Sunday, February 6, 2011

~BuTTer Vs MaRGaRiNe~

Apa beza antara dua makanan ini selain ejaan??
Aku yakin masih ramai diluar sana yang keliru dengan kedua-dua jenis makanan ini...Keliru yang macam mana?Atau masih ramai yang menganggap kedua-duanya adalah sama dan hanya sebutan berbeza..?
Kalau begitu anggapan anda..Anda salah..
Oh..tengok aku sudah terlupa... sebelum huraian selanjutnya...
Butter itu adalah mentega...
Margarine itu adalah marjerin...
(^_^)

BUTTER/MENTEGA
bahan utama:
- mengandungi lemak haiwan(lembu) dan kolesterol
- mengandungi saturated-fat(lemak tepu)

Butter adalah produk semulajadi yang tidak mengadungi trans-fatty acid. Butter adalah sumber vitamin larut lemak seperti vitamin A,D,E dan K. Semua ini tidak ada dalam margarine.Namun anda perlu tahu bahawa kandungan vitamin dalam setiap butter adalah berbeza kerana bergantung kepada nutrisi haiwan tersebut.Butter juga mengandungi pepejal susu menjadikannya berwarna sedikit cerah/putih berbanding margarine. Saturated-fat yang berada dalam butter dapat meningkatkan kolesterol LDL iaitu kolesterol yang jahat. Peningkatan kolesterol LDL ini dapat meningkatkan keseluruhan kolesterol dalam badan kita.


MARGARINE
bahan utama:
-mengandungi lemak sayuran
-mengandungi trans-fatty acid ( asid lemak-trans)

Produk ini bukan bersifat semulajadi walaupun ianya berasal dari minyak tumbuhan. Margerin bermula dengan proses pengekstrakan kimia untuk menapis minyak tumbuhan. Minyak yang diekstrakkan akan melalui proses 'Hardening' vegetable oil by bubbling hydrogen iaitu dengan penambahan hidrogen supaya ikatan karbon menjadi tepu. Ketepuan itulah menjadikannya pepejal dalam suhu bilik. Penghasilan margarine adalah secara artificial pada suhu yang tinggi telah menyebabkan banyak vitamin yang denatured (musnah). Produk akhir yang turut terhasil adalah trans-fatty acid. Apa Trans- fatty acid ini? trans-fatty acid adalah unsaturated-fat. Ia juga meningkatkan aras kolesterol LDL dalam darah..so?? apa beza dengan saturated-fat?? Bezanya..trans-fatty acid yang merupakan unsaturated-fat ini juga mengandungi kolesterol HDL iaitu kolesterol baik...(rujuk bawah untuk keterangan lanjut kolesterol LDL dan kolesterol HDL ) Selain itu, hardening agent yang turut ditambah untuk memejalkan margarine adalah nikel dan kadmium! Nikel adalah logam yang toksin dimana lebihannya akan menyebabkan madalah pada peparu dan buah pinggang. Manakala Kadmium pula sememangnya antara logam berat yang paling toksin. Ia dapat menyumbangkan kepada masalah serius seperti arteriosklerosis,tekanan darah tinggi dan malignancy( ketumbuhan yang membawa kepada cancer).

Apa yang dapat disimpulkan kedua-dua butter dan margarine ini mengandungi saturated-fat dan trans-fatty acid yang juga meningkatkan kolesterol jahat iaitu kolesterol LDL. Namun dalam trans-fatty acid ada kolesterol HDL..kolesterol baik..nampak macam baik...namun bagi aku...biarlah kita pilih yang lebih natural iaitu butter daripada margarine yang artificial/modified..walaupun kandungan saturated-fatnya tinggi daripada margarine.... Namun terpulang kepada anda dalam membuat pilihan dalam pemakanan anda...

Food (1 tablespoon) (14.2g)Total FatSaturated FatCholesterol
Butter11g7.2g32mg
Hard Margarine (Hydrogenated)11.3g1.9g0mg
Soft Margarine (Hydrogenated)11.3g1.9g0mg


Nampak margarine tiada kolesterolkan?? jangan terpedaya... maksud tiada dalam table itu maksudnya ia tidak ditambah dengan kolesterol dari luar..namun trans-fatty acid dalamnya meningkatkan kolesterol dalam badan kita...badan kita juga boleh build kolesterol sendiri ;p

KOLESTROL LDL(Kolestrol jahat!!)- Low- Density Lipoprotein. Apabila banyak kolestrol LDL berada dalam aliran darah, ia secara perlahan-lahan akan berkumpul di dinding arteri  yang membekalkan darah ke jantung dan ke otak. Bersama dengan bahan lain ia akan berkumpul dan termendap membentuk  plak, lapisan keras,tebal dan menyebabkan arteri darah menjadi sempit dan kurang fleksibel. Keadaan ini dipanggil arteriosklerosis ( atherosclerosis). Sekiranya ia tergumpal dan makin menyempit, maka ia akan membawa kepada sakit jantung dan strok.

KOLESTROL HDL( Kolestrol Baik (^_^) ) high-density lipoprotein . Aras yang tinggi bagi kolestrol HDL ini akan melawan kepada sakit jantung. Hal ini kerana kolestrol HDL ini akan menyental lapisan-lapisan plak yang termendap dilapisan arteri darah. Ia bagaikan mencuci dan mencairkan lapisan plak itu dan lebihan kolesterol akan dibawa ke hati..semakin tinggi aras HDL ini semakin bagus untuk pesakit jantung...

* hah...entry fakta pertamaku yang kukarang sendiri dengan tekun* 

2 pengkritik:

mohamadkholid said...

baru saya tahu... selama ini kira ikut sedap, memang butter sedap sikit, magerin masin sikit... terima kasih atas maklumat ni.

ZiRa said...

sama2...;p nnt kalau saya ada masa saya akan buat entry pasal salah faham org tentang diet pulak ye ;p