahukan bantal busuk sentiasa ada bersama.
Dalam hal ini katanya, peranan ibu bapa dan pengasuh perlu ada untuk mengelakkan tabiat ini berterusan….
Sumber: utusan Malaysia..



Mungkin masa aku kecik aku rasa kurang selamat dan kurang keyakinan diri...uhhh dan pandaikan kecik2.... hehehhe


* TANBAL SUBUK= BANTAL BUSUK ;P
    
bersambung....... (^_^) masih ada banyak perkara yang huduh semasa kecil aku....

1 pengkritik:

downgila said...

aku dah 23 tahun ada je lg bantal busuk. hahahahah. power!