NOR AZIRA BT NASIR
IS AWARDED
Degree Of Education With Honours (Biology)
University Kebangsaan Malaysia '06-'10
1. SMK BANDAR BARU BANTING ,( 11 Mei 09-21 Julai 09)
2. SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1), (2 Mei 10-9 Julai 10)
3. SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2),(23 Ogos 10-8 Okt 10)
Diatas adalah 3 buah sekolah dimana aku telah ditempatkan untuk mengajar dalam masa 2 tahun.... sekolah yang pertama dan kedua adalah sekolah praktikal, manakala yang kedua adalah sekolahyang aku menjadi guru ganti kepada seorang guru yang bersalin... perjalanan hidupku yang berliku untuk menjadi seorang guru... ingin aku berkongsi bersama kalian..sudah lama aku mengumpul kekuatan ini..sudah lama ia kubiar terpatri dalam hati...mati.....namun detik ini, kusudah punya keazaman dan tekad untuk kuluahkan dan berkongsi dengan kalian...
Cita-cita...
Tidak penah tersenarai dalam senarai cita-citaku jua untuk menjadi guru.... Aku dulu bercita-cita untuk menjadi seorang yang bekerja didalam pejabat, penuh dengan penghawa dingin,bertemu client dan selalu bermesyuarat....lagaknya bagai sorang korporat cita-citaku ini.... semuanya adalah pengaruh dari televisyen yang banyak memaparkan pekerjaan sedemikian dalam drama dan filem.... dari kecil aku sudah menanam cita-cita untuk menjadi sebegitu.... Namun, memasuki tingkatan 3, setelah menghadapi peperiksaan, aku berjaya dengan cemerlang dengan mendapat keputusan 9A.... sudah menjadi adat dan mentaliti di Malaysia, dan juga sistem Pendidikan Malaysia yang bukan bersifat, belajar dan mengajar mengikut kecenderungan kebolehan dan bakat pelajar.... makanya sesiapa yang mendapat keputusan cemerlang, secara wajib atau automatik perlu masuk kelas aliran sains semasa tingkatan 4... aku tidak punya kekuatan untuk perpindah ke kelas akaun...kerana aku dulu memang seorang yang sangat-sangat inferior!!!sangat-sangat merasa diri sangat rendah dan sangat kurang keyakinan diri... jadi aku tak mahu turun ke kelas akaun sebab aku akan merasakan lebih rendah diri berada di kelas belakang...mentaliti salah aku tiada siapa yang dapat betulkan ketika itu..... aku terus dibawa arus kesilapan itu.....
Just Follow The Flow,
Semasa SPM aku mendapat keputusan yang sederhana iaitu 7A5B, aku masih belum jelas tujuan dan matlamat hidup.... setelah aku memilih aliran sains...aku masih belum teteapkan..apakah yang aku mahu jadi ni satu hari nanti...i'm just follow the flow...dapat matrikulasi kulim... aku pilih aliran biologi...sebab aku minat belajar biologi...... result matrik pun tak la gempak sangat, membuatkan aku masih buntu untuk memilih kerjaya aku semasa mengisi borang UPU.... semasa mengisi borang tersebut, aku hanya meletak kos-kos yang berkaitan dengan biologi sahaja..maka bermulanya episod aku meletakkan kos Pendidikan Biologi di UKM sebagai pilihan pertama... tanpa apa-apa perasaan dan fikiran...
Sentiasa Merungut,
Dapat kos yang dimohon,semasa bulan pertama aku ada cakap dengan mak dan abang yang aku hendak tukar kos, namun atas nasihat abang dan mak , mereka juga melarang aku dari tukar kos, aku teruskan jua belajar dalam bidang ini... namun aku masih juga merungut dan selalu mengatakan bahawa aku tidak berminat dengan bidang perguruan ini....sehinggalah tiba tahun yang ketiga, aku perlu menjalani praktikal.. aku sangat berdebar dan takut menantikan bagaimana rasanya nanti apabila mengajar kelak.. aku nekad.. aku mengatakan pada diriku..nilah masanya hendak menentukan hatiku, adakah aku berada di landasan yang betul...
Musibah Melanda,
aku telah ditempatkan di SMK Bandar Banting... disana aku mulai merasa beban tugas.. aku dikehendaki mengajar Biologi dan Kimia pada kelas yang sama, membuatkan aku merasa sangat terbeban dan stress. namun kuteruskan jua, praktikal mengambil masa 8 minggu, 4 minggu pertama aku kesana , mereka menduduki peperiksaan pertengaha tahun, masuk minggu ke-5 aku mula masuk mengajar. Pada hujung minggu tersebutlah musibah melanda diriku, aku terpaksa dimasukkan ke Hospital selama 2 minggu, aku pulang ke kampung.... membuatkan aku tidak ke sekolah selama 2 minggu. datang semula pada minggu terakhir..pensyarah datang dan dia mahu melihat aku mengajar....memang la sangat teruk pengajaranku kerana sebelum aku ditimpa musibah itu, aku hanaya sempat mengajar kelas biologi dan kimia itu hanya sekali sahaja setiap satu subjek. Pensyarah pembimbingku menyatakan bahawa kalau hendak juga markah,dia hanya boleh bagi aku C... Aku tertekan.... namun pensyarah yang bertindak sebagai penyelaras bahagian praktikal menenangkanku dan memberikanku pengharapan... Beliau menyatakan,tidak mengapa,....nanti kita aturkan supaya aku perlu menggantikan 2 minggu yang tertinggal itu dan markah belum diberikan lagi...Penyelaras(Dr.Jamil) mencadangkan supaya aku menjalani praktikal ganti selama 2 minggu disekolah lain..bukan di SMK Bandar Banting disebabkan masalah pengangkutan dan tempat tinggalku ketika itu. namun aku balik memikirkan cadangan itu, aku tetap juga tidak dapat mengasah kemahiran mengajar dan juga tidak dapat mengadaptasi dengan keadaan sekolah jika pergi 2 minggu sahaja di sekolah lain dan terus dicerap(observation) oleh pensyarah pembimbingku....Aku membuat keputusan yang aku jua tidak pasti akibatnya kelak ketika itu..iaitumengulang sahaja praktikalku bersama junior tahun 3 ketika aku berada ditahun 4....
Ujian Menimpa-nimpa,
Tahun 4, dikala rakan seperjuanganku bergembira dengan Gred praktikal mereka,dikala mereka sibuk berbicara tetang majlis konvokesyen mereka,dikala mereka sibuk berbicara tentang penempatan posting mereka... aku memendam rasa rendah diri, down dan pelbagai rasa lagi keseorangan... kerana, aku belum tahu nasibku pengakhirannya dimana?perlukah aku extend? aku masih belum tahu kesudahannya tketika itu...ya, mungkin tiada siapa yang nampak... akukan seorang yang ceria dan suka ketawa dan senyum..... dalaman hanya ALLah yang tahu....Dikala itu juga, Allah menguji ketabahan keluarga kami dengan ujian yang menimpa abang,juga dengan fitnah yang dilemparkan kepada keluarga kami.... Aku semakin tabah.....aku berhadapan semua itu..masih disisi abangku tersayang...mempertahan dan membelanya...aku tidak kira siapa lebih berpangkat tinggi,..benar tetap benar,salah tetap salah....tiada siapa tahu...hanya perkongsian sedikit dengan sahabat yang masih mengambil tahu halku...masih mengerti hatiku...sangat memahami riak wajahku disebalik senyumanku itu....dia juga menangis bila tahu semua kisahku...namun....air mataku sendiri tak mampu untuk mengalir.... Dikala pengakhiran tahun ni UKM juga, satu lagi ujian menimpaku iaitu,aku diuji dengan masalah kawan..... entahlah..siapa yang tidak dapat mengawal diri sebenar? hanya ALLAH yang tahu segalanya...aku redha dan pasrah.... ketika itu 2 sahabat terdekat sahaja bersamaku. yang faham tentang ini... aku masih terbeban perasaan...... dengan itu dan dengan segala masalah pengakhiran pengajianku di sini yang belum lagi tahu nokhtahnya.
Petunjuk dan Hidayah,
Sesungguhnya hidayah dan petunjuk Allah beri adalah yang terbaik dan telah ditakdirkan olehNya...segala ketentuanNya telah tersurat... semasa tahun 4,aku menjalani pengajian seperti biasa, aku perlu menunggu sehingga hujung semester untuk mengulang praktikalku yang tertangguh. Satu kejadian yang ingin sangat kuberkongsi dengan semua orang yang kujumpa...bagaimana mulanya aku terbuka hati dan jatuh cinta untuk menjadi seorang guru.... Pada pagi itu, aku ingin keluar untuk membeli barang..ketika ini dalam bilikku di kampus...selalunya aku jarang membuka radio pagi-pagi....namun,pada hari tersebut, entah bagaimana, aku tergerak hati untuk mendengar radio, sambil bersiap-siap untuk keluar, semestinya radio sinar Fm la pilihanku... pagi itu kak engku,abg jem dan krill membincangkan topik ' kerjaya idaman anda,adakah tercapai atau tidak?" maka banyak lah panggilan yang masuk, bercerita pelbagai jenis cerita, ada yang tercapai,ade yang tidak tercapai.... namun,satu panggilan dari seorang pemanggil ini,begitu bermakna dalam hidupku.....ceritanya begini...
" saya belajar tak tinggi, setakat spm je, tapi cita-cita saya nak jadi cikgu..... saya kerja dah macam-macam yang lain pun,tapi saya tetap nak jadi cikgu, sampailah saya cuba juga nasib mohon jadi cikgu tuisyen kalau ada iklan-iklan kekosongan guru, saya berjaya dapat ka satu tempat..pertama sekali saya dengar student panggilan saya cikgu....saya terus menangis kesyukuran disitu juga...'' cerita pemanggil itu dalam nada yang sebak dan menngis juga.. di pertengahan ceritanya itu buatkan air mataku berlilangan tidak behenti dan terus terduduk... aku terus menangisi betapa agungya Allah, sesungguhnya Allah dah tau, Allah dah tentukan rezeki aku dalam bidang perguruan..namun aku yang menafikannya..... dengan kejadian itulah, aku telah mendapat petunjuk,bahawa...aku diperlukan dalam bidang ini...! aku muhasabah diri, orang lain yang tidak berluang jadi cikgu, terlalu ingin jadi guru, namun tidak berpeluang, aku yang sudah berada di jalannya, tidak mensyukuri nikmat dan peluang itu....
Sokongan padu,
Selain keluarga, Dr.Jamil lah yang banyak menyokong dan memberi semangat padaku. Beliau telah kuanggap macam bapaku sendiri.... Habis pengajian semester kedua, rakan-rakan seperjuaganku mulai bercuti pada awal bulan mei. Namun, aku pula, perlu menjalani praktikal kali kedua.... di SMK Putrajaya Presint 16(1).
sekolah yang banyak memberi kesan terhadap diriku...aku sangat kagum dengan pengetuanya iaitu Tuan Hj Yusuf Hasan, dengan kredebiliti beliau, dengan dedikasi beliau, beliau berjaya mendidik semua warga SMKPP16(1) juga bersikap seperti beliau...aku sangat-sangat bersyukur ditempatkan disana.... sudah ada aku ceritakan pasal beliau dalam post yang lepas....disana aku menimba sebanyak ilmu yang mungkin...aku menamatkan praktikalku dengan mendapat gred A- daripada Prof.Dr.Lilia Halim..terima kasih warga pendidikku.....
Tamat Pengajian,
Alhamdulillah..tamatnya praktikal, aku berjaya juga menamatkan pengajianku dengan bersama-sama mereka dlam majlis konvokesyen.... namun aku hanya bermasalah dengan pengisian borang penempatan sekolah... pada mula pihak kementerian pelajaran memaklumkan aku dapat juga terpilih dalam pemilihan intake jun itu walaupon senatku bertarikh 21Julai..... aku juga turut mengisinya..namun....mereka memaklumkan semula disaat akhir..polisinya tidak boleh seperti itu....aku kecewa sekian kalinya.... inferior.... rendah diri dengan rakan-rakan yang bakal mendapat penempatan sekolah dahulu berbanding aku....aku terpaksa isi semula untuk intake September....
Rezeki dan Keyakinan Diri,
Selepas tamatnya praktikal,9 Julai 2010, hari jumaat,aku masih berada di ukm, pada hari isnin 11 julai, merupakan hari pertama sesi pengajian 2010/2011, walaupon dah tamat pengajian, aku masih berada di UKM, aku tidak pulang ke kampung, aku mahu mencari pengalaman kerja dahulu..11 julai, aku pergi ke kiosk makanan di Teres Eko Niaga UKM, aku mohon nak bekerja full time disana, aku diterima bekerja esoknya terus mula kerja..bergaji RM2.50/jam...sehari RM25...abangku tidak mengizinkan bekerja disitu,namun kukatakan dah memohon.... peetengahan julai itu juga, guru SMKPP16(1) menghubungiku untuk mengambilku sebagai Home Tutor anaknya PMR.2 kerja. Tamat bulan Julai,31 Julai, abangku mintak aku berhenti kerja kiosk makanan tersebut. Dia suruh aku cari kerja tuition sahaja. Aku memohon beberpa tempat, kemudian dapat lagi satu pusat tuition di hentian kajang.... entah bagaimana tergerak hatiku untuk memohon guru ganti di daerah putrajaya, aku memohon guru ganti untuk ke SMKPP16(1) untuk bulan OKT kerana ada guru yang akan bersalin, namun rezeki Allah telah tentukan aku dapat dahulu sekolah SMK Putrajaya Presint 9(2). 23 Ogos, aku lapor diri, aku mengajar Sains Ting.1 dua kelas, Sains Ting.4 satu kelas, Kimia Ting.4 satu kelas, Sivik 1 kelas..... jadi, sepanjang ini, duit poket mingguanku adalah daripada HOme tuition dan tuition kat pusat tuition.... ramai juga students SMKPP16(1) dan SMKPP9(2) yang request nak aku jadi Home tutor subjek bio dan kimia.namun aku terpaksa menolak dahulu sebab tak terdaya kudratku...penat rasanya....8 Okt 2010..tamat la kerjaku di SMKPP9(2)....
Hikmah Di Sebalik Ujian,
Aku telah merasa mengajar sudah 3 buah sekolah........itulah nikmat dan hikmah yang tidak penah kujangka.... aku mendapat pelbagai jenis pendedahan cara kerja yang pelbagai dan juga dapat melihat dan melayan dan berhadapan dengan pelbagai jenis pelajar...... aku sudah tidak inferior lagi.... walaupun aku lambat dapat penempatan sekolah tetap...namun aku sudah bergaji macam cikgu betul juga cuma alaun tambahan lain tiada. basic sama. dan juga ada alaun perkhidmatan awam.. aku juga sudah berada di 3 buah sekolah berbanding dengan rakan-rakanku yang lain yang mungkin hanya pernah mengajar sebuah sekolah sahaja semasa praktikal... dan sekarang mereka mungkin sedang kebosanan di rumah sejak bulan Mei yang lalu....aku bersyukur atas segala yang berlaku.... dan semalam..aku dapat mesej, kerja.... dari alumni ukm, bidang kerja = tampal setem dan lipat kertas, gaji RM3.50/jam..aku apply..dibalas mesej dengan "esok datang pukul 2 petang terus kerja".... sekarang dah menghampiri jam 1.30 petang..aku nak mandi, solat dan nak pergi kerja baru! (^_~)