‘Adakah aku ni cantik’?? Bila di renung di cermin depan mata tidak tahu nak jawab apa... ada juga yang menjawap untuk menyedapkan hati 'mestilah aku cantik kalau tak, takkan pakwe aku suka'....
Cantik terserlah dari Hati yang suci dan indah. Anda perlu rasa cantik utk diri. Sebenarnya anda bukan tidak cantik tapi rasa rendah diri dan sentiasa rasa orang lain lebih cantik. Itu mungkin benar pada pandangan mata anda, tapi kecantikkan itu adalah suatu yang subjektif.Antara sebab utama anda rasa penampilan diri /solekan tidak penting sebab :-
- Sudah meningkat usia, tak perlu lagi jaga penampilan diri
- Tidak ada masa nak bersolek, buang masa,buang duit
- Tidak berminat menghias diri
- Suka natural Beauty sahaja tanpa solekan/imej diri
- Tidak tahu bersolek dan berpenampilan yg menarik
Kenapa kecantikan dan penampilan diri itu penting?
- Bergaya dan berpenampilan cantik mengikut usia dan situasi
- Menigkatkan keyakinan diri
- Peluang kerjaya / meningkatkan tahap prestasi kerjaya
- Peluang perniagaan, boleh buat duit dgn kemahiran kecantikan
- Ibadah/bersih
Tak kira kita berkulit gelap sawo matang ke, kuning langsat ke…kita sentiasa cantik. Mat Salleh sibuk mengelapkan kulit dgn berjemur berjam2 di pantai, kita ni yg dah sedia gelap, sibuk pulak nak memutihkan kulit.
‘Nak bersolek nampaknya aku kena bangun awal sebab nak bersolek ni susah…silap gaya muka aku jadi macam badut pulak, diketawakan rakan sekerja’ .
‘Aku tak suka solek tebal nak natural beauty je.. buang masa lagipon buang duit dan membazir je beli alat solek mahal-mahal....'
Aku pasti situasi diatas terlalu biasa kita temui dan kepada anda yg tidak tahu asas solekan pasti bersetuju . Aku pun begitu tapi itu aku 4 tahun yg lalu. Dulu masa mula-mula aku mengenakan solekan pun ada jugak aku rasa macam badut..Kini solekan sesuatu yang amat menyeronokkan bagi aku….lebih ‘excited’ bila baru beli set solekan. Solekan tak semestinya tebal, kena ikut keadaan dan situasi baru la betul. Sebenarnya cukup mudah sekali nak berhias ringkas dan tampak menarik ke tempat kerja….15min saja..
Kuasa solekan
- Melahirkan Aura tersendiri pada wanita
- Merubah Gaya, imej dan penampilan diri
- Menyerlahkan Keyakianan diri (self confident/self esteem)
- Keceriaan
- Hasil seni kreatif yg perlu diberi pengiktirafan
Gaya, imej dan penampilan diri itu sangat penting. Bagi wanita yang bekerjaya imej anda juga menjadi perhatian selain daripada kualiti kerja anda..betul atau tidak anda jawap sendiri... Namun bagi wanita yang tidak bekerjaya juga..solekan sangat penting untuk suami tercinta..jangan hanya untuk keluar sahaja cantik namun apabila didepan suami hanya menempekkan bedak sejuk sahaja....
Solekan hasil anda sendiri pastinya mendatangkan kepuasan kepada diri anda..namun semuanya perlu kepada teknik solekan yang sesuai dengan majlis,tempat dan masa. Adakah anda terfikir, anda pasti akan menjimatkan wang anda sekiranya anda dapat bersolek untuk diri sendiri untuk ke majlis-majlis tertentu yang besar dan formal tanpa perlu khidmat jurusolek dikedai, dan anda juga jimat wang anda jika anda bersolek sendiri untuk majlis pertunangan dan pernikahan anda ;p
Hasil solekan
- Wajah yang penuh dengan titik hitam, parut jerawat dan cela semuanya boleh ditutup menggunakan concealer dan foundation
- Membentuk wajah tanpa pembedahan dengan teknik shading : mata yang kecil boleh nampak besar dan bulat, pipi yang tembam menjadi tirus atau hidung yang kecil/kembang menjadi mancung bak seludang.
- Mekap secara betul dan tidak ketelaluan elak wajah kelihatan pucat dan lesu. wajah akan menjadi berseri-seri.
Bahan Solekan
- Bahan solekan yang digunakan perlulah daripada bahan berkualiti, tiada bahan kimia terlarang yg merosakkan kulit wajah serta mempunyai adunan warna yg cantik sesuai mengikut tema solekan utk hasil solekan yg sempurna
Aku ni pon dalam proses mempelajari teknik-teknik yang betul dalam solekan... bagi aku solekan penting. walaupon ada yang berpendapat mahu mengekalkan natural beauty...kalau nak kekalkan natural tu kalau betul beauty muka sentiasa lembab dan berseri-seri tak apa jugak.... ni kalau dah muka pucat dan kulit kusam, nak kekalkan apanya tu... apabila anda mahu keluar, anda patut melindungi kulit anda daripada sinaran matahari yang mempunyai sinaran UV yang membahayakan kulit. diluar kulit anda terdedah dengan sinaran yang membahayakan kulit dan juga dari asap-asap kenderaan dan debu-debu jalanraya... jika terdapat solekan..sekurang-kurangnya, kulit anda terlindung daripada sinaran Uv dan debu asap yang melekat ke muka anda tidak terus melekat ke kulit...apabila anda cuci muka anda ia akan tanggal..InsyaAllah...anda patut lakukan yang terbaik untuk diri anda dan penampilan anda. tidak salah belajar cara paling asas untuk solekan anda jika anda malas sangat dan tidak suka sangat untuk bersolek. Namun bersolek juga tidak cukup...anda perlu juga menitikberatkan penjagaan kulit. Antara perkara asas yang boleh dipraktikkan adalah :
- Clensing Gel/ foam/soap
- Scrub (seminggu sekali)
- Masker (seminggu sekali)
- Toner
- Moisturizer
- Day Cream / Night Cream
Cucian muka merupakan asas yang paling penting dalam penjagaan kulit muka anda. Jangan apabila pulang anda terus tidur tanpa membasuh dan mencuci muka anda! solekan perlu ditanggalkan... kulit anda juga perlu bernafas dengan tenang tanpa sebarang ganguan dan halangan...
0 pengkritik:
Post a Comment