Thursday, August 11, 2011

~ RiiiiiiiiiiiiiiiiiNNNNNNNNNNNNNNDDDDDDDDDDDDuuuuuuuuuuuuuuuuu~

sumpah aku sangat rindu hendak tulis blog!
kesibukan melanda yang teramat sangat membuatkan daku tidak sempat untuk mengupdate blog 
kesayanganku ini....
baru aku sedar betapa ruginya aku tidak mengupdate blog! betapa banyak perkara telah berlaku dalam hidup aku selama 8 bulan sudah pada tahun ini..terakhir aku update ialah Februari..huhuhu..sedihnya! mesti banyak cerita dah kalau aku update selalukan!!tapi nasib abik aku masih ingat password blog ni!kalau tidak....huhuh..nangus la daku...sob..sob..sob....
ada banyak jugak perkara aku nak cerita.... nantikan pada post berikutnya ya! (^,^)

Friday, February 11, 2011

~ TeMpaT BaRu~

Kebelangan ini aku agak sibuk... Maklumlah...pergi ke tempat baru... Sebelum itu...Aku nak maklumkan dahulu penempatan aku. Aku sekarang berada didaerah Baling, Kedah.. Hal ini kerana aku telah dapat menagjar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling..SMKAB.. Perjalanan 2jam daripada rumah aku di Alor Star.Perasaan?? Tidak gembira dan gembira... Ada 2 rasa disitu... Aku nak berkongsi gembira dahulu...Gembira sebab aku akan mengajar pelajar yang semuanya umat Islam dan Melayu...agama dan bangsaku...Tidak gembira banyak juga... Keberatan aku ingin menceritakannya...Biarla rahsia ya..Boleh kah? Biarkan duka dan tidak gembira itu aku rasa sendiri. Aku ingin  menjadi matang. Sematang-matangnya dan setabahnya. Aku sudah besar. Aku sudah dewasa. Aku ingin menjadi wanita tabah dan matang. Bukan bagai remaja yang masih mentah dan tidak boleh langsung merasa susah dan tidak dapat menhadapi kesusahan hidup dan realiti kehidupan yang sebenar. Sekarang ini agak susah aku nak update sebab line maxis di kawasan rumah sewa aku ada cuma satu dua bar... buka broadband pun tidak bpleh nak connect...
oklah...Aku ingin berhenti setakat ini dahulu... 

Sunday, February 6, 2011

~BuTTer Vs MaRGaRiNe~

Apa beza antara dua makanan ini selain ejaan??
Aku yakin masih ramai diluar sana yang keliru dengan kedua-dua jenis makanan ini...Keliru yang macam mana?Atau masih ramai yang menganggap kedua-duanya adalah sama dan hanya sebutan berbeza..?
Kalau begitu anggapan anda..Anda salah..
Oh..tengok aku sudah terlupa... sebelum huraian selanjutnya...
Butter itu adalah mentega...
Margarine itu adalah marjerin...
(^_^)

BUTTER/MENTEGA
bahan utama:
- mengandungi lemak haiwan(lembu) dan kolesterol
- mengandungi saturated-fat(lemak tepu)

Butter adalah produk semulajadi yang tidak mengadungi trans-fatty acid. Butter adalah sumber vitamin larut lemak seperti vitamin A,D,E dan K. Semua ini tidak ada dalam margarine.Namun anda perlu tahu bahawa kandungan vitamin dalam setiap butter adalah berbeza kerana bergantung kepada nutrisi haiwan tersebut.Butter juga mengandungi pepejal susu menjadikannya berwarna sedikit cerah/putih berbanding margarine. Saturated-fat yang berada dalam butter dapat meningkatkan kolesterol LDL iaitu kolesterol yang jahat. Peningkatan kolesterol LDL ini dapat meningkatkan keseluruhan kolesterol dalam badan kita.


MARGARINE
bahan utama:
-mengandungi lemak sayuran
-mengandungi trans-fatty acid ( asid lemak-trans)

Produk ini bukan bersifat semulajadi walaupun ianya berasal dari minyak tumbuhan. Margerin bermula dengan proses pengekstrakan kimia untuk menapis minyak tumbuhan. Minyak yang diekstrakkan akan melalui proses 'Hardening' vegetable oil by bubbling hydrogen iaitu dengan penambahan hidrogen supaya ikatan karbon menjadi tepu. Ketepuan itulah menjadikannya pepejal dalam suhu bilik. Penghasilan margarine adalah secara artificial pada suhu yang tinggi telah menyebabkan banyak vitamin yang denatured (musnah). Produk akhir yang turut terhasil adalah trans-fatty acid. Apa Trans- fatty acid ini? trans-fatty acid adalah unsaturated-fat. Ia juga meningkatkan aras kolesterol LDL dalam darah..so?? apa beza dengan saturated-fat?? Bezanya..trans-fatty acid yang merupakan unsaturated-fat ini juga mengandungi kolesterol HDL iaitu kolesterol baik...(rujuk bawah untuk keterangan lanjut kolesterol LDL dan kolesterol HDL ) Selain itu, hardening agent yang turut ditambah untuk memejalkan margarine adalah nikel dan kadmium! Nikel adalah logam yang toksin dimana lebihannya akan menyebabkan madalah pada peparu dan buah pinggang. Manakala Kadmium pula sememangnya antara logam berat yang paling toksin. Ia dapat menyumbangkan kepada masalah serius seperti arteriosklerosis,tekanan darah tinggi dan malignancy( ketumbuhan yang membawa kepada cancer).

Apa yang dapat disimpulkan kedua-dua butter dan margarine ini mengandungi saturated-fat dan trans-fatty acid yang juga meningkatkan kolesterol jahat iaitu kolesterol LDL. Namun dalam trans-fatty acid ada kolesterol HDL..kolesterol baik..nampak macam baik...namun bagi aku...biarlah kita pilih yang lebih natural iaitu butter daripada margarine yang artificial/modified..walaupun kandungan saturated-fatnya tinggi daripada margarine.... Namun terpulang kepada anda dalam membuat pilihan dalam pemakanan anda...

Food (1 tablespoon) (14.2g)Total FatSaturated FatCholesterol
Butter11g7.2g32mg
Hard Margarine (Hydrogenated)11.3g1.9g0mg
Soft Margarine (Hydrogenated)11.3g1.9g0mg


Nampak margarine tiada kolesterolkan?? jangan terpedaya... maksud tiada dalam table itu maksudnya ia tidak ditambah dengan kolesterol dari luar..namun trans-fatty acid dalamnya meningkatkan kolesterol dalam badan kita...badan kita juga boleh build kolesterol sendiri ;p

KOLESTROL LDL(Kolestrol jahat!!)- Low- Density Lipoprotein. Apabila banyak kolestrol LDL berada dalam aliran darah, ia secara perlahan-lahan akan berkumpul di dinding arteri  yang membekalkan darah ke jantung dan ke otak. Bersama dengan bahan lain ia akan berkumpul dan termendap membentuk  plak, lapisan keras,tebal dan menyebabkan arteri darah menjadi sempit dan kurang fleksibel. Keadaan ini dipanggil arteriosklerosis ( atherosclerosis). Sekiranya ia tergumpal dan makin menyempit, maka ia akan membawa kepada sakit jantung dan strok.

KOLESTROL HDL( Kolestrol Baik (^_^) ) high-density lipoprotein . Aras yang tinggi bagi kolestrol HDL ini akan melawan kepada sakit jantung. Hal ini kerana kolestrol HDL ini akan menyental lapisan-lapisan plak yang termendap dilapisan arteri darah. Ia bagaikan mencuci dan mencairkan lapisan plak itu dan lebihan kolesterol akan dibawa ke hati..semakin tinggi aras HDL ini semakin bagus untuk pesakit jantung...

* hah...entry fakta pertamaku yang kukarang sendiri dengan tekun* 

Saturday, February 5, 2011

~ NaK KuRuS, MaKaN LiMaU NiPiS~


Disebabkan aku sedang berusaha dengan keazaman yang tinggi untuk menurunkan berat badan ni daripada 55kg ke 53-kebawah..... 
Aku asyik minum air limau nipis saja... sebelum ini aku hanya dengar-dengar sahaja bahawa limau nipis dapat menurunkan berat badan selain khasiatnya untuk menurunkan tekanan darah tinggi... 
Selain dibuat minuman... Tidak sah kalau mak buat sambal belacan tanpa letakkan limau nipis.... kalau masak sardin.... mesti kena letak limau nipis..kalau tidak....tidak ummhhhpppp!!
Sepanjang aku berada di Bangi atau senang kata di Selangor... Kalau aku mintak air limau..mesti air limau kasturi...bukan limau nipis..bagi aku air limau nipis lagi sedap daripada air limau kasturi...
Kalu diutara pula...susah aku nak cari air limau kasturi..banyak limau nipis...heheh...
Limau nipis diutara lagi murah dari tempat lain agaknya ya...
Limau nipis ini kategori buah-buahan sitrus...bermakna ia mengandungi kandungan Asid Sitrik..
Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan.... Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C...
Ha....lagi satu...yang penah aku dengar...kalau nak ubatkan batuk...  
minum kicap yang dicampurkan dengan limau nipis...
Aku belum pernah buat...namun kawan-kawan aku yang terdekat selalu mengamalkannya... hasilnya..
BERKESAN!!!
Alhamdulillah..dengan kuasa Allah...(^_^)
cubalah kalau anda batuk.... hehhe....
banyak lagi khasiat limau nipis ni sebenarnya...
Namun...aku hanya tuliskan yang mana khasiat yang familiar denganku...
Untuk maklumat lanjut...anda boleh teruskan mencari di laman web yang lain ..;p



Thursday, February 3, 2011

~SiApA TaK PeRNaH SaKiT HaTi???~

Aduh sakitnya hatiku!!!! Nah amik plaster!!

Siapa yang tidak pernah berasa sakit hati jangan baca!!
eh.. Tiada yang tidak jadi baca?
Maksudnya setiap yang berada dalam spesis manusia akan pernah mengalami sakit hati... 
sakit hati yang akan difokuskan disini bukannya sakit radang hati @ Pneumonia itu...
bukan ok....
Sakit hati disini adalah dimana seseorang itu akan berasa hatinya bagai disiat-siat dan hatinya secara tetiba akan berasa seperti ada kilat menyentap dada...dan juga dengan tetiba anda akan berasa nafas juga akan menjadi tidak normal... sesak dada dan nafas.... rasa macam tidak lepas....
Aku yakin setiap kita penah merasainya...Jadi tidak usahlah aku mengungkapkan bagaimana rasanya dengan ayat yang aku sendiri tergeliat jantung hendak luahkan...
Setiap orang pasti pernah merasainya....

Banyak faktor menyebabkan kita mengalami sakit hati...
Daripada sekecil-kecil benda sehinggalah kepada perkara yang besar-besar...
Daripada sedekat-dekat manusia sehinggalah sejauh-jauh manusia dengan kita boleh membuatkan kita sakit hati...
Contoh perkara kecil yang boleh membuatkan kita sakit hati:
1) Bergaduh dengan adik berebut chanel TV
2) Tidak berpeluang membalas adik kentot ke muka kita(kuang hajar tu!!siapa tidak sakit hati memang la!!)
Contoh perkara besar yang membuatkan kita sakit hati:
1) Pasangan curang
2) Bos marah tidak tentu pasal
3) kena fitnah
4) Dengki
dan bermacam-macam lagi perkara kecil dan besar dalam kehidupan kita yang boleh membuatkan kita sakit hatikan... Syaitan juga turut berasa sakit hati apabila Allah ciptakan Nabi Adam a.s daripada tanah dan disuruh sujud kepada Nabi Adam a.s... Dia berasa dirinya lebih bagus dan hebat diciptakan daripada api berbanding manusia yang diciptakan daripada tanah..Dia enggan patuh...
Kita pula sakit hati dengan pelbagai perkara disebabkan syaitan pula! Kadang-kadang perkara yang kecil pun  kita berasa hati... Manusia perlu kepada penguasaan dan pengurusan emosi yang betul.. Jangan biarkan emosi mendahului akal...
Disebabkan setiap kita pernah mengalami sakit hati disebabkan orang disekeliling,kita kena sedar bahawa kita juga sebenarnya pernah membuatkan orang lain disekiling kita sakit hati... Tidak kira daripada perlakuan ataupun percakapan kita.
Oleh itu, setiap kita perlu menjaga percakapan dan perlakuan kita supaya tidak melukakan hati orang lain.
Ini bukan bermaksud anda perlu sentiasa menjaga hati orang lain! Dan bukan pula aku nyatakan anda tidak perlu menjaga hati orang!!
Anda seharusnya tegas dengan pendirian anda dan menyatakan pada mereka tentang apa yang anda suka dan tidak suka dengan jujur.. 
Kebanyakan dari kita selalunya mengharapkan orang faham akan kemahuan dan kehendak kita... Selalu mengatakan orang lain pentingkan diri dan tidak faham kita... Namun kadangkala kita sering terlupa sebenarnya kita sendiri yang tidak mahu faham keadaan dan pendirian orang lain... 
Hal-hal sebegini juga akan turut membawa kepada sakit hati yang berpanjangan jika kita tidak pandai untuk menyesuaikannya dengan keadaan...

Untuk mengelakkan...erkk.... mengelakkan?? kadang-kadang berjaya..selalunya tidak berjaya juga..sebab orang ni pelbagai jenis...banyak yang spesis sensetif tidak tentu masa tempat dan keadaan...Huh! Boring orang macam ini..Malas hendak layan.
Ayat yang sesuai adalah untuk mengurangkan kita menyakiti hati orang dan orang menyakiti kita...
Kita pertamanya mestilah memperbaiki cara komunikasi kita dengan orang... walaupun orang tahu dan faham anda selalu bercakap dengan nada yang tinggi macam hendak bergaduh saja sepanjang masa, namun anda boleh memperbaikinya...rendahkan nada suara anda..bukan rendahkan Volume suara..lain itu!karang cakap slow-slow orang bagi microfon pula...
Kurangkan bercakap tentang perkara-perkara yang tidak perlu... Jauhi mengumpat dan bergosip sana-sini...Banyak bercakap maka makin banyakla dosa... Kurang bercakap, kurang salah cakap, maka kurang menyakiti hati orang lain..
Lebihkan menjadi pendengar daripada pencerita dan pemberita... jangan pula anda menambahkan rencah dan rempah dalam cerita yang didengari...
Kalau anda seperti aku.... 
Sering buat tidak tahu pada percakapan mereka yang tidak bercakap berdasarkan fakta yang betul... Tidak mudah terasa hati dengan perkara remeh temeh ... Tidak perlu hendak membesarkan lagi perkara yang sudah diketahui kesalahan sesuatu perkara itu... kerana bagi aku , tidak perlu mengambil berat benda yang tidak penting dan tidak perlu.... hal ini kerana, kalau kita ambil tahu sangat dan ambil pot kata orang, hati kita akan berasa sakit, sakit hati akan membawa kepada tekanan.. tekanan akan sedikit sebanyak menjejaskan prestasi kerja kita... Jadi dahului akal daripada emosi.... Jauhi sifat dengki dan iri hati dengan kelebihan dan kejayaan orang lain... Tapi berusaha untuk mencapainya juga secara bersih... Jadikan ia sebagai satiu inspirasi dan motivasi...
Banyak lagi cara nak jauhi daripada anda berasa sakit hati atau anda menyakiti hati orang lain... kalau nak tahu selebihnya.anda rujuk la buku atau internet..! tidak pun anda fikir sendiri.... 
(hahhaha...baik tidak payah buat entry ini..ces! baru belajar cara membebel..kesan daripada membaca entries mereka-mereka yang berjela-jela...owh no!)
Jadi... Jauhi menyakiti dan disakiti..Hati anda...anda boleh mengawalnya!
Macam hendak tulis lagi...tapi aku rasa sudah masuk zon merapu meraban... 


Thursday, January 27, 2011

~ TaBiaT HuDuH MaSa KeCiK ( KeNciNG MaLaM)~



3)KENCING MALAM

Alamak.... Walaupun aku agak malu-malu untuk menceritakan ini...Namun..hakikat tetap hakikat....Apa yang penting, pengajaran daripada cerita aku diambilkan ikhtibar....Ini adalah tabiat yang paling buruk aku alami...Alhamdulillah aku sudah tidak mengalaminya sekarang...sekarang tu sejak bila?? Sejak lebih kurang 3 tahun yang lalu...erkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku tau aku sangat dasyat...namun aku juga tidak tahu kenapa begitu rupa... sejak dari kecil hingga dewasa dalam lingkungan 20-an aku masih mengalami penyakit kencing malam....masa kecil hampir setiap malam la...cuma bila menganjak ke 13 tahun ke atas tidak la setiap malam... Aku mengalami keadaan dimana kerap akan membuang air kecil ... tidak lawas ... Aku sudah pergi jumpa doktor. Masa itu aku sekolah rendah seingat aku..Doktor cakap aku mengalami lebihan protein...Aku percaya la masa itu sebab setiap hari aku asyik makan nasi lemak ikan bilis...ikan bilis lebih ya makcik! itulah ayat aku pada makcik kantin sekolah..Jadi doktor pun bagi la ubat untuk lawas kencing..... Ubat dia busuknya...bila kencing pon bau lagi ubat itu! Aku ke sekolah akan membawa 1 Tumbler yang boleh isi 2L air masa itu... Memang untuk cuci ginjal aku takut kena masalah buah pinggang pulak.... tetap saja kencing kerap kalau minum air banyak atau minum air kurang...
minum air banyak= kerap kencing air banyak keluar.
Minum air sikit=kerap kencing air keluar sedikit.
Aku juga turut mengalami masalah tidak boleh tahan kencing.. Kalau rasa nak buang saja mesti kena pergi juga tandas.... Masalah ini berlarutan sampai ke besar....Jadi aku sudah malas hendak makan ubat dan ambil ubat. Jadi aku minum air ikut suka hati aku banyak mana....tidak banyak dan tidak sedikit...Sebabnya aku akan kerap ke tandas.... 
Disebabkan aku puteri tandas....Kalau kemana-mana sahaja...Tandas adalah venue wajib aku lawati....
Berbalik kepada cerita kencing malam sampai dewasa..Ya! memang aku mengalaminya.... di rumah tidak payah cerita la..Sudah Lali...Di asrama? Di kampus? ahhhh...pernah juga.....walaupun sebelum tidur tidak minum air ,walaupun sudah pergi buang air... aku tidak sedar akan mengalirannya....cuma sedar esok tilam basah.... adoyaiiii.....Biasalah anda juga mesti pernah bermimpi sebelum terjaga , dalam mimpi kita pergi tandas atau bagi lelaki kencing di tepi pokok....namun anda mesti terjaga dan rasa memang nak buang air...Namun tidak pada aku...aku tidak sedar....Aku bukannya jenis susah nak bangun tidur...ada bunyi yang perlahan saja aku akan terjaga.... semasa diasrama, kalau ada bunyi orang beralih badan saja atau dia bangun dari katil aku sudah terjaga...senang sangat terjaga tidur..tapi bab terkencing malam ini adalah satu masalah besar bagi aku. Penah dahulu orang tua-tua petuakan...kalau tidak mahu kencing malam...letak pepatung di pusat...bagi dia gigit..!!sakit kot!! aku tidak pernah buat.... untung la encik pepatung gigit pusat aku!



Disebabkan aku mengambil Pendidikan Biologi,semasa kuliah satu subjek apatah, aku pun sudah lupa..lepas kuliah aku berjumpa dengan Prof.... aku bertanyakan masalah aku ini..aku juga menceritakan bahawa aku juga dari kecil suka hisap ibu jari... Menurut beliau, kejadian-kejadian ini dikaitkan dengan masalah psikologi...Hah???!! dengar saja macam itu, aku gelabah .. takkan aku gila kot?? Aku rasa aku tidak pernah buat perkara diluar kewarasan otak logik manusia....huhuhu....Beliau meneruskan lagi.... simptom ini juga berkaitan dengan masalah dalaman diri yang kurang keyakinan diri....bla..bla..bla.... owh...kalau acam itu..aku setuju la...sebab aku memang tahu..aku kurang yakin pada diri sendiri walaupun aku boleh diaktegorikan seorang yang berani....sejak itu aku mula berfikir..... dan aku pun tidak sedar macammana aku sudah tidak kencing malam lagi..sedar-sedar sudah lama aku tidak begitu..Alhamdulillah... jadi pada mereka yang berada diluar sana ...awasi anak anda dari kecil...jadi jadi macam saya... walaupun tiada masalah keluarga...Namun anda perlu menitikberatkan psikologi anak-anak anda dari bayi lagi hingga dewasa ;p

Ini ada sedikit info saya dapatkan dari internet :

[ Kencing dalam tidur pada waktu malam atau ‘nocturnal enuresis’ adalah masalah biasa yang kerap berlaku kepada orang dewasa.


Dijangkakan seorang dalam 50 orang dewasa mengalami masalah kencing malam dan sebilangan besar tidak mendapat apa-apa rawatan kecuali mendiamkan diri.


Sebilangan besar daripada masalah itu sebagai lanjutan daripada kanak-kanak yang tidak mendapat rawatan atau putus rawatan dan sebilangan lagi berlaku dalam peringkat umur lanjut.


Jika seseorang itu mengalami masalah itu dari peringkat kanak-kanak, kemungkinan besar masalah dialaminya ketika kanak-kanak tidak dapat perhatian keluarga atau putus rawatan apabila usianya meningkat.

Ramai doktor berpendapat masalah itu akan menurun dan tiada lagi apabila usia menjangkau dewasa, tetapi sebenarnya ia kesilapan besar. Kebanyakan masalah dari peringkat kanak-kanak sebenarnya ada kaitan dengan baka atau keturunan.

Ada banyak sebab masalah itu berlaku dan jika ia susulan dari peringkat kanak-kanak, masalah utama ialah gangguan fungsi pundi kencing yang tidak dapat menampung air kencing yang banyak ketika dalam tidur, sebab itu air kencing keluar secara tidak sengaja.

Sepatutnya penghasilan air kencing menurun ketika tidur, tetapi ia tidak berlaku. Ini mungkin akibat masalah tidur yang tidak lena hingga menyebabkan penghasilan air kencing masih berlaku.

Adakalanya tidur sangat lena sehingga tidak dapat bangun untuk membuang air kencing, lalu menyebabkan seseorang itu terkencing dalam tidur! Tidur berdengkur yang menyebabkan masalah pernafasan dikenali sebagai ‘sleep apnea’ juga menyebabkan penghasilan air kencing yang banyak dan membuatkan terkencing dalam tidur.

Ini juga boleh menyebabkan gangguan pengeluaran hormon Anti Diuretic Hormon yang mengawal proses penghasilan air kencing.

Jika pengeluaran hormon itu rendah, banyaklah air kencing ketika dalam tidur dan terkencinglah individu itu dalam tidur.

Tekanan emosi yang terhasil daripada masalah kencing dalam tidur itu memberatkan lagi keadaan dan membuatkan individu itu tidur tidak lena.

Makan dan minuman seperti coklat atau kafein serta minuman bergula juga mempengaruhi isi padu pundi kencing dan memberatkan lagi kemungkinan terkencing waktu tidur.

Pundi kencing yang kecil, padat dan radang akibat jangkitan boleh memberatkan lagi kemungkinan terkencing waktu tidur.

Untuk lelaki dewasa pula, masalah bengkak pundi prostat dan kesempitan pembukaan pundi kencing membuatkan air kencing tidak keluar sepenuhnya.

Dengan air kencing yang banyak bertakung dalam pundi kencing dan pemerosesan air kencing yang berlaku ketika dalam tidur sehingga pundi kencing padat dan tertekan menyebabkan air kencing terkeluar ketika dalam tidur boleh berlaku.

Jadi, masalah kencing ketika tidur waktu malam kerana banyak sebab dan ia sebenarnya boleh dikawal dengan rawatan sewajarnya. Yang penting, seseorang itu tidak perlu malu untuk mendapat rawatan.


Copy paste dari :

~ TaBiaT HuDuH MaSa KeCiK ( HiSaP JaRi)~


2) HISAP JARI

[Apa istimewanya ibu jari? Mengapa si kecil suka sekali menghisapnya? Hal ini dialami hampir oleh setiap bayi. Anda mungkin baru menyadari kebiasaan tersebut saat si kecil berusia tiga bulan. Bahkan, dari scan ultrasound diketahui bahwa anak mulai gemar menghisap ibu jarinya sejak mereka berusia 28 minggu dalam kandungan! Kegiatan ini menjadi semacam gerakan reflek dan relaks bagi bayi. Bayi menghisap ibu jari untuk menenangkan dirinya sendiri kala merasa letih, bosan, lapar, atau sekedar membutuhkan kenyamanan yang dapat membuatnya tertidur pulas. Seorang ahli seputar hisap-menghisap jempol dan jari bernama Rosemarie Van Norman, mengatakan, "Menghisap ibu jari sebenarnya membuat otak otak memproduksi endorfin, yang bisa menenangkan tubuh dan memberikan kebahagiaan, sama seperti ketika Anda merasa puas setelah makan dalam jumlah besar."  Kebiasaan ini biasanya akan berhenti dengan sendirinya saat anak berusia 2-3 tahun. Hanya 15% dari keseluruhan anak berusia empat tahun yang masih akan melakukannya. - petikan dari http://family.ghiboo.com/hisapan-jempol-si-tonggos]

Untuk pengetahuan, ini adalah tabiat aku jugak masa kecil..daripada kenyataan diatas merujuk kepada umur bayi akan berhenti menghisap jari... aku tidak bersetuju! Hal ini kerana, aku mengalami tabiat ini sehingga umur aku mencecah 13 Tahun!!!! Siapa nak jawap?? Siapa nak tanggung??? Jadi yang aku tahu, aku mula hisap ibu jari sudah semestinya sejak daripada dalam kandungan..sebab kebanyakan bayi dalam kandungan sebegitu.... Namun aktiviti yang membengkakkan ibu jari aku itu aku teruskan juga sehingga berumur 13 tahun!! Ya Allah!!! Aku hendak kongsi ini bagaimana aku rasa...Sebab anda mungkin tidak pernah rasakan??hahahahhaa......
Disebabkan kegemaran aku adalah hisap ibu jari, mak aku lebih mengalami penjimatan kepada pembelian puting plastik yang hanya dihisap angin itu... ouhh.....hisap jari amat nikmat!! Sehinggakan aku pernah terfikir, bagaimana orang boleh tidur tidak hisap jari????? wahhhhh!!!!!!!!! Perasaan?? Aku rasa best sangat masa hisap jari, dan ia merupakan aktiviti yang sangat gian dan membawa kepada kepuasan.... Aku akan hisap jari masa aku hendak tidur atau sedang leka menonton televisyen.... Kalau dulu masa aku puasa kecil2 dulu... aku tahan saja dari hisap jari... sebab nanti boleh batal. Tapi kalau aku berjaya tertidur tanpa hisap jari...Amat seksa sebelum tidur itu...sebab tidak boleh tidur! Kalau berjaya jugak, terjaga saja aku sedar-sedar tenagh hisap jari.. Mulala bangun tanya mak, mak batal tak puasa?huhuhu.....Mak cakap sebelum tidur hisap tak? aku cakap tak... mak cakap.... tak apa tak sedar... Aku lega! Tapi masalahnya... ada jugak aku curi-curi hisap jari masa siang tu..hendak buat macamana..mungkin giannya sama macam orang hisap rokok kot kalau nak di unpamakan...Aku tidak tahulah sebab aku tidak hisap rokok... Tekanan akan meningkat apabila sepupu-sepupu dan saudara balik kampung untuk beraya. Aku akan tidur bersama mereka... Aku sudah berasa malu la sebab dah besar masa tu..Adalah satu keganjilan sampai sudah masuk sekolah rendah sehingga umur 13 tahun aku masih tidak meninggalkan tabiat itu... Jadi masa hendak tidur... aku akan meneruskan aktiviti aku itu dibawah selimut.... hehehhe....cover-cover......
Jadi,bagaimana aku berhenti???? Setelah berjaya mendapat keputusan yang boleh melayakkan aku masuk sekolah berasrama dalam UPSR... aku berjaya la masuk sekolah itu..... Tekanan berada di tahap yang sangat tinggi!! ouhhh!!!! Malunya pada kawan-kawan yang baru dikenali dan baru merasa jauh daripada keluarga.... nasib aku baik kerana aku mendapat katil yang penghujung sekali di tepi dinding... Minggu pertama aku masih meneruskan aktiviti aku dengan cover-cover bawah selimut.... Namun disebabkan aku penah kantoi dengan kawan sebelah katil....ouhhhhh!!SANGAT MALU OK!!! Aku berazam untuk tidak hisap jari lagi...Memang seksa..aku cuba juga..Disebabkan berada diasrama, dengan jadual yang padat denagn aktiviti, badan yang sangat letih...aku berjaya tidur dengan tidak menghisap jari...Tapi kalau aku balik rumah aku sambung semula!!!! TERUKNYA AZIRA!!!!  Aku pun masih tak percaya aku dulu macam itu pada saat ini.... Tapi dalam pertengahan tahun itu aku sudah berjaya meninggalkan tabiat yang memalukan itu .... kalau masa kecil memang la nampak comel budak hisap jari... Kalau dah besar????? Jawap la sendiri...... 
Aku sebagai Cikgu Biologi.... aku akan mencari kajian-kajian orang pasal benda ini untuk memahami kenapa aku macam itu ya dahulu?? Aku nak buat kajian?? ok...akan dipertimbangkan (^_^)
sampai sekarang masih ada lagi parut di ibu jari kanan aku kesan gigi.... Bangun pagi kalau tengok jari masa aktif buat aktiviti tu... wahhh...kecut+bengkak+kelabu....bagaimana tu? kamu fikir la sendiri!!;p

pesanan : Jangan jadi macam saya walaupun hisap ibu jari itu sangat best ;p

bersambung.......... ada lagi tau (^_^)



~ TaBiaT HuDuH MaSa KeCiK ( TaNBaL SuBuK)~

 Bagi seorang yang normal bergelar budak,tabiat yang boleh dikatakan buruk pada masa anda sudah besar sekarang, dan tabiat itu dikatakan hobi anda yang paling best semasa anda kecil... semestinya setiap orang mempunyai hobi yang pelik-pelik dan tabiat yang memang akan dipanggil buang tebiat kalau anda praktikkannya sekarang! Aku yakin setiap orang mempunyai pengalaman dan aktiviti yang berbeza.... Aku ingin jugak tahu apa tabiat semasa kecil orang lain itu.... Disini aku ingin menceritakan beberapa tabiat huduh ku masa kecil....



1) BANTAL BUSUK

Owh...ini adalah normal bagi kebanyakan budak...bukan setakat budak....sampai tahap anak dara,anak teruna dan anak dara tua hatta teruna tua pun aku yakin masih ada tabiat menyimpan bantal busuk ini... kenapa kita panggil bantal busuk? Salah satu sebabnya..kita sayang sangat akan bantal tu.. tidak boleh tidurlah kalau tiada bantal itu...tak gitu cik tom? Sebab lain bantal tu satu sajalah buat kita lena tidur....Selain itu, yang melekat nama bantal busuk tu sebab kita sangat sayang nak basuh sarung dan jemur bantal tu...betulkan?? aipppp!! Tu sedang sengih-sengih menganguk kepala tu kan? Ingat aku tidak tahu (^_^)...  Bau dia fuuhhh!! itu lah ubat penenang dan ubat tidur paling mujarab dalam dunia!Samalah dengan aku ni... Tapi bantal busuk aku sepanjang hidup sudah masuk 24 Tahun ni bukan sebiji saja.... Sebab mak aku ada saja cobaannya untuk melupuskan bantal kesayanganku itu... Aku rasa bantal yang ada sekarang ni 'Pembucuk' yang ke 3.... Aku hendak cerita bantal busuk aku yang pertama.... Bantal-bantal aku of course yang berkabu.. Aku tidak suka  bantal span @ fiber.... Bantal yang pertama itu terpaksa aku lupakan dan buang kerana bantal aku itu kucing berak!!!! Menangis aku bermacam-macam lagu masa itu...masa itu aku sekolah rendah.... Aku balik sekolah saja, mak cakap, bantal kena berak kucing. Sampai hati kau kucing! Ini memang zalim! Aku memang geli akan najis-najis kucing ini.... Dalam keluarga, aku seorang sahaja yang tidak suka kepada kucing. Padahal kucing-kucing dirumah aku penah mencecah 18 ekor. Bukan aku geli, tapi aku tidak suka. Pernah dahulu kucing ada membuang najisnya di dalam bilik aku.. Aku punya menjerit + mengamuk+ menangis. Aku suruh adik aku yang suka sangat kucing tu yang buang. Nasib baik dia buang! Jadi lenyaplah sebuah bantal kesayanganku yang pertama..Aku rela buang. Sebelum itu mak sudah banyak kali cakap dah banyak habuk bantal tu, dah banyak sekenit/pijat dalam tu...aku tidak peduli..Kali ini...aku memang peduli dek kerana ketulan emas karat gila kucing itu!

 Selepas itu aku ada bantal ke2... yang ini menarik sedikit... Dari mana datangnya bantal kedua dan ketiga?
ok... disebabkan aku dan famili aku memang duduk kampung, memang kebanyakan bantal-bantal kami daripada kabu...sebab dulu ada pokok kabu di rumah nenek aku( Aku panggil tok) .... Mengikut kisah yang mak cerita, masa mak mengandungkan abang, tok ada buatkan tilam bayi dengan menggunakan kabu. Tilam yang sangat empuk dan best! Menurut mak, mak memang berniat sebelum abang lahir tu, masa tok bagi tilam tu, mak nak letak abang atas tilam tu... Selepas abang dilahirkan ( abang aku dan aku dilahirkan di rumah..bukan di hospital...hehhehe..guna bidan lagi masa tu) abang menangis agak lama la tidak berhenti-henti... mak abah dan tok hairan dan risau.... Aku tidak pasti la berapa hari.. Kemudian mak baru teringatkan tilam yang tok bagi... dan baru mak teringat apa yang dia niatkan... Ambil saja tilam tu dan letak abang atas tilam..senyap!!! haaha...kelakar pun ada.... Tapi itula.... Orang tua-tua cakap... kalau dalam kandungan tidak boleh niat dan cakap sembarangan... Nasib baik pasal tilam saja.... teringat pulak aku cerita yang bayi perempuan merupai ular yang semasa dalam kandungan mak nya tidak mengaku yang ada bayi perempaun dalam kandungannya berikutan dia mahukan bayi lelaki..dia cakapkan dia mengandungkan anak ular..Dengan kuasa Allah...ank yang dialhirakn itu menyerupai ular...Nauzubillah.... aku bagi la link ni.... kalau teringin nak tengok ;p

Sambung cerita bantal aku.... sampaila mak lahirkan aku...bantal itu mak letak aku pulak (^_~)  dan adik-adik.... tapi setelah aku kehilangan bantal aku yang pertama.... aku minta mak potong tilam itu, aku nak buat bantal... Maka terbelah dua lah tilam itu.... itulah bantal ke2 dan ke3 ku.... Masa aku masuk asrama dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5... Tilam yang sudah dijadikan bantal itu, satunya aku tinggalkan dirumah, satu lagi aku bawa ke asrama.... Kemudian bila aku tidak balik ke asrama, bantal kesayanganku di rumah telah di kidnapped oleh adikku yang lelaki!! memang kalau balik rumah kami akan fight habis-habisan untuk mendapatkan bantal itu! Aku pun hairan dia pun suka bantal tu!!! hahahahhaha..... Sampai sekarang dah habis belajar di UKM pon bantal aku yang ke3 masih ada ;p yang kedua adik aku guna..kalau balik aku akan rembat jugak! .... kalau dulu masa pulang ke kampung pon, aku akan bawak jugak bantal itu balik naik bas...ish..ish.... Dasyat la aku rasa....huhuhuhuhuhu.....


Disini aku kongsi bersama petikan dari utusan Malaysia berkaitan dengan bantal busuk :



Punca
Mengulas tentang isu minggu ini, Pakar Psikologi Kanak-kanak dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Mastura Badzis berkata tabiat tidak mahu renggang dengan bantal ini dipanggil clinging behaviour atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya.
Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja, sesetengah kanak-kanak menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka.
Tingkah laku pautan (clinging behaviour) adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak-kanak diperingkat awal,” katanya.
Biasanya tabiat itu bermula di rumah dan berlaku kepada kanak-kanak yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka.
“Kanak-kanak yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi kanak-kanak tadi ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal tadi membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.
Kata beliau lagi, sesetengah kanak-kanak ini juga berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka.
“Ini merupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasi tadi,” kata beliau.
Selamat
Menurut Dr. Mastura, satu lagi punca tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure).
“Kanak-kanak kecil belum memahami konsep kehilangan sementara,” katanya.
Jelasnya, mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang menjadi peneman mereka.
“Dengan melakukan perlakuan demikian seperti menggentel bantal, kain dan sebagainya membuatkan mereka rasa selamat dan tidak ditinggalkan keseorangan,” jelasnya.
Risau
Dr. Mastura berkata, sebenarnya ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat mengendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara.
“Dalam hal ini ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan,” katanya.
Ibu bapa atau pengasuh katanya perlu cuba memisahkan anak dengan rakan karib mereka ini secara perlahan-lahan.
Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak-kanak ini katanya adalah ketika umur mereka mencecah tiga tahun. Sebaliknya jika dibiarkan perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.
Namun, terdapat juga kanak-kanak yang boleh berpisah dengan teman akrab mereka ini dengan sendirinya selepas memasuki taska kerana malu kepada rakan-rakan yang lain.
“Aktiviti seharian di taska yang banyak juga mengurangkan kebergantungan kanak-kanak tadi terhadap bantal atau anak patung mereka,” katanya.
Bantal busuk hingga dewasa
Memiliki bantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil.
“Memanglah tidak ada kesan sampingan, tetapi tabiat ini boleh berlarutan hingga dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal,” kata Dr. Mastura.
Sesetengah individu sukar berpisah dengan tabiat ini disebabkan ibu bapa mereka terlalu mengikut kehendak anak yang mahukan bantal busuk sentiasa ada bersama.
Dalam hal ini katanya, peranan ibu bapa dan pengasuh perlu ada untuk mengelakkan tabiat ini berterusan….
Sumber: utusan Malaysia..



Mungkin masa aku kecik aku rasa kurang selamat dan kurang keyakinan diri...uhhh dan pandaikan kecik2.... hehehhe


* TANBAL SUBUK= BANTAL BUSUK ;P
    
bersambung....... (^_^) masih ada banyak perkara yang huduh semasa kecil aku....

Wednesday, January 26, 2011

~DiGi CoNTesT~




I Will Yellow You


Masa mula-mula tengok orang DG yang pakai kuning semua kat TV..aku ingat iklan apalah....lawak kot... nih aku nak bercerita sikit pasal DG...aku juga pengguna DG...walaupun main number aku Maxis dan juga Celcom...aku sangat adil...aku guna ketiga-tiga ..kerana mereka merupakan antara yang terawal berbanding sekarang yang dah bermacam-macam syarikat telekomunikasi untuk talian telefon bimbit.. yang menyeronokkan aku guna DG ini ialah... ehh..sebelum tu kena cerita bagaimana boleh beli simpack DG ni... masa di UKM la ni...mereka akan datang promosikan untuk pelajar...macam maxis ada plan campus zone... celcom ada plan Xpax untuk student, dan Dg ada DG campus...  DG campus menarik bagi aku... kerana setiap penggunaan RM2 penggunaan kredit kita pada hari itu, kita akan dapat membuat panggilan percuma ke talian DG juga sampai habis hari..maksud disini... sehari kamu hanya perlu guna RM2 sahaja untuk unlimited use..kol la sampai 24jam,RM2 sahaja ok! wah!!!!!! tawaran yang sangat hebat saat itu...jadi aku pon merembat 2 simpack tu... sangat untung la bagi siapa yang kuat bergayut dengan berhubungan jarak jauh.... sampai setahun jugak la aku untung ni.... hehehhehe..terima kasih DG...
sekarang ini..aku masih pakai DG lagi..untung la jugak lagi..tapi dah bukan sehari RM2..tapi sekarang RM2 untuk 100minit ke talian DG jugak... tapi yang bestnya DG ni murah... aku mesej kawan aku ke singapore ,means overc la itukan..cas RM0.20...kol kesana murah saja berbanding lagi 2 syarikat tu... tapi sangat best tidak tahu nak bagitau la semasa RM2 sehari tu.... tambahan aku menggunakannya secara optimum!bayangkan! hehehe.... aku tadi ada lawat page DG ni..ingat nak survey pasal broadband DG ok ke tidak..sebab semalam dah tengok celcom Broadband...kat umah ada maxis BB...ehm..dulu abah aku penah guna celcom BB..lembab sebab tiada 3G..tukar la ke maxis BB laju sikit sebab ada 3G..kenapa la tidak buat speed yang laju untuk semua coverage hatta coverage GPRS ... ini yang kawasan ada 3G saja yang laju...huh! macam murah saja aku tengok BB DG ni...tapi tidak tahu la macamana speed dia ok ke tidak....
tertinjau-tinjau di website DG td..terjumpa la DG contest.... kalau sapa nak menang iphone ke ipad entah tidak salah aku... boleh dimenangi dengan main game saja ...score yang tertinggi akan diberikan hadiah tersebut... nak maklumat lanjut masuk la webpage DG... aku pun nak try la ..mana tahu rezeki...kekekke... ( cikgu membuang masa sementara masih sempat)


Contest Period:

21 December 2010 - 21 March 2011

~SaHaBaT BLoGGeR~


Disebabkan semalam aku baru terjumpa FB untuk sahabat blogger(SB) ini di blog siapa entah aku tidak ingat...aku pun telah join groups ni.... ;p group SB ini sangat-sangat happening...  ini merupakan salah satu medium untuk para blogger hendak stalker dan berblog walking untuk mendapatkan banyak link-link blog daripada bloggers.... sangat menarik.... komunitinya sangat ramah... request anda akan diapprove denagn cepat ;p disana anda akan lihat bagaimana mereka berinteraksi dan anda juga boleh mendapatkan tips-tips yang menarik bagaimana menjadi blogger yang baik. Daripada group ni... ada la juga 2 atau 3 blog yang saya baca semalam... baru saya tahu bermacam-macam tujuan orang menulis blog...

1) sebagai diari digital peribadi
2) sumber kewangan/berniaga
3) mencari kawan dan berinteraksi
4) mencungkil bakat menulis
5) untuk dikenali/popular
6)berdakwah
7) ada jawapan untuk mereka yang bertanya "kau ada blog?"

dan bermcam-macam lagi tujuan yang aku tidak nyatakan...yang banyak anda boleh fikirkan bersama... namun bagiku..penulisan aku lebih kepada diari digital yang mengungkapkan kisah kehidupan dan apa saja yang ingin kukongsikan dalam satu bumbung blog ini... jadi anda jangan lupa ya menyertai SB di FB ....;p

Monday, January 24, 2011

~KoC WaNiTa KtM~

 Salam.... entry kali kedua hari ini...berikutan dengan moodku yang kurang menentu buat masa ini...ingin aku remind back apa yang telah aku lalui dan nampak pada hari sabtu lepas.... disebabkan sepupu aku dah balik shah alam pada hari jumaat, terpaksalah aku pergi kerumah dengan menaiki tren dari ukm ke shah alam... masa aku beli tiket, aku terus cakap ke kaunter tu tanpa melihat kepada orang yang bertugas itu.....
'shah alam'....
' mane?'....
'shah alam'..ulangku tanpa melihatnya...
aku kemudian melihat dia memerintkan kad itu,kemudian baru lah aku pandang kepadanya...baru aku perasan rupanya dia tengok aku saja sambil tangan pantas memerintkan kad ktm tu...
dalam hati aku berkata....
'ish...nampak sangat ke muka aku ni nak terkucil....tengok orang semacam saja...'
kemudian aku sudah tidak endahkan pandangan beliau lagi...
setelah diambil kad dan balance, aku bergegas ke dalam toilet...
didalam toilet aku terdengar bunyi tren..'alamak...tren ke rawang ke ke seremban ni..habislah aku..dah la dah pukul 7 malam ni...' aku berlari keluar dengan pantas...(sempat basuh ok)
aku terus saja melawan arus masuk ke pagar yang sepatutnya hanya jalan keluar bagi yang turun dari KTM... dah la pekerja ktm tu sedang check tiket.... aku rempuh saja gara-gara tidak mahu ketinggalan tren....
di depan kulihat pintu tren masih terbuka...alamak...ramainya lelaki... jem!
koc yang kedua..alamak ramai jugak! aku terus berlari masuk ke koc wanita...selamat aku..
seingat aku, di stesen serdang, ada seorang wanita dalam lingkungan umur 40an bertanyakan aku hendak kemana...
'nak kemana dik?'
'shah alam'..
'owh..akak pun nak ke shah alam juga tapi akak tidak penah naik akak tak tahu nak turun macammana nanti...jadi akak ambik turun ke kl central saja...akak dari muar baru datang nak ke rumah sedara'
'kalau macamtu nanti kita pergi sama la...saya tunggu akak beli tiket dari kl central ke shah alam kemudian akak ikut saya turun nanti...'
dia berfikir sebentar..nampak macam lurus orangnya...
'boleh adik tolong cakap dengan sedara akak ni tak?bagitau dia ...'
'gulp....ekkk!akak nak saya cakapkan ke...rrrr...mmm...rr....' aku blur tetiba...
dia kol kemudian dia cakap sendiri...
last sekali dia tak jadi ikut aku ...dia cakap sedara dia akan ambil di kl central saja...
ok..walaupon aku risau jugak tengok akak tu...dah tidak penah datang...kena tunggu lama di kl sentral...dekat 45min jugak ke shah alam kalau sesak2....
so..kami berpisah disitu....aku ke lane pelabuhan klang


-PERTUKARAN TREN DARI KL CENTRAL KE PELABUHAN KLANG-
aku menunggu ditengah untuk msuk ke koc wanita..bagus jugak adanya koc wanita ni...namun akan menjadi sesak dengan wanita pada msa-masa tertentu dan koc lain macam menjadi koc lelaki pula...melihatkan tidka ramai wanita yang naik ke koc lain, jadi wanita lain pon tidak berani msuk ke koc bukan koc wanita...
masa queue, aku ternampak sepasang 'couple' ni.... polis bantuan yang jaga bahagian koc wanita itu pon tengok dengan pandangan pelik saja...tengok atas,tengok bawah...
akhirnya dia faham sendiri dia tidak jadi halang 'beliau' dari masuk ke koc wanita...
yang dimaksudkan disini adalah pasangan wanita dan pengkid...weh....yang wanitanya sangat seksi ! berlurahkan dendam yang membara dan bersingkatkan kain yang tidak cukup....si 'lelaki' ..berkemaja petak,beg sendeng dan seluar pendek...rambut pendek..suara perempuan....uhhh....sangat mual!
yang menambah kemualanku...
aku dapat sit..mereka berdiri disebelahku...bergurau senda tidak hengat yang sekeliling melihat...dan adegan yang paling aku tidak tahan... si 'lelaki' itu membetulkan baju(boleh ke panggil baju?) yang hampir membuakkan buahnye keluar...wehh...aku pening..aku nak muntah...budak-budak yang ada pun tengok...apatah lagi yang lain...tolong la.........!
kalau bab keistimewaan untuk koc wanita...nak join...tapi diri sendiri terlupa dan sendiri keliru dengan identiti dan personaliti diri...pelik betul la