Thursday, October 14, 2010

~ MeReKa YaNG KeCiL~

Mereka : cikgu...cikgu...nak buat dalam MT( Buku latihan matematik) berapa cikgu? 1 ke 2?..
Aku : MT1....
seketika kemudian.....
Mereka : cikgu...cikgu... nak kena wat garis tak? 
Aku : buat garis...
Mereka : cikgu...cikgu.... ini nak kena buat jugak tak?
Aku: kena.....
seketika lagi.....
Mereka : cikgu...cikgu..... nak buat dalam MT berapa cikgu.....???
Aku : buat dalam MT 1....
 acap kali soalan yang sama ditanya, walaupun sudah berulang kali aku menyatakannya dan juga menulisnya di whiteboard.... mereka sangat comel.... mereka sangat kecil.... ketakutan apabila aku menguatkan suara apabila mereka kebisingan ..
Aku: aipppppppppp!!!!!!!!!!!!!

mereka lari bertempiaran .... kemudian bergerak dan berjalan semula... kemudian kutegur lagi......
aku sangat gembira dan ceria apabila masuk ke kelas mereka....tanpa rasa takut dan gentar...seperti mana aku masuk ke kelas tingkatan 4 di sekolah menengah sebelum ini... kemungkinan ini rasa yang sama yang dirasa oleh novice teacher yang lain.... kerana aku asyik diusik oleh remaja-remaja itu....ketika aku memesan kepada mereka supaya  mereka fokus dalam pelajaran, remaja itu berkata ;

Aku : belajar rajin-rajin, fokus dalam kelas, belajar untuk suka sains...
Mereka remaja : cikgu, macammana saya nak fokus cikgu, bila cikgu masuk je , kitorang pandang muka cikgu, tengok-tengok dah habis masa, tengok-tengok penuh whiteboard dah...tak sempat nak fokus...

saat itu aku rasa...kapilari darah mukaku mengembang dan mengalir dengan lajunya.....ahhhhhh...sengalnya rasa.... bila aku mengajar tahun 3 sekolah rendah ni...ahhh..betapa bestnya..masuk kelas tanpa bebanan subjek yang berat.....baru rasa bestnya jadi cikgu sekolah rendah ni.... :p  semalam sebelum masuk  kelas mereka..aku pergi berjumpa dengan cikgu lain yang turut mengajar subjek matematik. aku bertanyakan kaedah pengajaran bagaimana yang perlu dilakukan kepada murid-murid kecil ini.... aku takut kalau akau bercakap entah apa-apa mereka tidak faham.... kemudian cikgu itu menerangkan aku perlu menenyebut setiap benda yang ditunjukkan dalam buku teks tersebut, contohnya ada haiwan..sebut dahulu haiwan-haiwan tersebut, kemudian, baru mengajar bagaimana hendak memindahkan maklumat tersebut kedalam bentuk jadual..oooo..begitu...kena satu persatu sebut...hehhhee.....comel sangat aku rasa....tadi masa kelas aku yang terakhir pada hari ini,

Mereka kecil : cikgu, dia buat saya....cikgu dia kata kat saya...cikgu dia tak buat keja....cikgu dia duduk tempat saya......cikgu...cikgu.. dan cikgu.......

saat itu,aku terasa sangat dihargai dan sangat disayangi....entah...mungkin berbeza dengan perasaan guru yang lain.....apabila mendengar mereka memanggilku cikgu atau teacher, aku dapat merasakan satu rasa yang tidak mungkin dapat ku kongsi bersama kalian semua..hanya boleh kukongsi ceritera ini sahaja.... terima kasih Allah...kau jadikan aku seorang guru....kau takdirkan aku menjadi seorang pendidik anak bangsa...kau jadikan aku pelita mereka.... syukur alhamdulillah.......



0 pengkritik: