Wednesday, January 4, 2012

~TiADa KeSeDaRaN SiViK~

Hidup berjiran memerlukan kefahaman dan toleransi yang tinggi dalam diri..... jika kekurangan unsur itu...maka akan terjadilah sebuah kehidupan masyarakat yang hidup dalam keaadan tidak aman dan tidak tenteram.... Hidup di kawasan perumahan kampung tidak sama dengan hidup di kawasan perumahan seperti di kawasan taman... banyak sangat bezanya....malas menceritakan banyak.... aku hendak berceritakan tentang aku..... rumah sewa di Baling..... memang apabila aku di postingkan disini.... aku perlu mencari rumah sewa..... jadi.... rumah yang terdekat dengan sekolahku hanya kawasan perumahan...... tidak mahu tidak..... terpaksalah.... 
Aku yang sangat cintakan suasana dan kehidupan kampung masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan kawasan perumahan ini..... mana tidaknya.... jiran sebelah seorang yang sangat garang kepada anak-anaknya... bebelan dan leteran beliau bagai irama keroncong di telinga aku selama aku disini...
dah masuk tahun ke2 aku disini..... 
itu masih aku tidak menghiraukan...
masih boleh dimaafkan dan aku perlu faham....
anak-anak beliau yang masih kecil-kecil 4 thn, 8 thn dan berapa tah umur lagi 2 orang tu.... aku pun tidak pasti....memang sering kedengaran lah suara mereka menjerit-jerit main diluar..didepan pagar rumahku....masih aku bersabar dan maafkan
kawasan  perumahan kos rendah ini..kawasannya memang sempit....
orang luar cakap...orang dalam dengar....orang dalam cakap....orang luar dengar...macam iitu lah...
namun.... yang menjadi ketidakpuasan hati ini ialah.... apabila setiap malam..anak lelakinya yang berumur dalam anggaranku 14 tahun...sering bersama rakannya bersama-sama memomen motor ( repair) di hadapan rumah ku...lantas membunyi-bunyikan motor mereka yang dah macam tengkorak hidup itu...sudah tinggal rangka.... hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hati ini.... itu hari-hari yang esoknya hari persekolahan...jika hujung minggu....sampai pukul 6 pagi aku bangun subuh pun ada lagi! bayangkan setiap kali hujung minggu aku selalu terjaga tidur di malam yang syahdu kerana kebisingan bunyi press motor mereka.... kalau bunyinya syahdu aku masih boleh maafkan....ini sudah bunyi macam orang kentot yang sangat sakit perot macam sebulan tidak berak...dan beliau terpaksa kentot menggunakan speaker! 
macam itulah yang dapat aku gambarkan.....
sakit kepala aku...bukan itu sahaja....jika petang sedikit dalam pukul 4ptg.... akan terdengarlah bunyi lagu yang berdentum-dentum siap guna speaker bass yang memang aku tiada....
memang aku tiada speaker macam itu...sebab telinga aku tidak perlu speaker sebesar itu untuk mendengar lagu!!
aku yang kepenatan balik kerja.....kepanasan.....lantas terus kebengangan dan ketekanan yang sangat tinggi dengan situasi ini.... jika malamnya aku membawa pulang kerja ke rumah....lagi la aku akan stress dengan suasana ini.... sebab itu aku tidak suka membawa pulang kerja ke rumah....
aku hairan... mak nya garang...namun tidak melarang pula anak-anaknya yang memperbaiki motor sampai 4 5 pagi dengan kawan-kawan...walaupon berada dihadapan rumah sendiri.... namun tidak boleh berfikirkah ketenteraman jiran lain?? jirannya sebelah lagi pun ada bayi kecil.... hadapan sedikit selang sebuah rumah pun ada anak kecil.... pelik aku  kenapa beliau tidak dapat memikirkna  perkara sebegini....
dimana kesedaran siviknya????



*meh masuk kelas sivik kat sekolah aku balik ye...walaupun bukan aku yang ajar sivik...aku belanja nak belajar sivik...

2 pengkritik:

Qqiu said...

"kalau bunyinya syahdu aku masih boleh maafkan....ini sudah bunyi macam orang kentot yang sangat sakit perot "

hehe...klakar r statement ni...

mmg dlm dunia ni mcm2 orang yg ada mcm2 ragam akan kita jumpa...

ZiRa said...

aah.... mmg pon ina..... macam-macam sangat...apatah lagi kita yang bekerja kena selalu berhubung dengan manusia..... huhuhu