3)KENCING MALAM
Alamak.... Walaupun aku agak malu-malu untuk menceritakan ini...Namun..hakikat tetap hakikat....Apa yang penting, pengajaran daripada cerita aku diambilkan ikhtibar....Ini adalah tabiat yang paling buruk aku alami...Alhamdulillah aku sudah tidak mengalaminya sekarang...sekarang tu sejak bila?? Sejak lebih kurang 3 tahun yang lalu...erkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku tau aku sangat dasyat...namun aku juga tidak tahu kenapa begitu rupa... sejak dari kecil hingga dewasa dalam lingkungan 20-an aku masih mengalami penyakit kencing malam....masa kecil hampir setiap malam la...cuma bila menganjak ke 13 tahun ke atas tidak la setiap malam... Aku mengalami keadaan dimana kerap akan membuang air kecil ... tidak lawas ... Aku sudah pergi jumpa doktor. Masa itu aku sekolah rendah seingat aku..Doktor cakap aku mengalami lebihan protein...Aku percaya la masa itu sebab setiap hari aku asyik makan nasi lemak ikan bilis...ikan bilis lebih ya makcik! itulah ayat aku pada makcik kantin sekolah..Jadi doktor pun bagi la ubat untuk lawas kencing..... Ubat dia busuknya...bila kencing pon bau lagi ubat itu! Aku ke sekolah akan membawa 1 Tumbler yang boleh isi 2L air masa itu... Memang untuk cuci ginjal aku takut kena masalah buah pinggang pulak.... tetap saja kencing kerap kalau minum air banyak atau minum air kurang...
minum air banyak= kerap kencing air banyak keluar.
Minum air sikit=kerap kencing air keluar sedikit.
Aku juga turut mengalami masalah tidak boleh tahan kencing.. Kalau rasa nak buang saja mesti kena pergi juga tandas.... Masalah ini berlarutan sampai ke besar....Jadi aku sudah malas hendak makan ubat dan ambil ubat. Jadi aku minum air ikut suka hati aku banyak mana....tidak banyak dan tidak sedikit...Sebabnya aku akan kerap ke tandas....
Disebabkan aku puteri tandas....Kalau kemana-mana sahaja...Tandas adalah venue wajib aku lawati....
Berbalik kepada cerita kencing malam sampai dewasa..Ya! memang aku mengalaminya.... di rumah tidak payah cerita la..Sudah Lali...Di asrama? Di kampus? ahhhh...pernah juga.....walaupun sebelum tidur tidak minum air ,walaupun sudah pergi buang air... aku tidak sedar akan mengalirannya....cuma sedar esok tilam basah.... adoyaiiii.....Biasalah anda juga mesti pernah bermimpi sebelum terjaga , dalam mimpi kita pergi tandas atau bagi lelaki kencing di tepi pokok....namun anda mesti terjaga dan rasa memang nak buang air...Namun tidak pada aku...aku tidak sedar....Aku bukannya jenis susah nak bangun tidur...ada bunyi yang perlahan saja aku akan terjaga.... semasa diasrama, kalau ada bunyi orang beralih badan saja atau dia bangun dari katil aku sudah terjaga...senang sangat terjaga tidur..tapi bab terkencing malam ini adalah satu masalah besar bagi aku. Penah dahulu orang tua-tua petuakan...kalau tidak mahu kencing malam...letak pepatung di pusat...bagi dia gigit..!!sakit kot!! aku tidak pernah buat.... untung la encik pepatung gigit pusat aku!
Disebabkan aku mengambil Pendidikan Biologi,semasa kuliah satu subjek apatah, aku pun sudah lupa..lepas kuliah aku berjumpa dengan Prof.... aku bertanyakan masalah aku ini..aku juga menceritakan bahawa aku juga dari kecil suka hisap ibu jari... Menurut beliau, kejadian-kejadian ini dikaitkan dengan masalah psikologi...Hah???!! dengar saja macam itu, aku gelabah .. takkan aku gila kot?? Aku rasa aku tidak pernah buat perkara diluar kewarasan otak logik manusia....huhuhu....Beliau meneruskan lagi.... simptom ini juga berkaitan dengan masalah dalaman diri yang kurang keyakinan diri....bla..bla..bla.... owh...kalau acam itu..aku setuju la...sebab aku memang tahu..aku kurang yakin pada diri sendiri walaupun aku boleh diaktegorikan seorang yang berani....sejak itu aku mula berfikir..... dan aku pun tidak sedar macammana aku sudah tidak kencing malam lagi..sedar-sedar sudah lama aku tidak begitu..Alhamdulillah... jadi pada mereka yang berada diluar sana ...awasi anak anda dari kecil...jadi jadi macam saya... walaupun tiada masalah keluarga...Namun anda perlu menitikberatkan psikologi anak-anak anda dari bayi lagi hingga dewasa ;p
Ini ada sedikit info saya dapatkan dari internet :
[ Kencing dalam tidur pada waktu malam atau ‘nocturnal enuresis’ adalah masalah biasa yang kerap berlaku kepada orang dewasa.
Dijangkakan seorang dalam 50 orang dewasa mengalami masalah kencing malam dan sebilangan besar tidak mendapat apa-apa rawatan kecuali mendiamkan diri.
Sebilangan besar daripada masalah itu sebagai lanjutan daripada kanak-kanak yang tidak mendapat rawatan atau putus rawatan dan sebilangan lagi berlaku dalam peringkat umur lanjut.
Jika seseorang itu mengalami masalah itu dari peringkat kanak-kanak, kemungkinan besar masalah dialaminya ketika kanak-kanak tidak dapat perhatian keluarga atau putus rawatan apabila usianya meningkat.
Ramai doktor berpendapat masalah itu akan menurun dan tiada lagi apabila usia menjangkau dewasa, tetapi sebenarnya ia kesilapan besar. Kebanyakan masalah dari peringkat kanak-kanak sebenarnya ada kaitan dengan baka atau keturunan.
Ada banyak sebab masalah itu berlaku dan jika ia susulan dari peringkat kanak-kanak, masalah utama ialah gangguan fungsi pundi kencing yang tidak dapat menampung air kencing yang banyak ketika dalam tidur, sebab itu air kencing keluar secara tidak sengaja.
Sepatutnya penghasilan air kencing menurun ketika tidur, tetapi ia tidak berlaku. Ini mungkin akibat masalah tidur yang tidak lena hingga menyebabkan penghasilan air kencing masih berlaku.
Adakalanya tidur sangat lena sehingga tidak dapat bangun untuk membuang air kencing, lalu menyebabkan seseorang itu terkencing dalam tidur! Tidur berdengkur yang menyebabkan masalah pernafasan dikenali sebagai ‘sleep apnea’ juga menyebabkan penghasilan air kencing yang banyak dan membuatkan terkencing dalam tidur.
Ini juga boleh menyebabkan gangguan pengeluaran hormon Anti Diuretic Hormon yang mengawal proses penghasilan air kencing.
Jika pengeluaran hormon itu rendah, banyaklah air kencing ketika dalam tidur dan terkencinglah individu itu dalam tidur.
Tekanan emosi yang terhasil daripada masalah kencing dalam tidur itu memberatkan lagi keadaan dan membuatkan individu itu tidur tidak lena.
Makan dan minuman seperti coklat atau kafein serta minuman bergula juga mempengaruhi isi padu pundi kencing dan memberatkan lagi kemungkinan terkencing waktu tidur.
Pundi kencing yang kecil, padat dan radang akibat jangkitan boleh memberatkan lagi kemungkinan terkencing waktu tidur.
Untuk lelaki dewasa pula, masalah bengkak pundi prostat dan kesempitan pembukaan pundi kencing membuatkan air kencing tidak keluar sepenuhnya.
Dengan air kencing yang banyak bertakung dalam pundi kencing dan pemerosesan air kencing yang berlaku ketika dalam tidur sehingga pundi kencing padat dan tertekan menyebabkan air kencing terkeluar ketika dalam tidur boleh berlaku.
Jadi, masalah kencing ketika tidur waktu malam kerana banyak sebab dan ia sebenarnya boleh dikawal dengan rawatan sewajarnya. Yang penting, seseorang itu tidak perlu malu untuk mendapat rawatan.
Copy paste dari :