Saturday, February 5, 2011

~ NaK KuRuS, MaKaN LiMaU NiPiS~


Disebabkan aku sedang berusaha dengan keazaman yang tinggi untuk menurunkan berat badan ni daripada 55kg ke 53-kebawah..... 
Aku asyik minum air limau nipis saja... sebelum ini aku hanya dengar-dengar sahaja bahawa limau nipis dapat menurunkan berat badan selain khasiatnya untuk menurunkan tekanan darah tinggi... 
Selain dibuat minuman... Tidak sah kalau mak buat sambal belacan tanpa letakkan limau nipis.... kalau masak sardin.... mesti kena letak limau nipis..kalau tidak....tidak ummhhhpppp!!
Sepanjang aku berada di Bangi atau senang kata di Selangor... Kalau aku mintak air limau..mesti air limau kasturi...bukan limau nipis..bagi aku air limau nipis lagi sedap daripada air limau kasturi...
Kalu diutara pula...susah aku nak cari air limau kasturi..banyak limau nipis...heheh...
Limau nipis diutara lagi murah dari tempat lain agaknya ya...
Limau nipis ini kategori buah-buahan sitrus...bermakna ia mengandungi kandungan Asid Sitrik..
Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan.... Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C...
Ha....lagi satu...yang penah aku dengar...kalau nak ubatkan batuk...  
minum kicap yang dicampurkan dengan limau nipis...
Aku belum pernah buat...namun kawan-kawan aku yang terdekat selalu mengamalkannya... hasilnya..
BERKESAN!!!
Alhamdulillah..dengan kuasa Allah...(^_^)
cubalah kalau anda batuk.... hehhe....
banyak lagi khasiat limau nipis ni sebenarnya...
Namun...aku hanya tuliskan yang mana khasiat yang familiar denganku...
Untuk maklumat lanjut...anda boleh teruskan mencari di laman web yang lain ..;p



0 pengkritik: